Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 April 2010

Sebulan Dari Sekarang

Dah 2 hari i tengok ticker kat atas asik '4 weeks untill our nikah. 4 weeks untill our nikah' padahal 2 hari sebelum tu cakap '1 month untill our nikah'. Isk. Hape nih. Nanti i tak pasal-pasal lak i hingat dunia dah berenti ber-putar semata-mata nak bagi i dan encik petunang settle-kan dulu banyak benda yang tak ter-settle lagi. Contohnya kad kawen. Yela kad kawen kami la ape lagi. Untuk orang yang degil nak mamps macham i dan encik petunang, kami memang dah plan dari awal tanak tempah kedai sebab memang kami sepisis yang miang keladi nak design kad sendiri -pastu-sampai-sekarang-tak-siap-siap-jugak-lagi-HAHAHAHA-padan-muka-kami-kan? so hari ni sepanjang hari kami duk mengadap ym satu sama lain untuk finalize kad sebelum printing. Last minit punye idea memang datang men-curah-curah lah bagai mencurah air ke daun keladi ade ke? Dan dan tu jugak lah masa dah nak last touch, lappy en.petunang dah lost memory pejadahell la pulak, terus final design tu hilang sekelip mata je dhe! Bahagia giler ko! So mari kita mula design dari awal sama-sama. Yiiehaaa!!!

Selain mengadap+mengomel design kad kawen i, tadi i sempat kuar baru nak hantar dress i untuk jahit beads+ pergi tengok baby kawan i tupun sebab dah last day sebelom dorang gerak nak balik KL ape punye member la i ni kan +pergi rumah sedara tayang muka kejap (^_^) sebab esok rumah dorang buat kenduri kawen jugak tapi i lagi nak kena keluar se-subuh hari pergi mekapkan customer. Okeh lagi lagi mekap kan customer. I hanya ada 3 kali Jumaat Sabtu lagi sebelom my big day tapi i tetap gigih jugak ambik job ketiga-tiga Jumaat Sabtu tuh. Macham tanak bagi peluang kat diri sendiri rehat jek. Padahal masa awal-awal dah pesan kat encik petunang suruh dia stop amik job bulan Mei kasi rest otak puas-puas dan fokus kat kerja kawen kitorang tapi last last i gatal-gatal tangan accept semua job yang datang. Biasa nih! So jangan tanya lah bila masa pulak i nak lepak-kan diri i yang dah comot momot sememeh giler ni kat spa kasi polish kasi kilat sket. Huuu...=(

Semalam masa i tengah lepak-lepak cuci habuk dalam kereta, i sembang-sembang kosong je ngan abah. Abah cakap nanti bila semua anak-anak dia dah kawen, rumah i sekarang nih misti kosong giler dah takde sape-sape nak duduk. Sunyi lah ma dan abah nanti. Hoh??? Masa tu i dah tarik muka hempat belas hinci tak suke giler dengar abah cakap macham tu. Touching wei. Pastu tiba-tiba je abah ajak i ikut dia ngan ma keluar. Macham tadek motif je time tu. Beriye-iye pulak tu ajak i. Masa tu i letih giler dowh sebab baru balik kerja. Mandi pun belom. Pastu abah cakap camni, 'jomla ikut abah keluar. masa ni je lah tinggal lagi kalau nak keluar dengan abah ma pun. Pasni dah kawen, dah susah nak kuar ikut ma abah lagi.' Kalo korang dengar ayat merayu camtu keluar dari mulut mak bapak ko, tak ke ko rasa berdosa gila kalo ko tolak lagi. Cuak pun ade okeh. Huu... abah abah. Pandai je dia nak beli jiwa anak-anak. Tu tak termasuk lagik part pecah perut angkara abah i kat rumah. Nanti dalam entry lain, i story apa yang abah i dah buat sampai anak-anak memang pecah perut gelak bagai nak mati bila hingat. Aduyaii...


giler geli tengok muka sendiri dalam gambar nih. geli mat mat mat.miahahha!

nota kaki: since i pakai permata hijrah, cepat bebenor mata i mengantuk malam-malam.tak sempat nak ber-belog dah. side efek yang i sangat suke tau. dah lama giler tak dapat nak tido awal malam-malam. kata imsomnia kan. haih..!

No comments:

Post a Comment