Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 March 2009

Kem Solat? Kem bersolat?

Okey entry ke 3 untuk malam ni. Waktu ini saya sudah perlu tidur tetapi mata masih lagi mampu menatap skrin pc saya demi untuk berbelog malam ini. Tiba-tiba bernafsu untuk berbelog. Ces nafsu kuda!!!
Apesal weh saya kena tidur awal? Macam ah saya nih kanak-kanak bawah umur kena paksa tidur awal sebab korang yang tua-tua nak tengok cerita-cerita 18 SG, SX, PL dan sedaerah dengannya pada pukul 10 malam ke atas? Please okaiyy, saya dah cukup dewasa untuk menonton semua tu ~erk...~
Ok biar saya jawab soalan saya sendiri. Bukan sebab itu. Tetapi esok saya ada tanggungjawab yang besar maha hebat di tempat kerja ~ces~. So patut tidur awal sebab esok tak boleh ponteng kerja macam biasa sambil senang lenang golek atas karpet gebu dalam kelas bawah kipas. haihhh.....

Ada kem solat untuk semua pelajar. Saya seperti biasa sentiasa menjadi calon bebas dipilih tanpa bertanding untuk menjadi salah seorang yang perlu terlibat secara langsung dalam kem tersebut. Tentatif program ialah bermula pukul 12.45 tgh - 4 petang. Dalam masa yang sama, mesyuarat kem tu juga dkiadakan pada pukul 12.45 tgh esok. Sangat teratur aturcara program berikut kan? Wohoho, mungkin ketika mesyuarat berikut dijalankan, para pelajar juga terlibat sebagai penonton atau pencatat masa dan sebagainya.
Dahlah kelas saya berakhir pada pukul 12.15 tgh setiap hari. Dan esok, program tersebut bermula pukul 12.45. Agak-agak korang, waktu bila saya dan yang lain akan solat Zohor? Mungkin solat sebelum masuk waktu Zohor? Atau mungkin juga saya dah tak perlu solat, sebab dah jadi fasilitator kem solat, pahala akan jadi baki bawa kehadapan dapat melalui kem ni? ~ngeh,ngeh,ngeh~

Dara Ke Darah.

Salam,

Woo... saya ada masalah. Buku senarai booking mekap saya telah hilang. Lokasi hilang tidak dapat dikenal pasti dan yang pasti buku tersebut telah saya cuba jejaki dgn sedaya upaya tapi langsung hilang jejak dan kesan tapak kaki buku tersebut pun tak dapat di kesan. So kepada sesiapa yang terlibat dan berkenaan sila hubungi saya dengan segera bagi memudahkan urusan booking mekap. Sila rujuk Chenta untuk memudahkan korang ye.
Tengah sibuk-sibuk selongkar carik buku tuh, tetiba saya jumpa lak sehelai kertas yang dah lunyai tua kutuk nak hancur. ripa-rupanya kertas maklumat pemeriksaan kesihatan dan butir-butir diri bagi membolehkan saya samada layak atau tidak untuk menderma darah. Dan sememangnya saya tak pernah layak selagi berat badan saya tak mencapai 50 kg. Wohoho, nampak dah gemuk tapi hakikatnya timbangan saya tak lah berat sangat tau~ces~Masa tu berat badan saya 46 kg dan saya suka-suka buat pemeriksaan tu semata-mata nk tahu kumpulan dara darah saya je semata-mata ~hikhik~Mana berani weh nak derma darah. Nanti kepala berpinar-pinar sambil mulut berbuih-buih, darah tinggi, pitam kemudian bertukar...~sudah, sudah, jgn mengarut lagi~ So akhirnya keputusan di tangan anda, eh saya. Darah saya rupanya kategori jeng,jeng,jeng...
kumpulan darah B!!!!
B untuk baik, bagus, bertanggungjawab, bergaya, bermekap, bershopping, bermalas, bersuka tidur, dan selebihnya. Saya dengan tenaga nuklearnya terus google kumpulan darah saya dan sebagai seorang yang sangat tidak kedekut, owh bermurah hati
Jadik saya turut senaraikan personaliti mengikut dara darah bagi Kumpulan darah anda juga. Sangat bermurah hati saya kan? Kan?

DARAH O
OVER KONFIDEN~ Setia, sabar dan
sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan
diri sendiri.
GILA KUASA~Bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua
perkara yang ingin dilakukan khususnya yang
melibatkan kerja-kerja berkumpulan .
GIGIH~ kamu berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau
dalam apa cara sekalipun
CEMBURU BUTA~
Memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
STRICT~Terlalu serius dalam
persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri.
EMOSIONAL~Harus lebih bijak mengawal emosi

diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
PEACE NO WAR~Keharmonian dan keamanan adalah matlamat
utama dalam hidup.
SEMANGAT RUKUN TETANGGA~Gemar melakukan

kerja-kerja secara berkumpulan dan
gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
SOSIAL~Bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan
mereka juga sentiasa berasa senang
untuk bekerjasama dengan mu.
RASIONAL~Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa
LOVING~Memiliki keperibadian penyayang.
KERAS HATI~Agak degil dan
terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak
mengendahkan langsung waktu untuk berehat.

DARAH B
SIMPLE~Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat denganmu.
LOW PROFILE~Lebih selesa dengan kesederhanaan.

SETIA PADA YG SATU~Dalam perhubungan pula kamu terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang
dalam apa jua perkara.
SYOK SENDIRI~Dalam melaksanakan
sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri.
JIWA SENI~Kreatif dan fleksibel.
SOSIAL~Mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri
dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan
tertentu.
BODOH SOMBONG~Bijak bersosial. Namun
ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan
tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan
sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri
sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara
bersendirian.

DARAH AB
RASIONAL~Tenang dan bijak mengawal emosi.
RESPEK~Sentiasa menghormati
orang lain dan ini menjadikan individu yang berada
di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan
dengan mu.
PELAWAK~Sikap humor
semula jadi dan sentiasa bersikap
menghiburkan dan ceria.
TEGAS~Perlu lebih bijak dan
berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan
biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri
kamu sendiri.

Saya sangat setuju dengan ketepatan personaliti diri saya kecuali agak kurang tepat part 'Mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu'.
Gila seyh, saya sangat jakun kalo di letakkan di kelompok doktor, peguam mahupun artis-artis nak cakap ape lol. Terus masuk zon Silent Mode saya. Kalau letak saya di kelompok warga emas, lagi lah saya kunci mulut takut tersilap merapek terus makcik nenek semua pitam berbuih dan sebagainya.

Off Record

Entry kesinambungan bagi kisah saya, bomoh degawan dan sessi mengurut tidak dapat di sambung sebagaimana yang telah di janjikan atas alasan-alasan dan hak cipta terpelihara~ces~ Harap maaf. Sangat off record demi menjaga maruah bangsa agama dan negara. Daulat Tuanku.

p/s : pada yang still berminat nak tahu, nanti kita open table off record story okeh agagaga.

26 March 2009

Panas

Salam,

Saat saya berbelogging ni, suhu badan saya mungkin dah mencecah paras tidak normal. Saya demam. Bangun dari tidur, badan saya sakit-sakit, kepala saya pening dan mata saya pedih-pedih. 3 hari keadaan ini berlarutan. Setiap malam saya telan, kunyah, makan panadol ~nyam nyam~ anggap macam gula-gula Sugus ~ces~. Tapi badan masih sakit-sakit. Rasa nak pitam-pitam ditambah cuaca yang sangat Hot.Fm.
Malam ni saya harus ikut ma saya jumpa bomoh Degawan...eh bukan, bukan. Jumpa seorang makcik/ nenek/ auntie yang dikenali sebagai bidan kampung, sekaligus sangat master dalam aktiviti urutan labah-labah dan cakar harimau, eh bukan-bukan. Urutan tradisional. Bukan urutan Spa Q tuh.
Atas nasihat dan taklimat sepenuhnya daripada rakan- rakan yang mungkin sangat meyampah melihat keadaan saya yang merungut sengal-sengal, sakit sendi segala bagai, saya dinasihatkan supaya pergi berurut cara kampung, bukan urutan Spa Q.
Tak sabar nak tunggu pukul 9 malam, sebab waktu tu barulah proses mengurut dapat di lakukan ~tunggu makcik tuh balik surau~ pengalaman pertama saya ni. So, klimaks dan kesudahan sessi mengurut saya ini akan saya sambung dalam entry seterusnya nanti. Pergh, bajet saspen.
Nak tengok muka sakit saya tak? huhuhu....

saya berwajah sakit ~serius tak tipu~

25 March 2009

Ketagihan Saya

Salam,

Saya sangat letih ketika berbelogging nih. Tapi masih ada nafsu kuda hendak berbelogging. Badan sakit-sakit angkara tidur dengan posisi yang tak statik. Saya sangat letih dan mengantuk sejak akhir-akhir ini. Simpton awal bagi penyakit tua kah? Erk...tua ke saya? Okeh okeh, saya cuba tidak perasan yang saya tua. Jadi mungkin ini simpton-simpton awal penyakit kemalasan bekerja di pertengahan tahun.Walaupun dalam mood dan penyakit malas yang ber-terusan, saya masih mampu gedik depan camera tangkap gambar sendiri sape nak kesah. Sekian, terima kasih.

ye saya tahu saya gedik. maafkan saya....~ngeh,ngeh,ngeh~
~motif gambar: 2+2=4~

18 March 2009

Silent Mode

Beberapa hari tiada new entry. Sangat penat. Pagi-pagi masuk ofis, kerja, buat bil, buat kira-kira, sumpah rasa diri macam kera sumbang mahram eh macam kera sumbang sebab takde kawan lagi sebab kawan seperngumpatan sedang bersenang lenang bercuti sebab termelahirkan anak suaminya. Jadi saya yang belum di suamikan masih tidak dapat termelahirkan anak siapa-siapa harus pergi kerja seperti biasa, original atau spicy?
Dahlah ofis bising ramai staff yg old school, majoriti suka dengar Klasik.fm ~sumpah seranah~ benci sebab langsung tak dapat berkaraoke mahupun miming setiap lagu yang ke udara. Lagu semua sangat selamanya hijau *evergreen*. Usia lagu-lagu berikut bersamaan usia radio pertama yang dicipta. Dahlah radio terletak tidak beberapa hasta dari paras kepala saya tanpa ada ralat paralat. Sambil tekan-tekan kalkulator, sambil kepala berpinar-pinar, mulut berbuih-buih, darah tinggi, pitam kemudian bertukar... ~erk sudah,sudah,jgn mengarut~
3 hari bekerja, rasa seluruh organ badan makin lemah. Esok kerja lagi. Tapi jumlah staf berkurangan daripada semalam. Yang lain bercuti tinggal saya bersama seorang staff yang overdose ramah tamah. Suka sangat tuju- tujukan setiap lagu yang ke udara untuk saya sampai diri saya rasa lemah, darah tinggi, pitam, mulut berbuih kemudian bertukar ~weh sudah,sudah jangan mengarut!~ tak mampu nak dengar dan sahut setiap celotehnya. Jadi esok harus bawa majalah Pengantin yang baru dibeli cuci mata serta sambil buat-buat kusyuk baca buku tatkala ' DJ' mula 'ke udara' hikhik.

16 March 2009

Musim Mengawan

Salam,

Di luar sana, hujan masih lebat. Sejak hari cuti sekolah yang pertama, sampailah hari cuti sekolah yang ke-4, hujan masih tak berhenti-henti. Kebetulan jugak time cuti ni jugak lah ramai yang mengadakan majlis perkahwinan. Saya teringat pesan ma saya sendiri,' Kalau nak buat majlis kawen, jangan buat bulan 11, bulan 12. Musim hujan susah nak buat majlis '. Tapi Allah itu maha kaya. Kita ni berada di 'bahagian perancangan' saja. Siapa sangka bulan 3 yang disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan tak henti-henti ~eh, pelik je bunyi~
OK...Cuba kita bayangkan berada di tempat diorang. Ibu bapa pengantin mesti susah hati...terfikir macamana tetamu nak makan dengan selesa. Terfikir ada ke tak tetamu yang datang. Sebab makanan dah siap ditempah @ di masak. Kalau tetamu tak ramai, maka membazirlah semua makanan yang disediakan. Si tukang masak@orang dapur pulak susah hati di dapur. Kayu api dah basah ~serius, kat kg ada lagi masak guna kayu api okaiyy~. Pastu khemah port diorang berkawah pun dah takung air...tunggu masa je lagi nak runtuh agaknya. Pasukan kompang lagi lah weh. Dorang pakai baju batik sedondon ikut warna tema pengantin. Sutera lagi tu. Bila dah hujan macam ni, nak taknak terpaksa lah berkompang dalam hujan ~ada ke org berkompang kat dalam rumah, erk~. Tetamu@orang kampung pun susah hati jugak. Ada yang dah plan nak angkut seluruh anak beranak pergi makan kenduri ~kat rumah tanak masak, ces~ sekali hujan pulak turun tak henti-henti. Ish, macamna nak pergi. Yang lebih ' veteran' pun tak sedap hati jugak kalau tak dapat penuhi undangan sahabat. Macam ada yang tak kena je rasa hidup dorang. Pendek kata seluruh jentera yang terlibat dengan perkahwinan susah hati bila mana majlis berlangsung dalam hujan.
Tapi dalam gundah gulana dorang, ada yang sedang tersenyum simpul menahan gembira. Siapa lagi kalau bukan si pengantin. Lagi lama hujan, lagi lebat hujan, lagi lebar senyuman diorang. Hujan rahmat kata diorang. Ces!!! Dah di jangka.
~korang mesti tangkap apa saya fikir kan?~

15 March 2009

Saya dan Tragedi

Semalam saya pergi tengok baby comel milik kawan saya. Rambut hitam pekat dan lebat ~nonsence dowh percaya pakai syampu baru dapat rambut lebat dan hitam~
Tetiba terjadi perbualan camnih lah lebih kurangnya antara ma dan kak nor-
(telah di alih dialek terengganu kepada bahasa standart okeh)

Ma : Dulu masa along ni ~merujuk kepada saya~ dapat angah ~merujuk kepada adik lelaki saya~, dia datang tengok angah kat hospital bawak coklat Sugus untuk bagi kat adik dia. Maasa tu semua org gelakkan dia.
~motif: saya raikan kedatangan angah ke dunia ni kot~

kemudian sambung ma;

Ma : Dulu along lagi kecik daripada baby ni. 2kg je berat dia masa lahir. Besar botol air mineral yang kecik tu. Tapi boleh pulak dia tua dalam perut. Ma mengandungkan dia sampai 11 bulan.
Kak Nor: 11 bulan ma? boleh plak macam tu?
Ma: Boleh. Sebab dulu tak macam sekarang. Along masa lahir tu, kuku dah panjang, rambut pun lebat dan panjang.
~hoho mujur muka tak mekap siap-siap, rambut dah dye blonde semua bagai~
Ma sangat suka guna teknik imbasan. So entry kali ni saya gunakan teknik imbasan.

1. Tahun 1980-an. Masa saya masih merangkak.
Kami sekeluarga berehat-rehat di rumah. Ma, abah dan saya. Saya masih merangkak ketika itu~masih amatur~ Jadi latihan merangkak haruslah kan saya teruskan. Crawling, crawling and crawling... akhirnya saya tiba ke suatu destinasi. Objek aneh tapi bergerak-gerak di hadapan saya. Tapi saya teruskan merangkak. Objek bergerak-gerak itu makin saya dekati. Kecik-kecik dah ada semangat enkuiri yang tinggi. Dan akhirnya, ma dan abah jumpa saya dalam pelukan monyet peliharaan datuk saya dengan lutut saya yang dah tersopak isinya. Kena gigit monyet. Sampai hari ini parut besar kesan gigitan monyet tu masih ada di lutut kanan saya. Peliknya saya tak menangis pun ~mungkin saya dah di pukau monyet itu~ tapi risau gak weh takut-takut kalau gen monyet masuk dalam badan saya ~erkk...~

2. Tahun 1980-an lagi. Sekitar 4,5 tahun.
Lokasi di rumah juga. Time tu abah tengah korek cuci telinga adik saya, Angah. time tu kecik lagi jadi takkan nak biar cuci sendiri kan. Saya pun sibuk jer serahkan diri saya nak diserviskan telinga juga. Syok woo abah servis telinga terlentok-lentok sambil mata kuyu ~gila stim weh~ silap hb, siap air liur meleleh atas riba abah. Tapi abah cakap, 'along dah takde taik telinga dah. Abah baru korek semlam kan'. Fuhh, memang saya sangat kecewa. Bawak diri ke luar rumah, duduk tepi tangga, sebelah batang penyapu. Merajuk. Tapi rajuk saya tak lama. Saya masuk rumah balik, jumpa abah. Dengan penuh harapan. Saya yakin, kali ni abah mesti akan cuci telinga saya.
Kesudahannya, saya di bawa ke hospital. Terus masuk bilik rawatan. Ada objek asing dalam telinga saya. Dan doktor yang keluarkan objek dalam telinga saya tu tak daya nak tahan gelak bila tengok sticker harga yang warna kuning dikeluarkan daripada telinga saya masa tu. Ye doktor, itu sticker harga penyapu yang ma sandar tepi tangga. Salahkah saya mencipta taik telinga sendiri supaya abah boleh servis telinga saya juga? Saya masih terbayang- bayang gelak setan jahat doktor tu masa tu.

3. Tahun 1990-an, Umur saya 4 @ 5 tahun.
Sambutan hari keluarga pejabat abah saya. Masa tu, semua staf @ kawan -kawan abah datang bersama keluarga ~nama pun hari keluarga~. Anak- anak kawan abah semuanya lebih kurang sebaya dengan saya. Lalu di akhir majlis, diadakan sessi begambar beramai- ramai bagi semua anak staf. Saya juga bergambar. Itupun selepas berkali-kali dipujuk dan disogokkan duit syiling 20 sen oleh jurukamera dan abah dan ma. Duit sogokkan saya ambil tapi saya tetap tak pandang kamera. Asyik pandang tepi, sebelah kanan saya sahaja ~bukan bermaksud pemalu okaiyyy~ Jurukamera bosan dan akhirnya gambar di ambil. Setiap ibubapa yang anak-anak nya turut serta ketika sessi bergambar itu telah di berikan sekeping sorang gambar tersebut sebagai kenang-kenangan. Ya...pada sesiapa yg turut memiliki gambar tersebut, saya mengaku...gambar budak perempuan yang pandang orang tepi belah kanan, sambil jari telunjuk di dalam lubang hidung itu adalah saya. Maafkan saya kerana merosakkan gambar kenangan kalian. Skill mengorek hidung memang dah sediakala wujud dalam diri saya pada masa itu. Kalaulah saya tahu gambar itu bertujuan utk kenang-kenangan...huh!!!

4. Tahun 1990-an. Saya dah mula sekolah rendah atau tadika.
Petang yang nyaman. Saya dan angah dah dibenarkan main-main di halaman rumah masa tu. Saya main anak patung ~woman sgt dah~ dan masak-masak. Angah yang tak tahu apa-apa erti beza permainan kanak-kanak perempuan atau lelaki, join sekali alongnya main anak patung dan masak-masak. Dasar memang budak lelaki tetap budak lelaki, lengan anak patung kesayangan saya di cabut ~yang sebenarnya di sentap~ siapa lagi yang sentap kalau bukan angah. Serta merta semangat Tun Teja mula merasuk saya. Saya capai botol sirap itu, ~tau botol sirap zaman dulu? warna kecoklatan, kaca tebal dan berat~ lalu saya lontarkan botol sirap itu persis seorang atlet lontar peluru, ke arah angah dan yaa...lontaran saya tepat sekali mengenai sasaran. Bucu belakang botol sirap padu mengenai dahi angah. Darah mengalir laju dari dahi angah. Lalu dia di bawa ke hospital. Lukanya dalam dan terpaksa disulam dijahit. Hati saya puas. Dan hati ma dan abah juga puas...saya dibelasah dipukul teruk kesan kekejaman Israel saya. Padahal sumpah saya tak tahu, lengan anak patung tu memang di cipta boleh cabut dan pasang balik ~ngee~

5.Tahun 1992. Darjah 1.
Sekolah rendah saya ni special sikit. Sebab ada klinik rawatan gigi kat dalam kawasan sekolah ni ~sekarang dah takde klinik ni~. So bagi pelajar- pelajar yang nak buat rawatan gigi, boleh senang lenang je nak pergi klinik ni. Lagipun klinik kerajaan, free je la. So saya tak terkecuali. Dahlah rumah dekat gila dengan sekolah. 15 langkah je dah sampai sekolah ~langkah org-org lelaki dewasa yer~
So bila tiap kali saya sakit gigi, ma akan bawak saya ke klinik gigi. Korang mesti tahu kan prosedur nak cabut gigi camane. Memula kena tunggu turn nama dipanggil ~kalau ada patient lain~ pastu masuk, nurse@doktor akan check- check gigi korang pastu bagi bius cinta sejarum dua. Bergantung pada lokasi gigi yang nak di cabut. Kalo gigi geraham, kena bagi bius cinta lebih sikit, senang nak cabut, tak sakit.Last baru nurse@doc panggil nama dan get ready utk menamatkan riwayat gigi yang sakit ~ah, tensen~.
So step pertama saya lancar. Lepas step kedua ~bius~ saya kena tunggu step seterusnya. Selalunya,
tempoh menunggu ke step ke 3 ni sangat lama ~padahal 15-30 minit kot~. Saja doktor lengah-lengahkan sebab nak bagi ubat bius cinta tu meresap sepenuhnya. Tapi tahukah doktor dan nurse yang dikasihi, bius itu membuatkan saya rasa aneh. Bibir mungil saya terasa menyamai ketebalan bibir negro @ juga Angelina Jolie. Dipicit-picit bibir sendiri dengan perasaan yang cukup aneh. Last-last keanehan itu menyebabkan kaki saya laju je melangkah pulang begitu saja ke rumah, walaupun nama saya di panggil- panggil oleh ma saya. Begitulah keadaan saya hampir 2,3 kali berulang. Lepas bius, saya cabut lari balik rumah.Tak sempat cabut gigi. Sehinggalah gigi saya yang sakit sikit-sikit tu dah sampai tahap ketiga~dalam ertikata kronik~ Kali ini abah pulak yang temankan saya cabut gigi. Ma dah surender agaknya. Lepas step ke 2, kali ni doktor terus sambung step ke 3 ~mungkin abah dah buat konspirasi dgn doktor dan nurse~ saya menggelupur melawan nak lari daripada kerusi rawatan, tp apelah kudrat saya waktu tu. Abah, doktor, 2-3 orang nurse serta seorang lagi nurse lelaki ~nurse jugak ke?~ masing-masing pegang saya di setiap kaki tangan, leher, kepala dan mulut saya. Ye kawan-kawan, saya telah di paksa cabut gigi dengan kejamnya. Sampai bila- bila saya akan kenang kekejaman itu.

6. Tahun 1998. Tingkatan 1.
Saya terima tawaran ke asrama sekolah berasrama penuh. Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa ~ada kena mengena dgn Datuk K ke?~ Ya, sejak masuk ke sekolah itu, jiwa saya pun kacau. Siang malam mata saya masuk habuk ~tsk~ Di bilik prep, di padang ketika riadah, di dalam kelas, seluruh sudut di sekolah tu menjadi saksi mata saya masuk habuk. Jiwa saya kosong. hari pertama sekolah, saya di ragging akak - akak naqibah ~bebudak matrik~ suruh saya nyanyi lagu kumpulan Saujana- Keluarga Bahagia. Woh... saya memang tak pernah layan lagu nasyid. Tp dengan nada sumbangsih, melodi tunggang langgang, serta pitching yg tak sampai, saya bantai jugak nyanyi lagu tuh. Lagu yang sepatutnya kalau didengar oleh budak-budak perantauan macam saya ni, airmata mesti bergenang tp sebaik sahaja di nyanyikan saya, gelak setan sakan kedengaran. Tp, ada saya kesah???
Masuk kelas, saya langsung tak faham apa cikgu saya ajar. Sebab (damn) pelik, kenapa guna dialek Kedah ye cikgu? Nama pun SBP (sekolah berasrama penuh ), murid- murid nya mestilah datang daripada seluruh pelusuk negeri. Macam ayam dan itik saya nak berkomunikasi. Akibatnya, saya memang kesian. Masuk koperasi pun tak dapat nak berkomunikasi. Part nak dapatkan duit cucur, akak yang jaga koperasi tu cakap 1 kupang, 2 kupang, 5 duit...~wtf~ Saya masuk koperasi ke pasar ni? Siap ada jual-jual kupang?

Time outing, semua orang outing. Pergi bandar Sg. Petani. Saya? Setakat kirim je lah. Mana ada hati lagi nak merendek. Baju batik sekolah saya pun belum siap jahit lagi. Tak boleh nak pakai keluar outing. Saya kirim kat kawan saya, suruh belikan biskut, tp berkali-kali dia cakap roti... sebab di Kedah, biskut adalah roti, roti adalah roti. Kamu faham ke? Sumpah saya tak faham. Dan makin tak faham bila kawan saya belikan saya roti ~tsk~. Nyata dan jelas dunia saya dan dunia sekolah ni berbeza. Saya tekad dan nekad. Baldi @timba ~org Kedah panggil timba~ saya jualkan kepada kawan-kawan yang memerlukan. Bakul tempat letak shower gel, ubat gigi, syampu dan semua tu pun saya jualkan. Kira longgok. Cuti hujung minggu ni saya mesti balik kg. Alasan rindu rumah. Sebaik sahaja abah ambil saya di stesen bas, saya turun bas dgn muka sangat cekal tanpa perlu menimbulkan syak wasangka abah. Tapi sebaik sahaja sampai rumah, mau abah tak terkejut. Semua barang saya dah ada dalam bonet kereta dia. Saya tekad. Diiringi tangisan pilu ~yang dibuat2 bagi meraih undian~ saya beritahu abah yang saya dah taknak pergi sekolah tu. Saya dah tekad lari daripada sekolah itu...akhirnya,abah dan ma akur. Anaknya ini sgt keras hati. Dan yeayy...saya kembali ke sekolah lama. Sekolah ku Syurgaku ~ngee~
~serius selalu menyesal part ni bila saya pikir-pikir balik~

7. Tahun 2002, Tingkatan 4.
Tingkatan 4 dan 5, saya sekolah berasmara berasrama. Syok sekolah ni, sebab kawan baik saya pun ramai. Satu kelas, satu dorm. Bila dah terlampau ramai geng, adegan-adegan yang tak diingini terpaksa berlaku.
Hobi kami malam-malam mengendap bawah ampaian kain. Sangat sadis skill kami tapi hasilnya kami seronok. Suka tengok pelajar-pelajar lelaki berlari ~serius macam lari pecut~ masuk dewan makan. Tahulah lapar, tp agak-agak la kan. Kitorang tunggu masa je bawah ampaian kain kami . Dorm kami ada beranda belakang yang mana ada ampaian kain juga tempat bertenggek, tetapi kalau di lihat warden semasa bertenggek, nahas kami. ~pelikkan, bertenggek pun salah ke?~ So atas aspek- aspek keselamatan, port kami adalah di bawah ampaian kain. ~woh, kdg-kdg tak perasan atas kepala kami ada banyak sotong kering. ces~ So bila sasaran dah depan mata, kami pun apa lagi. Laung kuat-kuat ke arah pelajar lelaki yg berlari pecut tu, ' kebulur sangat ke woiii...' dan serta mata larian pecut tu bertukar menjadi larian anak dan makin lama makin perlahan, perlahan, dan terus berjalan jer....kitorang kat atas ni gelak sakan mcm setan. Syok woo..bukan dorang tahu sape yg sound dorang.
Tp langit tak selalunya cerah ~time malam, langit kan gelap~ Hujung -hujung persekolahan, kitorang 5,6 orang dapat idea nak lepak tidur kat surau. Motif? Takde motif. Memang tersangat saja nak cari nahas. Malam yang dirancang, kitorang 5, 6 org lepas Isyak, kitorang angkut selimut, bantal, pastu makanan ringan sikit sebagai bekalan. Perlahan-lahan seludup keluar daripada asrama. Lalu tepi sign board ~di larang keluar daripada kawasan asrama selepas tengah malam~. Sampai surau, sempat lagi mengendap dari jauh, nampak budak laki kat asrama. Tau tak rahsia, dorang ni melombong tepi koridor, pastu jentik bijih keluar, pastu siap ada sapu bijih kat ampaian ~Yarkk!!~
Malam tu kami tidur disurau, tp malang tak berbau kan? Plan kami nak bangun awal-awal, masa muadzin datang pasang kaset mengaji sebelum azan subuh tak menjadi. Tiba-tiba pulak hari tu muadzin terlewat bangun. Aiseh, memang kacau. Muadzin datang- datang je surau terus azan Subuh. Dan time tu jugak la pintu surau diketuk dan di tolak dari pada luar ~kami sendal pintu surau dgn rak sejadah atas aspek keselamatan. ces ~ Rupanya jemaah- jemaah perempuan a.k.a pelajar-pelajar lain dah pun sampai ke surau utk solat Subuh. Aiseh, nak buat camane lagi. Memang kami dah kantoi. Dgn selimut, bantal, botol mineral segala bagai ada. Tak sempat nak kemas.
Bagaikan dijangka, petang tu jugak nama kami ber 5@6 ni dipanggil warden. Tp otak ligat kami tak sampai disitu sahaja. Bila warden mintak kami bagi alasan, saya dari dalam dorm lagi dah pesan biar saya wakilkan jawapan utk kami semua. Cakap ramai-ramai nanti kantoi plak salah statement. Saya dgn tenang dan berwajah sayu~control buat muka sedih~ bagitahu warden kami tidur di surau sebab buat solat hajat utk ayah kawan yg sedang sakit di hospital ~merujuk kepada salah seorang kawan saya a.k.a juga rakan kongis gelap kami. Berbekalkan wajah yg dirundum kesedihan terlampau, alasan kami diterima warden. Serius, memang rasa nak gelak time tu jugak. Part paling klimaks, bila warden cakap kat kitorang, 'lain kali kalau nak buat solat hajat, bagitahu saya. Kita pakat buat ramai-ramai.' ~fuhh~ Memang tersedak agaknya ayah kawan saya a.k.a rakan kongsi gelap kami tu. Takde kena mengena langsung sebenarnya. Tp apa yang penting, ~bukan kerjasama okaiyy~ kami selamat. Kalau tidak, terpaksa kami merempat di sekolah lama agaknya.
~erk, selamat kat dunia. Kat akhirat? tanak jawab~


Cuti Yang Meletihkan.

Salam,

Hari ini Ahad. Mean saya dah satu hari setengah tidak berbelogging. Banyak cerita yang nak di belog tp masa yg terhad + internet connection bikin masalah poroblem ~wtf~. Tak tahu kah Tm Point dan kroni-kroni nya bahawa hidup saya serba tak lengkap kalau pc saya mampu berfungsi tapi tanpa internet connection? ~rasa tak nak pandang pc~ Mood utk berdating pun akan turut sama down server down ~eh, tipu lah sgt~ Tapi tetap bersyukur sebab akhirnya saya dapat berbelog semula.

Previous chapter,
Jumaat petang...
Nasi ayam home made sudah tersedia. Cuma tunggu untuk dihakimi. Pukul 3 tengahari bergerak cari lokasi melantak. Pantai Teluk Bidara.Si dia sangat teruja + lapar lalu makan dengan kadar kelajuan cahaya. Homaigod sup saya tawar. So kadar kelajuan saya menyuap nasi ke mulut mula menurun. Tapi dia makan dengan berselera, siap pow nasi saya. Sangat kecewa sebab rasa spoil dengan tahap ketawaran sup saya (long sigh) Tetapi perasaan kecewa terhadap sup tawar saya mula lenyap sebab perasaan teruja nak bergambar di pantai yang santek itu dah muncul mengatasi segala-galanya hikhik maka kami bergambar sehinggalah tamat riwayat sang bateri kamera itu.


13 March 2009

Pagi Yang Cerah...

Salam,

Permulaan hari cuti yang bagus. Kenapa? Mampu bangun seawal pagi selepas keluar bilik jumpa ma kemudian naik katil semula, niat utk sambung lena tapi terpaksa bangun sebab badan di goyang dengan ganas dan kejam woh sebab minta saya temankan beliau ke mini market. Saya ambil masa pergh gilos singkat bersiap dan terus lompat masuk kereta dan pecut. Siapa pernah jumpa saya pada hari jumaat dan sabtu sekitar pukul 7 pagi- 11 pagisila angkat tangan weh? Ya, memang sesiapa tak pernah jumpa kecuali hari ini. Lihat, pada waktu ini pun saya sudah mampu berbelog ~motif: riak~ So dengan hati yang agak berbunga teringat ada pesanan menu nasi ayam daripada orang yang berkenaan jadi saya cari bahan- bahan yang patut dan tak sangka seawal pagi juga sudah mampu menyedekahkan ~tsk~ Rm 50 utk mesin wang mini market itu. Baki nya saya tunggu tapi juruwang cakap 'dah,dah, pergi balik' (sigh). Balik rumah makan nasi goreng ~sempat beli tepi mini market~ Sangat sedap tapi sangat ekonomi sebab cuma ada 2 ketul kek ikan *fish cake* itu pun selepas nasi goreng itu dikais berkali-kali heh! Waktu utk memulakan sessi tukang masak berbogel *naked chef* belum tiba. Awal lagi. Tapi hati berkobar-kobar, tak sabar nak menunjukan kehandalan dan keenakan nasi ayam buatan saya yang very limited edition.

12 March 2009

Ghaibmu

Siapa yang ghaib? Oh, sila jgn panik sebab entry ini hanyalah utk berkongsi kecintaan saya terhadap suara si penyanyi tersebut.
Kenal Imran Ajmain? Eh silap soalan. Pernah dengar nama Imran Ajmain? Alah, penyanyi yang dari Singapore yang sangat lah best suaranya tu. Sangat-sangat best!!! Mungkin sangat baru lagi nama dia kat Malaysia ni kot, tp mesti ada yang pernah dengar lagu Seribu Tahun, Sudah tu Sudah, Selamat Ulang Tahun Sayang dan paling baru saya suka dengar Ghaibmu. Imran Ajmain ni lah penyanyinya. Sangat lelaki tau suara dia. Part lenggok dan alun-alun suara nya tu buat saya rasa melayang-layang je tiap kali dengar lagu-lagunya ~ces, feeling~ Serius, some part suara Imran Ajmain ni ada iras- iras suara Kaer Hazami, juga sangat saya suka suaranya. Walaupun tak lah sehensem Farid Kamil ~oh Farid Kamil~ tp sangat-sangat sukakan suara kedua-duanya yang different dan paling penting, lain daripada yang lain okey, sebab kita bolah recognize bila dengar je suara dorang ni, mesti terdetik, 'eh ni mesti lagu Imran Ajmain ni, tak pun lagu Kaer Hazami'. Ada originality di situ.

GHAIBMU

Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Biar ia bertanda tanya saja
Hati ku dah lama bertitik noktah

Biar, biar lah berlalu
Biar, biar lah begitu
Biar waktu mengubat rindu
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biar lah mereka tertanya-tanya
Hati ku dah lama berganti arah

Mana pergi janji
Setia di sisi
Hanya aku yang tertunggu-tunggu
Waktu pun berjalan
Tak berkesempatan
Kau hilang tanpa pesanan

Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi

p/s: Suara si Yuna juga sangat best kan?

Saya Cuti

Salam,

Khamis, hari last sekolah sebab cuti sekolah dah mula start ~huhu obvious ini ayat orang terengganu~ So, cepat-cepat sambil berlari-lari saya apply siap-siap cuti
2 hari, Ahad dan Isnin ni. Plan asal nak cuti 3 hari lol sampai Selasa, sekali dapat tahu yang Selasa ni ada exam PTK, haitcess. Penat seyh kerja nonstop. Tambah-tambah bosan dengan persekitaran yang sama, kerja yang sama, murid yang sama, staff yang sama, cikgu-cikgu yang sama, bos yang sama, menu kantin yang sama, pagar yg sama ~gilos memang merepek~ Jealous woh tengok staff lain yang tak terikat dengan sessi persekolahan. Bebas je apply cuti. Takde susah-susah nak kena jumpa bos sume bagai bagitahu reason nak cuti. Submit form je. So bila tiba musim cuti sekolah camnih, sah-sah saya la orang yang paling over teruja - terdesak nak cuti jugak weh. Segala tentangan atau apa-apa arahan yang tak membenarkan saya cuti time tu memang bisa buat saya bangkit lancar perang ~ces, ayat tak leh blah~

Plan Cuti?

Mana ade plan lagi. Memang dah ada kerja menunggu tu. Jumaat, Sabtu, Isnin, 3 hari sume ada job mekap. Musim kawen okeh. Selain tu apalagi, membuta sampai muak la kot. Nak buat camne, time tu org yang berkenaan tetap jugak kerja. Mana ada masa nak berpoya-poya keluar dengan saya ni (muka kesian). Tetiba teringin nak mandi-mandi pantai, tapi nak ajak sape? TWah teringin seyh nak mandi pantai. Dah lama tak bergedik- gedikkan kat pantai. Tak hirau keliling dah time tu. Janji boleh mandi puas-puas, sambil borak-borak dalam air, pastu gelak mengilai-ngilai ~macam seram~ pastu pakat posing-posing ambik gambar dalam air tu,tengah-tengah panas ~jgn cakap kena pergi tepi, baru tak panas~ Sampai tapak tangan dan jari jemari kecut-kecut, sampai mata pun dah merah ~kena air masin~ dan paling jelas, kulit muka time tu wah, dah sama rentung dengan buntut belakang kuali kat rumah. Last mandi-manda kat pantai, 2 tahun lepas. Dengan semangat yang berkobar-kobar. Tapi takpe. Janji hati puas. Kulit yang gelap tu boleh diatasi. Pergi facial nanti hilang la kulit-kulit terbakar tu ~eh ye ke? tipu kot~ Angkut kawan baik saya, Anum ~idea dia ok~ drive dengan perasaan yang penuh keterujaan nak mandi pantai ~gila nampak jakun~ sampai sana, terus terjun masuk dalam air. Nyam-nyam.

Rindu time tu, syok. Dan tu lah jugak kali terakhir saya ke pantai mandi-manda berpoya-poya sebelum mendapat perintah mandatori takleh mandi pantai melainkan mengikut syarat dan terma yang ditetapkan (sigh). Tak kisah la mana- mana pun, janji kali ni saya dapat cuti dan saya perlu bercuti dengan tenang. Kita enjoy!!!

muka desperate tahan excited last day keje sebelom hip hip horaiyy cuti bebeyh!!!

11 March 2009

Jangan Tag Saya!!!

Simple. Daripada tajuk entry ni pun mesti dah dapat tangkap maksud nya kan? ~tau takpe~
Sebelum entry-entry berikutnya menyusul, adalah dgn hormatnya saya sebagai pemilik blog YNA DONA ni ~haha gila skema~ harap sangat-sangat sepanjang kawujudan blog ni, tak adalah sape-sape yang rajin-rajin nak mengirimkan, memesankan, meng'post' lajukan sebarang tag ke ruang blog YNA DONA ni...
Maaf lah kalau mungkin ini agak keras ( gelak sikit) tapi memang saya tak minat nak main tag-tag dan survey-survey ni. Kalau dah berblogging ni pun kononnya dah di label tak berfaedah ~rujuk entry bawah~ maka, kegiatan tag menge'tagged' ni berjuta- juta kali lemon lagi tak berfaedah kot...~jgn marah saya,saya org susah~
Sebenarnya bagi yang minat, memang la seronok main tagged-tagged ni. Kita buat survey contoh:
'Warna baju tidur kamu semalam', 'Kali terakhir pakai baju tersebut', dan so on...~tak sanggup nak teruskan contoh~ (gelak mengekek) tapi apa salahnya kita e-mail je terus jawapan kita kepada si polan si polan yang hantar survey tu. Yelah, dah dia yang tanya awak, bagi jawapan kat dia dah la..hahahaha..~ sokonglah saya~ Lagipun, adalah baik saya bagitahu siap-siap sebelum ada sesiapa menge 'tagged' saya tapi 'tagged' itu terhenti setakat di blog ni sahaja ~dahla tak nak jawab pastu tak nak tagged org lain..haha~ (gelak jahat). Nanti korang cakap saya jahat, tak muhibbah, anti sosial...~jangan marah saya,saya org susah~
Dahla...nak kena tidur dah ni..obses dah ni 3 entry semalaman.huhu...Titik.

p/s : Jgn hantar tag dalam mimpi saya ok!!

10 March 2009

Mari Bertarranum..eh Mari Berkenalan lah.

Assalamualaikum wbt ~ pengenalan bapak sopan owh~

Belog kedua saya selepas my official makeup blog CHENTA. Itu aje. Titik. Ces kan????


p/s: Ada akaun friendster,tapi Facebook??? Deactivated!!