Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 March 2010

Maybe Dah Boleh Resign Jadik Mak Andam

cik andam turun gelanggang eh eh turun padang eh turun minyak eh ke hape nak panggil sebenarnya?
terlentang
tertonggeng
terkehel
ter-kangkang! mengah tau!
masa ni macham ada kecelaruan identiti. nak jadik photographer ke mak andam? so beg mekap ngan kamera memang tanak lepas dowh
*i letak tools untuk tacap customer dalam beg ni so takdelah ko hazab sangat nak kena husung satu mekap box tu nyahi!

okey fine. beg letak bawah. hmphhhh!!!
view yang santek takkan nak di-biar camtu je. iye dok?


Nih sume gambar masa i ikut photographer buat outdoor photoshoot customer i. I dilantik tak berbayar jadik 2nd bekap photographer kan mucuk kan kan kan? Dah macham-macham skill i kat situ. Senang nanti dah kawen boleh guna balik sume skill tu kot! Miahahahha! So lepas ni sape-sape yang memerlukan khidmat photographer boleh la cari i di sini. I janji gambar i akan lebih banyak daripada uolls. Muahahaha!

nota kaki: entry yang i janji tu tau i hold dulu okeh.

27 March 2010

check list of Bride to Be

Salam,

Ehem ehem. My life as bride to be? Nak tahu ke? Ohokohok segan duh! 2 month to go. Boleh di-katakan quite early kalau siap-kan at least 70% preparation kan? So i buat sikit-sikit je dulu sudey. Tapi dah boleh checkout apa yang dah settle dan apa yang belom lagi kat sini. (^_^)

1. Hantaran untuk en.tunang - (tinggal lagi sirih,potpouri,coklat,buah,skincare,cincin)
2. Goodies bag - Done
3. Doorgift guest Ma Abah - Done
4. Kuih untuk letak dalam goodies bag - booked
5. Bekas dan deco hantaran - belom start deco pon. awal lagi.
6. DIY for my vip guest - baru siap 20 ketul macham tu la. malas giler nak siapkan. isk!
7. Borang nikah - dan amik tapi tunggu mood datang baru leh isi. muehehe
8. Hiv test - Done!!! yg ni dah konpem bebas dadah dan sex bebas okeh!
9. Mekap - booked
10. Pelamin - belom finalized
11. Kanopi - en. tunang settle kan
12. Photographer - side me dah konpem. tunggu konpem untuk side lelaki je. takpe yang ni let en.photographer settekan dgn kroni-kroninya. kan mucuk?
13. Kad kawen- en. tunang design. eh dah design ke eh? =P
14. Jurunikah - belom booking
15. Kompang - booked
16. PA sistem - en. tunang settlekan.
17. Baju nikah, sanding - belum finalize
18. Baju sambut menantu - belom hantar jahit lagi pon. Huhuhuhu
19. Dress untuk potong kek - dah tempah siap-siap
20. Kot encik tunang - belom carik pun lagi.
21. Deco meja makan dan bilik tidor - belum finalize jugak =P
22. Rumah Sewa - dah ada cuma tunggu nak finalize jugak
23. Uniform bridesmaid & family - booked
24. Honeymoon- belom decide lagi

Apa lagi ek yang i missed ek? Tangan dah letih nak taip dan recall balik checklist kat atas tu. Next entry ada something yang best i nak share dengan uolls. Tungguuuuu. ....!!!

23 March 2010

Psttt...

Ada banyak benda nak update. Ada banyak pict nak letak. Tapi, nak kena ada masa yang sesuai, tenaga yang cukup, mood yang superb baik serta.......................












feedback yang banyak dari uolls. So, kalau takde komen yang banyak mintak i hupdate belog, maka i akan cancel plan nak update dhe! Macham semangat yang hilang gitew. So? Segalanya di tangan anda. ecececececesssshh!!!

nota kaki: di-taip cepat-cepat sebab dah nak keluar jadi terima lah entry se-cinonet ini sahaja. sekian.

15 March 2010

Kalau Sebut Pasal Bulu Mesti Macham Nak Sensored Sikit Kan?

Ada yang request mintak i show off mekap box i. Sekali dengan isi-isi perutnya dowh. Kira macham edisi terjah ke selongkar ke hape nih. I dah try snap 2,3 keping gambar benda alah tu tapi macham hapetah je jadik gambar yang i snap. Skill captured yang tak semengah satu. Angle buruk giler pun satu. Kuikuikui. Musti nak salahkan keadaan je, tanak salahkan diri sendiri yang tak terer (gelak syaitonn!!!) Takpelah. Nanti-nanti i try snap lagi ye. Kan ke usaha itu escalator kejayaan. (^^,)


Dan benda alah yang ber-mangkuk tingkat kat bawah ni kan adalah benda alah dalam mekap box yang paling peberet i lah senang cerita. I suka sangat-sangat beli falsie dan susun penuh-penuh dalam mekap box sampai dah tak muat nak letak jadik i pun asing kat luar atas almari pastu bila tiap-tiap hari tengok mesti rasa macham OMG, OMG teringin giler nak pakai hari-hari pergi kerja pergi kelas pergi jumpa customer pergi main badminton buang sampah buang angin opppsss tak tak. Tapi kan sebab i dasar femalas tahap langit ketujuh belas ratus, lagi sebab i tak cukup terer nak apply kat mata sendiri, so i baru je mampu pakai 2 kali which is first time masa bertunang itupun besties yang tolong tenyeh-tenyeh kan dan 2nd time masa i jadik bridesmaid kawan i. Gagal giler mak andam macham i nih kan. Pakai falsie untuk sendiriself pun tak mampu dhe. Redha. Redha.


i bajet susunan i nih berseni lah kot. uwelkk!
falsie yang dah tak muat letak dalam mekap box. yang ada dalam mekap box, i malas nak punggah. kata femalas tegar.

one of my pebret. kalau pakai, musti nak feeling-feeling rozita che two gitu. ohokohokohok


I memang sayang giler kat semua falsie i nih sebab ada yang kawan berikan dan ada yang encik tunang belikan untuk i. Dan i memang pantang jumpa falsies mesti nak beli nak beli nak beli nak beli jugak. Hohohoho.

Dan alang-alang dah sebut pasal bulu-bulu nih, i wondering kenapa ada gilrs or guys out there yang tak kisah langsung dengan bulu hidung sendiri ter-keluar bukan ter-keluar yang macham afkeluar wth tu ye puan puan. Bukan yang keluar sipi-sipi tu okeh sebab yang tu boleh dimaafkan lagi tapi yang nih siap keluar berjuntai patah membujur lalu okeh. ada ke tak kesimpulan bahasa haku guna nih. I bukan macham nak judge or nak perlekehkan orang ke hape sebab i sendiri pun ada bulu hidung yang baik hati untuk tapis segala bagai debu, habuk dan asap-asap hitam yang i sedut. This is about the cleaness and purity. Kenapa ko nak biar benda alah tu ter-juntai keluar dari hidung macham tu je dhe? Bukan susah pun nak gunting or cabut mana yang terlebih suda tu. Paling tidak pun masa nak date ke hape, time nak keluar kereta ke turun motor ke, ko check sekilas kat chermin then kalo ternampak ada keluar sipi-sipi nak keluar tu, ko jolok je lah balik bagi masuk dalam hidung. Bagi nampak kemas terbela. Takut kang tak selera pulak orang depan-depan ko nak melantak ke minum ke hape. Iye dok? Kalau u guys yang macham tu, i macham boleh je terima tapi bukan terima sebagai kekasih la selagi ko tanak jolok masuk balik ke dalam lubang hidung tu. Tapi kalau pompuan yang macham tu, i rasa tak senonoh la kan. Kalau bulu kat situ pun ko tak terbela, nanti ape lak orang lain pikir tentang bulu-bulu di tempat yang lain dhe. Ke ko rasa bulu hidung terjuntai tu sesuatu yang kool dan cuma i je yang tak tahu kot?

nota kaki: tak guna dhe kalau muka ko meletop/macho bagai tapi bulu hidung ko mayang mengurai, mulut berbau petai, badan berbau tempoyak bagai. Kalau boleh biarlah yang baik itu datang seiring luaran dan dalaman, jasad dan rohani. ( tiba-tiba je i terus amik wuduk, buat solat sunat. kuikukuikui )

13 March 2010

Macham Buku Teks Yang Ber-ilustrasi Kot

Salam,

Tadi masa sort semua file dan folder kat lappy, baru perasan ade banyak jugak lah pict yang i dah peram bagai pekasam langsung tak pernah upload kat belog kat fb pun lagi. Banyak sangat dhe, sampai kalo ko nak upload malam ni jugak, maghrib esok pun belom tentu selasai dah la benda alah belog ni boleh upload 5 keping pict je setiap kali kan? Ke haku je yang sakai tak tahu skill lain? Tadi pun mucuk dah request suruh i upload pict kamikaze yang dia captured baru baru nih tu cepat cepat. Dah ada belog sendirik pun sibuk nak menumpang kat belog syomel i ni jugak kan? Isk!


Ini lah pict kamikaze yang di gembar gembur tanah eh yang i cakap tu. Pict ni photograher yang snap masa i ikut sama pengantin buat outdoor shoot. Bukan saja-saja i mengendeng nak ikut tau tapi sebab rasa tanggungjawab tanak bagi nanti customer i berpanas langsung merekah habis meleleh mekapnya tu. Kang terkejut pulak tengok pict semua mekap tengah meleleh cair. Haru ko. Dan dan tu jugak i jadik backup photografer untuk sessi outdoor ni. Upah tak dapat pun lagi nih. Dan kalau tak silap masa kelakuan di atas di-rakamkan, i memang takde ambil mana-mana insurans nyawa pun lagi. So kalo jatuh gedebuk mati tu assume mati katak je la tu kot.

Dan pose gedik 3 orang manusia kat bawah ni di-ambil masa sambutan Hari Maulidur Rasul kat sekolah baru baru ni. Time ni semua cikgu ke pelajar ke kusyuk dengar ceramah Maulidur Rasul dorang kusyuk sebab nanti ustazah akan tanya soalan sape dapat jawab dengan betol akan dapat hadiah okeh tapi i bertiga tanak hadiah tu sebab dah tahu dalam tu ada buku tulis garis satu je jadi sibuk la kami bertiga ber-camwhore kat belakang ni. Ini tak termasuk lagi gambar yang ada kat 2,3 ketul kamera lain yang cikgu mana ntah lagi hambik yang i ber-tiga sibuk nak pose jugak nanti bawak balik rumah bini tengok musti cikgu tu kena pelangkung sebab amik gambar kami yang gedik 3 orang banyak-banyak lebih banyak daripada gambar penceramah. Muahahaha!

tengok kerusi pun sengaje pilih jauh dari masyarakat sebab tanak obvious sangat nanti penceramah nampak, masak ko.

i senyum sopan sebab majlis sambutan maulidur rasul. bukannya parti buih kan?

kata senyum sopan kan?
Rasanya cukoplah dulu pict malam ni. I pun dah nak kena cas energy full dan bangun awal untuk mekapkan customer awal pagi, tengahari dan malam esok. Dahla I nih spesis yang esaited aneh setiap kali nak mekapkan customer musti nak check mekap box sampai 3,4 belas kali, bersihkan brushes 3,4 kali, cas bateri kamera penuh-penuh, pastu kejap-kejap duk pikir nak mekap camane esok, pastu sibuk nak tido dan rehat secukupnya untuk fokus, dan pendek kata memang i akan macham tuh la setiap kali ada job dhe! Macham mak nenek dhe! So tunggu update seterusnya. Chow dhe!!! (dhe tu kan word yang adnan sempit suke sangat sebut dan sekarang i plak suka nak sebut, dhe!!!)


nota kaki: tadi en.tunang ajak join i-tunes. katanya senang nanti nak travel banyak kali pun bleh dapat sehingga 70% diskaun hotel, flight, dan macham-macham lagi kemudahan travel (pasni dah takde alasan lagi tanak pergi holiday okeh) Dan paling bestnya i-tunes ada promosi so kitorang dapat free percutian 4D 3N kat mana-mana destinasi Malaysia, Indon atau Thailand. Jimat bajet hanimun disitu.Yeayyy...!

09 March 2010

Exhausted.

Macham dah lupa yang i masih ade belog untuk dipelihara. Bangun seawal pagi di hari minggu, drive seorang diri bak sebatang kera ke rumah customer dan kemudian balik ke rumah di-saat saat bilal dah pegang microfon untuk azan maghrib, agak dah jadi satu panorama biasa. Nak lagi best bila belah malam pun still ada customer nikah which is lepas je selesai bilal azan maghrib, i dah kena ter-pacak kat rumah customer. Then keesokannya start balik from - bangun seawal pagi di hari minggu, drive seorang diri bak sebatang kera ke rumah customer and blablablabla againnnnnn! So kalau dah life pun macham tu, sesape pun dah tak heran lagi kalau belog pun dah tak ter-bela macham ni. Kan?