Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

15 March 2010

Kalau Sebut Pasal Bulu Mesti Macham Nak Sensored Sikit Kan?

Ada yang request mintak i show off mekap box i. Sekali dengan isi-isi perutnya dowh. Kira macham edisi terjah ke selongkar ke hape nih. I dah try snap 2,3 keping gambar benda alah tu tapi macham hapetah je jadik gambar yang i snap. Skill captured yang tak semengah satu. Angle buruk giler pun satu. Kuikuikui. Musti nak salahkan keadaan je, tanak salahkan diri sendiri yang tak terer (gelak syaitonn!!!) Takpelah. Nanti-nanti i try snap lagi ye. Kan ke usaha itu escalator kejayaan. (^^,)


Dan benda alah yang ber-mangkuk tingkat kat bawah ni kan adalah benda alah dalam mekap box yang paling peberet i lah senang cerita. I suka sangat-sangat beli falsie dan susun penuh-penuh dalam mekap box sampai dah tak muat nak letak jadik i pun asing kat luar atas almari pastu bila tiap-tiap hari tengok mesti rasa macham OMG, OMG teringin giler nak pakai hari-hari pergi kerja pergi kelas pergi jumpa customer pergi main badminton buang sampah buang angin opppsss tak tak. Tapi kan sebab i dasar femalas tahap langit ketujuh belas ratus, lagi sebab i tak cukup terer nak apply kat mata sendiri, so i baru je mampu pakai 2 kali which is first time masa bertunang itupun besties yang tolong tenyeh-tenyeh kan dan 2nd time masa i jadik bridesmaid kawan i. Gagal giler mak andam macham i nih kan. Pakai falsie untuk sendiriself pun tak mampu dhe. Redha. Redha.


i bajet susunan i nih berseni lah kot. uwelkk!
falsie yang dah tak muat letak dalam mekap box. yang ada dalam mekap box, i malas nak punggah. kata femalas tegar.

one of my pebret. kalau pakai, musti nak feeling-feeling rozita che two gitu. ohokohokohok


I memang sayang giler kat semua falsie i nih sebab ada yang kawan berikan dan ada yang encik tunang belikan untuk i. Dan i memang pantang jumpa falsies mesti nak beli nak beli nak beli nak beli jugak. Hohohoho.

Dan alang-alang dah sebut pasal bulu-bulu nih, i wondering kenapa ada gilrs or guys out there yang tak kisah langsung dengan bulu hidung sendiri ter-keluar bukan ter-keluar yang macham afkeluar wth tu ye puan puan. Bukan yang keluar sipi-sipi tu okeh sebab yang tu boleh dimaafkan lagi tapi yang nih siap keluar berjuntai patah membujur lalu okeh. ada ke tak kesimpulan bahasa haku guna nih. I bukan macham nak judge or nak perlekehkan orang ke hape sebab i sendiri pun ada bulu hidung yang baik hati untuk tapis segala bagai debu, habuk dan asap-asap hitam yang i sedut. This is about the cleaness and purity. Kenapa ko nak biar benda alah tu ter-juntai keluar dari hidung macham tu je dhe? Bukan susah pun nak gunting or cabut mana yang terlebih suda tu. Paling tidak pun masa nak date ke hape, time nak keluar kereta ke turun motor ke, ko check sekilas kat chermin then kalo ternampak ada keluar sipi-sipi nak keluar tu, ko jolok je lah balik bagi masuk dalam hidung. Bagi nampak kemas terbela. Takut kang tak selera pulak orang depan-depan ko nak melantak ke minum ke hape. Iye dok? Kalau u guys yang macham tu, i macham boleh je terima tapi bukan terima sebagai kekasih la selagi ko tanak jolok masuk balik ke dalam lubang hidung tu. Tapi kalau pompuan yang macham tu, i rasa tak senonoh la kan. Kalau bulu kat situ pun ko tak terbela, nanti ape lak orang lain pikir tentang bulu-bulu di tempat yang lain dhe. Ke ko rasa bulu hidung terjuntai tu sesuatu yang kool dan cuma i je yang tak tahu kot?

nota kaki: tak guna dhe kalau muka ko meletop/macho bagai tapi bulu hidung ko mayang mengurai, mulut berbau petai, badan berbau tempoyak bagai. Kalau boleh biarlah yang baik itu datang seiring luaran dan dalaman, jasad dan rohani. ( tiba-tiba je i terus amik wuduk, buat solat sunat. kuikukuikui )

2 comments:

  1. wahh. banyaknya falsies. tak reti nak memakainye. huhu

    ReplyDelete