Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

22 February 2010

Shell Macham Tau Tau Je I Nih Miskin

*SHELL PERDANA
Nombor telefon anda tlh menang cabutan bertuah RM15,000.00 dr SYT SHELL (M) BHD
sila/dail di talian : 019-8038380 terima kasih.
sender: 0145632665

I terima sms ni masa tengah kerja siang tadi. Masa tu i mamai-mamai sikit sebab baru kejut dari tido la katekan kantoi ngulor masa keje. Lepas baca, i senyum je. Sebab i dah selalu dapat sms dari power root la, petronas la dan yang sewaktu dengan nya lah (sekadar beberapa contoh). I memang ignore je sms camnih selama nih. Sesape yang tak pernah dapat sms macham ni kira korang memang ter-golong dalam golongan orang yang sangat rugi besar la kot. Punyalah banyak kompeni dalam Mesia ni yang suka-suka je murah hati nak bagi vodos-vodos je wang besar kat kita semua nih rakyat Mesia, boleh pulak nombor telefon korang langsung tak timbul dalam sasaran syarikat syarikat dermawan nih. Ish rugi rugi. Dalam family i je pun, ma i pun dah pernah 'dapat' rm15,000, adik i pernah 'dapat' rm10, 000. Ni lah yang di-katakan rezeki ter-pijak tahi youuu!

Tapi hentah camane tadi i tergerak bagitahu kawan i Kak Ma pasal nih. Boleh pulak lepas je dia baca sms nih, dia cakap sms ni memang betol sebab ada sorang kawan dia baru je dapat rm100,000 lepas dapat sms yang camnih jugak lah. Ini cerita betol. Gulp!!! Korang rasa tak ape i rasa time tu? I tak rasa apa-apa sebab i lagi esaited nak tahu lebih detail pasal ni. Tapi kaki tangan i tiba-tiba dah seram sejuk. Terkejut ke hape ntah i pun tak tahu. So alang-alang nombor telepon pun memang dah di-beri kat situ, so Kak Ma cakap nak try call. Lepas 2,3 kali ringing, call waiting bagai (mungkin masa tu ramai jugak pemenang lain pun call no tu kot), sorang lelaki jawab call tu dengan nada dan gaya bercakap sumpah ala-ala operator servis centre. Macham nih tau, "Hello Selamat Petang. Shell Perdana Damansara Height blablablablabla bagai..." So what do u expect untuk first impression nih? I iye-iye pasang telinga dengar conversation Kak Ma dengan lelaki Shell tu. Lepas je selesai, Kak Ma pandang i dan bagitahu yang i betul-betul menang duit tu. Homaigod!!! Lelaki Shell tu bagitahu yang Shell adakan cabutan bertuah sempena ulang tahun Shell yang ke 48 untuk SEPULUH ORANG SAHAJA pengguna Maxis, Digi, dan Celcom. See? Betapa bertuahnya i ter-golong dalam soploh orang bertuah tu (^_^) Lelaki Shell tu mintak i bagi satu no akaun bank untuk dorang bank in kan duit a.s.a.p sebab dorang dah assume yang i jauh sangat nak pergi ambik cek kat sana. So dorang bagi masa i untuk dapatkan no akaun. Yang best nya jugak, dorang siap mintak bagi akaun yang empty mean takde duit pun kat dalam instead of dorang pun tahu i kat sini cuak takut dorang tipu ke hape. Bagus kan?

So gap yang i ada sementara nak kena call balik lelaki Shell untuk informkan no akaun i tu, i cuba untuk call encik tunang. Konon-konon nak share kekayaan, eh eh kebahagiaan i. Tapi tahu apa beliau jawab? Beliau cakap tak payah bagi no akaun! Titik. En. tunang cakap semua tu tipu, taktik semua bagai lagi lah. Siap sambil on phone dengan i tu, sambil beliau duk browse artikel ke hape ntah tentang penipuan melalui sms dan baca satu-satu kasi i dengar. At the time jugak, Kak Ma pun call hubby dia untuk mintak opinion, dan jawapan hubby Kak Ma sama macham my mucuk said. So kitorang macham blur kejap. Sebab masa tu percentage untuk kitorang percaya dah ada sikit lepas dengar lelaki Shell tu tak query langsung sebarang duit ke ape, siap suruh i bagi akaun yang langsung takde wang kat dalam. Dan yang paling best ayat lelaki Shell tu ialah, "MasyaAllah cik. kenapa pulak saya nak tipu. Saya tak mintak apa-apa pun dari pihak cik. Kalau betol saya menipu, cik boleh buat report nombor saya ni" Hurm betol betol betol.

So lepas je pikir-pikir, Kak Ma try call balik lelaki Shell tadi i tanak cakap sebab i nih macham sengal sket kalau bercakap perkara-perkara yang mengujakan ni muahahaha. Kitorang call balik sebab nak try buat macham yang encik tunang suggest which is kalau betul i menang duit tu, mintak pihak dorang post kan je cek atau i pergi ambik kat dorang je cek tu. Lelaki Shell cakap dorang tak akan post kan check sebab sangat la tak secure. In case cek tu hilang masa post, macham mana? Tapi, dorang bagitahu i boleh datang ambil cek tu sendiri sebab pemenang-pemenang yang lain mostly dah datang ambik sendiri cek dari dorang =) Lepas dah salin address yang lelaki Shell tu bagi, lelaki Shell tu bagitahu nama dia ialah Rosli Mukmin, sebab nanti senang bila i datang amik cek bangunan Wisma Shell Jalan Semantan tu nanti, i boleh call dia dan dia akan jemput i naik berjumpa dengan manager nya di tingkat soploh, Tuan Haji Anuar Harun untuk tebus hadiah.

Masa Kak Ma call untuk kali kedua tu, Kak Ma ada bagitahu i, yang dia ada dengar suara azan sayup-sayup kat belakang lelaki Shell tu kot. Kak Ma macham assume yang lelaki Shell tu baik kot sebab ada azan tu (motif dengar azan terus pikir orang tu baik?) tapi i ni yang ber-otak tak berapa nak baik sangat ni pulak boleh lak pikir yang kemungkinan lelaki Shell tu adalah hentah mat hindon mane lah yang merempat menumpang tidor kat masjid sambil sambil tu sibuk menipu i macham nih kat dalam masjid tu kot. Logik tak? Ngee (^^,). Okeh back to the story. Lepas dapat alamat tuh, i ngan Kak Ma pikir nak buat ape lagik untuk investigate. So Kakma try call abang iparnya yang tinggal kat Kl untuk sure kan alamat yang lelaki Shell tu bagi, dan kebetulan jugak abang ipar Kak Ma ada kawan yang memang bekerja kat Shell. Senang kerja. So abang ipar Kakma terus tanya kawan nya kot, and finally the answer for all these stupid things is alamat tu langsung tak wujud dan Tuan Haji Harun tu pun hentah siapa-siapa yang langsung tak pernah wujud kat Shell. Dahlah alamat salah, orang tak wujud, bangunan wisma Shell tu pun rupanya tak pernah wujud. Hahahaktuihh. Macham harem. Mungkin lelaki Shell tu memang dah prepare siap-siap alamat semua bagai itu untuk kegunaan waktu-waktu ter-desak untuk soalan-soalan yang dia tak dapat nak elak macham tadi kot. Ber-hingget hingget kedit i membazir camtuh je call 'lelaki Shell' tu. Dan punah jugak lah harapan Kak Ma yag baru je plan nak pow Stroller McLarren untuk baby nya kalau i betol-betol menang 15k tu. Konon-konon komisen dia bersusah payah call situ sana sini tu la kot. Muahahaha. Memang bangsat la ko 'lelaki Shell' sebab tipu pasal duit-duit camnih di hujung-hujung bulan nih. Hujung-hujung bulan tau tak! Tsk!!!

* i memang salin bulat-bulat semua maklumat diatas termasuk nama, nombor telefon dan alamat tu. so sape-sape rasa nak call ke, hantar sms tipu cmtu balik kat dia ke pun boleh je.hikhikhik.

nota kaki: satu yang buat i wondering. Hubby Kak Ma cakap once kita dah bagi no akaun kita tuh, dorang si bangsat tu semua maybe akan boleh trace kesemua akaun i yang lain dan sedut kesemua duit i masuk dalam akaun dorang or else. Tapi i tengok banyak je belogshop yang dedahkan no akaun siap-siap kat belog dorang. Tak bahaya ke camtuh?

campur duit menang 15k+duit jual kereta i sekarang+saving i sikit+pow mucuk sket, maybe salah satu kerete di belakang akan jadi milik saya.

"saye pun nak jadi jutawan jugeee" (sambil ajuk nada pakcik menang iklan power root tu)

5 comments:

  1. jgn la bg no akaun. bahaya la. zaman teno ni mcm2 org blh wat

    ReplyDelete
  2. ngeh3x..jutawan segera busuk ni..
    ada gok niat nk pow saya..xpe nanti saya kaya, saya bagi 15k ke awak ye busuk..keh3x..

    ReplyDelete
  3. haritu my bf pon terkena mcm u. tp yg buat penipuan tuh adelah orang indon okay? Ckp kaver mcm org malaysia. tp ckp indon tuh tetap tak boleh kaver so boleh tau lah. Last2 bf i mengamok,kutuk-kutuk dia & ugut nak report polis terus letak phone. Bf i mmg tau menipu,just call nak maki-maki sbb menipu. Last-last org yg nak menipu tuh orang indon, lagi lah kene kutukan free.

    ReplyDelete
  4. iza: kenape ek xleh bagi?still wondering nih...hurmmm

    ziana: hahaha.thats so me dear.i mmg pantang sesuatu yg menimbulkan cuak camni.i akan torture and korek habis-habisan to make it clear.walaupun sometimes end up tu agak pahit utk ditelan.kekeke

    b: janji?????????????????????????!ok ayg smpan ni ebagai bukti.hehehhe

    ilyana: indon memang.dasar!

    ReplyDelete