Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

25 December 2009

Tips: All About Make-Up.


1. Kalau korang tanak bedak yang di-pakai macham tebal+ber-tepung +ber-kerak lalu merekah, tunggu beberapa minit dulu lepas pakai foundation/pelembap or else supaya dah betol-betol meresap ke muka baru korang boleh sapu bedak debu/padat ke muka. Kalau tak, lebihan lembapan tu akan di-serap bedak dan kemudian menyebabkan mekap kat muka tu akan cracked! Ouchh! Kena tacap banyak-banyak kali rugi bedak kan?

2. Untuk kulit muka yang senang ber-peluh wahal ko baru je pakai bedak - langsung tak sempat keluar rumah pun lagi tapi muka ko bagai dah di-simbah minyak chap buruh, korang patut cuba apply make-up base sebelum pakai bedak asas supaya membantu foundation tu 'melekap' kat muka. Tapi i memang tak suka ikut tips nih pasal i rasa sapu foundation+bedak everyday tu pun dah satu beban kat muka leceh giler lagi nak kena tambah dan nak kena mengadap chermin more than 10 minutes sebelom keluar rumah. Hahaha tak kuasa haku!

3. Untuk gaya mekap yang lebih glowy dan sweet ala-ala Bunga Citra Lestari, korang boleh cuba apply blusher pink lembut/samar yang berkilau (i suggest Bodyshop Blusher yang rm79++ yang ada highlighter, tone softpink to dark pink dalam tu). Blend dan apply atas telur pipi korang (part yang bila ko senyum, part tu yang akan timbul yang buat orang tengok geram macham nak nak gigit tuh) bukan kat tulang pipi sebab yang tu prefer untuk blusher dark tone macham colour coklat, dark peach or else. Jangan apply too much kalau tanak bagi orang hengat ko nak pergi buat opera show. Pastu sapu lipstick nude pink or soft pink+gloss rona yang sama. Done. (^-^)

4. Jangan lukis kening macham ko sedang garis satu line melengkung kat atas kertas hokhokhok sebab kening bukan untuk di-lukis macham tu - dahlah guna darkest black eyebrow sape-sape tengok pun ngeri nanti muka ko nampak tua soploh tahun pastu nampak macham 'perempuan tak baik' gara-gara kening macham tuh sapa nak jawab? Make sure lepas kening di-bentuk dengan soft, korang blend dengan berus kening supaya kening nampak natural dan i suggest guna-kan brown colour eyebrow. More natural look.

5. Eyeliner ni function nya bukan saja nak nampak-kan mata korang drama dan galak ala-ala mata si Ekin tu, tapi boleh buat mata korang yang sepet mepet tu (ohokohok terasa terasa) nampak biggest than usual, boleh semunyik-kan ketidaksimetri-an kelopak or saiz mata korang DAN juga boleh semunyikan kesilapan kamu semasa apply mascara yang comot momok tu. Kadang-kadang bila tengah syok-syok sapu mascara, mata korang tetiba je ber-kelip pastu habis kesan berus mascara lekat kat kelopak mata. Nak sapu buang guna minyak pun konpem akan rosak-kan habis eyeshadow korang so bila ko dah sapu eyeliner tu siap-siap sebelom pakai mascara, kesan melekat tu memang sah-sah takkan nampak kan? kan? Tapi hengat, apply eyeshadow, eyeliner kemudian baru apply mascara. Tertib. Itupun kalau ko tanak merosakkan balik mascara ko yang dah mengeras tu.

6. Tak perlu nak pakai lipstick yang merah membara semangat waja tu semata mata alasan ko nak bagi more attraction kat part tu walhal warna merah tu mungkin tak sesuai langsung dengan outfit/warna kulit/or overall mekap yang dah ade kat muka korang tu. Sarat. Just apply je gloss dari tona yang sama dengan warna lipstick yang korang pakai and reflect gloss tu still mampu bagi attraction kat bibir korang jugak even korang just pakai nude colour pun.

7. Auchhh, terlebih sudaa!!! Kalau korang rasa dah ter-lebih apply blusher sampai nampak dah macham ko kena lempang dua tiga das, korang minima kan balik kaler blusher tu dengan cara apply loose powder sikit kat part tu menggunakan berus. Settle.

8. Guna satu warna je untuk eyeshadow bukan-lah sangat lame okeh. Apa guna ko apply sampai dua tiga kaler pun tapi ko takde skill nak blend kemudian mata ko dah nampak sangat ber-bulu merak - colourfull dan buruk okeh. So guna satu colour lebih selamat asalkan korang bijak nak match kan dengan mekap and outfit. Untuk lebih selamat, gunakan earth colour.

9. Jangan laa terlalu over exegerate bila bermekap. Tak perlu ko nak shading hidung bagai, letak highlighter dan pakai bulu mata pelesu semata-mata nak keluar lepak bersidai di warung mamak je. Tak sesuai okeh.

10. Less is more - beauty. Tak perlu lengkap ke-semua rukun mekap (eyeshadow, eyeliner, blusher, mascara, lipstik, gloss, falsie etc) setiap kali mahu keluar rumah. Gunakan mana yang perlu dan sesuai saja.

nota kaki: Woh penat nya taip. Bagi soploh je dulu. Dahlah tips tak ikut tertib. Muahahaha. Mahu restttttttttt!!!

6 comments:

  1. tips y sgt bgune utk org y xngeti mkup cm sy ni..men trok je slalunye..hehe

    ReplyDelete
  2. buleh la sy cube tips2 ni coz sy mmg tak reti make up lgsung..hikhikhik..

    ReplyDelete
  3. puhhh..letih+sedap membacanya..nanti ai wat entry mekap lalaki plak..

    ReplyDelete
  4. wahh....amat berguna..... suke2...=)

    ReplyDelete
  5. btol.sangat berguna. skrng sangat suka pakai eyeliner^_^

    ReplyDelete