Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 September 2009

Edisi Bumper Raya (ala macham majalah ujang tu!)

Yang ni untuk edisi raya. Huhu. Tanak cerita pape. Tengok gambar je lah. Tsk ~Segan dowh~


nota kaki: eyh irma ngn nabil dah putus ke?

26 September 2009

Raya Dengan Tunang. Best Ke?


location: rumah future MIL
motif heret adik sekali? of cos la temankan i. boleh gak dia kutip-kutip duit raya sekali kan?
situation: gangguan papparazi a.k.a beliau
i: dah dah la amik gambar kitorang ni mucuk. adik i tak biasa glamer2 macham i okeh. tengok tu, dia dah nak nangis tu.
adik i: sobsob....!!!!
location: kalo dah cenggini perilaku nye, mesti la kat rumah i sendiri okeh.
takkan 2 hingget je? mane cukup!
memula kan i aim dari jauh je kamera
pastu kan i rasa cam nak kena dekat sket lah baru senang kamera nak fokus. kan?
(abaikan tangan i yang skeleton to be itu)macham ni okeh?
full captured!!!

nota kaki: best ke? huih, mesti lah best!!!! ~kalo cakap tak best, takot nanti kena pulangkan balik duit raya. agagaga!~

25 September 2009

Karma

Kita selalu dengar orang cakap, bila dah jauh baru kita rindu. Bila dah hilang baru kita cari. Bila dah takde baru kita nak. Dan kita pun kena tahu jugak kadang-kadang, bila orang dah tak perlukan kita, baru lah kita realize yang rupanya kita pun tak perlukan dia lagi. Sebab hidup ni karma kan?

24 September 2009

Makan Dalam

"don't force me to be 'someone' that i'm not able to be. just accept me the way i am.that is better.thank you for accepting me as i am..."
Kasih Aleeya

Deep dan sangat suka okeh. Hidup yang bahagia adalah hidup yang tak perlu ber-pura-pura bahagia. So what say u?

nota kaki: I like the way u move.

23 September 2009

Kita Tukar Pelan B

Salam,

Raya kali ni ma dah tetapkan tema kami seluarga adalah kelabu hasap Evo okeh. Tup-tup baju kami sekeluarga tak sempat siap. Sigh. Di-pagi raya nan syahdu i dan adik beradik ter-paksa re-used baju-baju kami yang dah lama tapi macham baru, lalu sepakat lah tukar pelan B. Maka tema kami secara on the dot telah ditukar kepada peachy in the blues. Pepagi lagi adik i dah ter-nanges pilu sampai i ter-jaga dari tidor yang nyenyak (gud job) sebab dia dah beriya beli sampin baru tengkolok eh songkok baru siap aksesori bagai okeh sekali baju melayu dia pulak tak syiap daa. Tapi baju i tatap lagi baru ber-kilau beling-beling sebab nya i pakai baju ber-tunang dan nasib baik beliau pandai beli-kan satin jadi boleh pakai selalu walaupun dah tak ber-tunang (2 thumbs up darling).

adik i yang paling galak tunjuk peace itu lah yang mandi sunat air-mata pepagi raya
kirisi identiti di pagi raya (buat-buat pengsan kena tembak dush)
yang ni elok je lepas sessi cam-whoring, dia tukar balik pakai baju kelabu sebab baju dia sahaja yang sempat siap sebab tukang jahit dia lain. Okeh banyak sebab betol.

notakaki: tema i sendiri pulak adalah Rozita Che Wan. Apekah?

Wang Besar Wang Besar

I redha je ambik job di hari raya ke-3. Sekurang-kurangnya i ada alasan nak bersiap chantek-chantek keluar rumah kan? kan? kan? (tsk. muntah darah) Tapi yang ter-paling syok bila tiap kali i dapat customer yang se-porting habis tak banyak bunyik. Pendek kata tadah muka, pejam mata, terus je keluar banyak-banyak huruf ZZZZZZ atas kepala sampai-lah i dah siap-siap mekap baru kejutkan dia itupun sebab nak suruh kepit-kan sendiri bulu mata sebab i tak berani nak buatkan tsk penakut-nya i. Jadi bila i rasa selesa macham ni, i pun akan buat kerja elok-elok+cermat+lagi teliti hingga selalu je nak bagi extra touch walaupun sepatutnya dah sampai step final touch hohoho gila semangat i padahal tetamu kat luar dah bising pengantin tak siap-siap lagi. Kalau setiap kali pun dapat customer macham ini, raya pertama selepas takbir pun i dah sanggup keluar mekap kan customer tanpa ada secuit pun rasa yang seribu macham rasa @B%uMy67$%!!! I pulak macham terus je nak stay lelama kat rumah customer setiap kali dapat mekap kan diorang dalam bilik yang hanya satu-satunya ada air-cond dalam rumah tu. Satu-satunya okeh. Betapa perihatinnya customer i sebab tahu i ni perlukan pengudaraan yang cukup udara yang dingin serta sedikit privasi atau ber-kemungkinan jugak ambik langkah ber-jaga jaga sebab tanak terhidu bau ketiak sendiri eh eh sendiri ke siape. Tapi i bukan double standart pun. Walaupun bukan setiap kali se-ber-tuah itu dapat mekapkan customer dalam bilik se-selesa itu, tapi servis i Insyaallah tetap cuba yang ter-baek. Prinsip i, what u give u get back. Diorang dah susah-susah cari i, hire i, sediakan bilik yang selesa plus 2,3 bijik kipas meja di-sekeliling i dengan harapan i dapat buat kerja dengan penuh selesa owh memang sangat ter-haru sebab Tuhan sentiasa berikan i customer yang super duper bestest. Dan sebab diorang dah bagi i wang besar wang besar jugak, jadi i pun nak buatkan diorang senyum lebar-lebar dan besar-besar juga bila tengok chermin. (",)

tapi lengan i dah mula ada muscle la sejak akhir-akhir ini. tsk!

18 September 2009

Nanti I Ganti Balik

I dah puasa 27 hari, maybe uolls pun sama. Jujur okeh. So i rasa yang lagi balance 3 hari tu i dah tanak puasa. 3 hari sahaja. Mungkin esok. Dan dah banyak malam jugak i terawih walaupun banyak malam jugak i buat-buat sibuk kemas meja makan+cuci pinggan mangkuk waktu orang lain sibuk berebut bilik air, tapi dah alang-alang tanak pose, takkan i giler hape siang tak pose tapi malam-malam rajin pulak nak pergi terawih. Dah, dah. Semua yang di-sebutkan di-atas semua i dah buat. Sekarang tinggal satu je lagi yang i belom buat. Zakat. Ye. I cuai. Mata i juling raksasa. Kaunter zakat ada je ter-congok depan mata - tepi pintu masuk Mydin i buat-buat tak nampak. Tapi i lebih nampak tapak jualan Ramadhan yang sesak yang tiap kali nak parking kena buat pusingan tawaf cukup 7 kali haji baru dapat parking kosong sedangkan depan Mydin tu siap ada 3 petak kosong i tak pedulik pun pasal nak jugak cari yang dekat dengan tapak jualan. Tsk! Jadi i kena settlekan cepat-cepat sementara Ramadhan masih berbaki. Walaupun dah tanak puasa, walaupun dah tanak pergi terawih, tapi esok i mesti usaha pergi tunaikan zakat emas dan binatang ternakan sebab nak kena cuci rezeki yang Allah dah bagi sepanjang tahun ni selain asyik cuci kat kedai-kedai handbag+kasut+mekap etc sepanjang tahun. Esok i kena usaha jugak pergi kaunter zakat sebelom tengahari sebab kalau tengahari cuaca sangat lah hot dan spicy owh, tapi bila i dah niat tanak puasa esok maka keluar dan balik rumah dalam keadaan ber-peluh ketiak pun bukan lagi masalah dowh sebab dah boleh terus bukak peti ais kan?

kenalkan juling raksasa

nota kaki: Ber-zakat lah. Moga-moga rezeki yang kita perolehi adalah benar-benar hak kita. Amin.

09 September 2009

Tips: Guna Jari Pun Boleh

Salam,

Tips kali ni simple sangat. Korang mesti suka je sapu eyeshadow meng-gunakan jari je, kan? kan? Okeh tanak mengaku takpe tapi ada lah sorang hamba Allah ni yang seperti itu se-adanya okeh (hohoho chomel je i angkat tangan sorang-sorang). Time mekap customer, boleh lah i ber-lagak guna brush, applicator, span semua bagai bagak tu. Tapi bila part diri sendiri, sangat lah failed. Tsk. So i main taram guna jari je lah senang. Boleh je camtu. Sebab dulu pun i pernahlah baca Ras Adiba Radzi (ex personaliti Tv3) tu cakap kat dalam majalah, bila guna jari ni, hasilnya lebih chantek sebab mekap akan lebih mudah mesra dengan kulit kita konon macham bila ko sapu, terus je lah mekap tu melekat kat situ takde ber-terabur atas gigi ke ape kot.

So kat sini i nak share satu tips yang tok guru i pernah ajar masa kelas dulu hohoho. Kalau nak sapu eyeshadow guna jari, pastikan korang guna kan jari hantu suster ngesot. Kalau tak tahu mane satu jari hantu suster ngesot, korang pepandailah tanya jiran ke mak bapak ke sebab nak display gambar kat sini tunjuk jari tu pun tak mampu. Takut ada yang sentap. Bukannya tak boleh nak guna je jari-jari lain tu, boleh je wei sebab takde hukum pun cakap ber-dosa. Tapi hasilnya tidak la se-chomel guna jari hantu. Bila korang sapu guna jari hantu, sapuan tu sangatlah soft dan rata sebab jari tersebut mampu mengawal dan menima-kan sapuan eyeshadow tu. Ber-banding kalau guna jari telunjuk, jari tu akan memberi lebih tekanan pada sapuan. So kalau hasilnya tidak se-chantek mana, nanti korang salahkan diri sendiri tak tahu mekap padahal dah salah teknik dowh. Tapi pesanan penaja, tips ni sesuai untuk mekap mata yang ringkas sahaja. Untuk teknik mekap mata yang lain dan agak complicated tidaklah pula digalakkan guna jari sebab kekdahnya ber-beza (+_+). Kesimpulannya, dengan hanya sediakan jari yang bersih, cukup untuk hasilkan mekap mata yang simple tapi chantek dan menawan. Fuh, dah macham tagline duta mekap Mydin pulak dowh!

nota kaki: i pernah mekap customer dengan masa yang sangat lah kritikal sampai tak sempat nak punggah brush dalam mekap box, so ter-paksa guna jari SAHAJA tapi at the end, customer boleh tanya i guna berus apa masa sapu mata dorang sebab terasa lembut sangat. Dah dorang pejam mata time tu memang tak nampak dowh. Miahahaha!

Head Banging Kejap

Huwargh!!! Nak pecah hotak! Tiba-tiba kena buat account. Tak reti. Tiba-tiba kena study Law. Tak paham satu hape pun. Sumpah. Sigh, takmo jadi accountant pun. Takmo jadi lawyer pun. Ape nih, ape nih. I budak engine dulu-dulu. Stuktur dan bahan, jalanraya, hidraulik dan hidrologi itu yang i suka. Rindu dowh nak bancuh simen lembik-lembik pastu baru ter-hegeh nak sedar dah salah sukat nisbah simen, batu dan air. Pastu pakat gelak salahkan sorang-sorang padahal riak tak nak ajak budak lelaki join kami, konon terer. Pergh bajet! Rindu time kena usung kompas giler punya berat tengah-tengah panas sambil laung-laung satu sama lain tanya dah siap ukur ke belum, dahla bapak jauh sekor-sekor duduk atas tanah ber-bukit, perghh ber-pinar mata. Lagi i sangat rindu nak sibuk-sibuk tepi jalan sekali dengan mat-mat bangla sebab nak kena tengok diorang turap tar dekat-dekat. Sumpah ber-lagak bila kereta lalu lalang asyik pandang kami macham kami sangat lah engineer muda+ getis dan gedik haih! Tengah-tengah panas dan sangat-lah hot okeh! Tapi i loiike!!! Rindu owh. Macham mana dah jauh ter-sasar buat law dan account pulak seyh. Konflik identiti ke ape nih?

nota kaki: sekarang i letak foundation ikut nisbah yang tepat base on kulit dan skin colour customer. I ukur olok-olok dan shading elok-elok kasi simetri muka dorang, kemudian i turap loose powder, blusher bagai kat muka dorang chantek-chantek sampai rata. Still dalam kejuruteraan kan? kan?

07 September 2009

Siapa Me- Lucah Kat Sini


Amaran Keras: Baca entry ni selepas masuk waktu ber-buka sahaja okeh.


Ini cerita lama. Tapi sengaja i simpan kedap-kedap udara sampai lah i dah rasa sedia nak share. Tak pernah cerita kat siapa-siapa pun jugak. Nebes okeh.

Satu malam, i macham biasa lah ter-congok meng-hadap pc dalam bilik. Time tu memang dah lewat malam. I kusyuk dan tawaduk buat belog drifting time tuh, tapi sempat lah dengar adik-adik laki eh lelaki i kat bilik sebelah dah masuk bilik dorang siap-siap nak ber-dengkur. Cuma i je lagi yang me-lepak macham burung hantu.

Tiba-tiba i dengar bunyi yang sangat-sangat lah weird kat bilik sebelah. Bilik adik-adik lelaki i tadi. Sebab dah malam dan makin sunyi, maka bunyi tu makin lama makin jelas. Masa tu bebulu semua dah meremang. I macham tak sedap duduk dowh. Yelah bunyi yang datang dari bilik sebelah tu bukan bunyi hantu mengilai ke hape, tapi bunyi yang sangat 18sx okeh adik-adik. Memula perlahan je, lama-lama makin jelas. Bunyi pompuan bagai! Isk. I dah makin slow tekan keyboard. Ape nih. Takkan adik-adik lelaki i bawak pompuan masuk bilik kot. Takkan pompuan tu panjat tingkap kot. Masa tu kan, i dah pikir jauh melangkaui zaman 2020. Bunyi video kot. Mungkin dorang tengah layan 3gp dalam henset kot. Tapi, takkan video tuh? Mane boleh tengok wei. I takpe, eh tak tak.

So i pun dengan lagak kakak baik plus nak coverline tanak nampak obvious yang i dah dengar semua tu, i pun panggil nama adik i. Suruh jangan bising. I bajet dorang mesti ter-malu sendiri bila tahu i dengar bunyi-bunyi bising tu lepas tuh konpem dorang stop kan? kan? Tapi tak pun wei. Selamba je bunyi tu ada lagi. Diam-diam i pergi tekap telinga tepi dinding bilik. Bunyi tu perghh, memang takle blah. Korang kalau tak kawen lagi mesti ber-peluh punya tetiba dengar sound efek tu live punya. Tapi peliknya, kadang-kadang bunyi pompuan tu kekadang dengar berubah-ubah. Nyaring. Bunyi macham ber-siul pun ada. I panggil nama adik i sekali lagi. Panggil lagi. Tiba-tiba sorang adik i tu menyahut. So bunyi tu stop. I dah lega even rasa gak cuak sikit sebab dorang tengok ke video camtuh. I duduk depan pc dan sambung balik tekan keyboard.

5 minit lepas tu, i dengar bunyi tu lagi. I panggil lagi adik i. Then bunyi tu stop. Sampai kali ke-3 i dengar bunyi tuh, i dah keluar bilik dan pergi depan pintu bilik dorang. Baru niat nak ketuk, tiba-tiba i dengar bunyi tu makin jelas. Makin jelas. Dan lepas tu i terus masuk bilik i, terus sambung balik belog drifting. Malas nak layan bunyi dengkuran lucah adik i tuh. Buang masa i je dari tadi. Tsk!

Sori I'm Late Darling

Walaweh! Frust nya i. I dah siap-siap prepare nak buat tutorial yang dah lama nak mamfos pending je sebelom ni. Punyalah semangat i tadi toksah nak kira. Sekali i dah siap buat muka comel yang amat ketara depan kamera, bateri pulak takde. Wei, jangan ahh cakap yang i nih sengal hape dah tau nak guna kamera tapi tak reti-reti nak re-cas bateri siap-siap. Salah tu. I dah cas. Tapi i lupa on kan suis laa. Tsk! So kepada yang request, sangat-sangat lah sori mintak mahap okeh. Sumpah ni bukan alasan seribu dalih macham pepatah tu. I janji ~buat kali ke-berapa kali dah ni i janji~ lepas nih i try and errror lagi okeh?

nota kaki: kan ke senang kerja kalau dslr itu i yang punya. iye dok?

05 September 2009

Trilogik Chenta

~gambar i dah remove. tetiba rasa cuak je letak gambar preher dowh~

Godek-godek pc, sekali i ter-serempak gambar-gambar old school i dan bekas pakwe. Tahun per-tama ber-chenta lepas dah kenal ber-kurun kurun. Tapi ni dulu-dulu punya cerita. Zaman-zaman Raja Ema jadi heroin, A.R badul jadi hero-hero filem. Since sekarang dah banyak beza pun bak kata Seng Heng; beza memang ber-beza. Dulu i kuwus tulus mulus tapi sekarang homaigod selera makan tu buat i belasah je semua. Nyam-nyam! Sekarang jugak dah takde maknanya nak keluar dating togel-togel macham ni tu semua cerita lama zaman jahiliah eh eh zaman batu awal dulu memang takde tudung chantek-chantek plus masa tu belom jadik cik andam lagi, duit nak beli tudung kena mengemis dulu tau tak. Ceit!!!

nota kaki: erkk kalau beliau marah, i remove pict ni. lalalalala!

01 September 2009

Menggelabah Pulak Ko Yna

3.41 a.m, i baru start taip entry nih. Siang tadi kan hari merdeka so kekdahnya bebas lah nak tido berapa kilo pun (padahal tu kan makruh wei) tapi takde sesape yang larang memang sah-sah i tido tak hengat. Bangun, then godek-godek student portal jalani kehidupan sebagai student di-hari-hari cuti macham nih. Sumpah kekadang i rasa stuck, blank, dan memang susah nak manage semua nih bebetol bila ada 3 bendasing yang nak kena buat dalam satu kehidupan manusia normal macham i. Tapi Yna ber-tabahlah. Kan ke Razak Mohaideen dah siap bagi sinikal movie tittle 'Jangan Pandang Belakang Congkak' which means just step forwad and dont ever look at ur back. Walau pun susah nya jalani hidup sebagai student PJJ (perjumpaan jarang jarang), dengan tak berapa nak cukup lecture, tak menang tangan nak buat assigment+kerja hakiki yang dah ada+part time mekap lagi ko tamak nak buat jugak Yna wei, kemudian plus bila weekend pulak ada kelas, otak sampai rasa ketat+sendat sebab hadap lecture nonstop dari morning till noon, sebab pulun habis 3,4 chapter sekaligus, tapi i kena kuat semangat. Kena survive. Lagi i nak kena selalu jengah belog eh i-Class sebab nak alert update asignment dan kena involve forum ~tapi tak boleh just drop by ayat bunuh diri sendiri macham; hye sir, happy fasting day, poser ke tak tu and whatsoever yang takde kena mengena lah~ nanti dalam kelas konpem kena hembus baik punya dengan lecturer sebab main-main je dalam forum ~cescesces menyampah mujur tak pernah buat lagi~ jadi kena pikir baik-baik ayat paling berilmu apekah yang nak involve kat forum. So malam-malam tido pun asyik teringat ape lagi yang i miss ape lagi yang i miss. Pheww! Dan tadi i suck eh stuck lagi sekali. Terus emel lecturer 3 orang sekali gus untuk update ape lagi yang i dah ke-tinggalan. Dan sekejap-sekejap i menggelabah sibuk nak refresh emel kalau-kalau nanti dapat reply lecturer marah-marah i sebab kacau pagi-pagi hari macham ni, dorang nak sahur pun tak kenyang baca emel annoying i so terus banned nama i dan bagi lowers mark untuk carrymark i nanti macamana??? Sigh. Habislah i.