Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

20 November 2009

Masuk Wad

Semalam dia semput-semput. Mengah katanya. Ingat-kan lepas dah bagi rest kejap dah ok balik. Rupanya tak. So hantar pergi klinik, untuk check-up. Condition tak dapat di-kenal pasti lagi. Nak kena diagnosis dulu kot (betul ke tak term aku guna nih?) Mungkin tenat, mungkin masih boleh dirawat. Berserah. Yang pasti dia kena tahan wad dulu lah buat beberapa hari. So be right back soon...!!!

nota kaki: Cepat-lah sembuh. Tanak beli pc baru weh!!! Sigh!

16 November 2009

Sekarang Dah Reti Pilih Kekasih

Sejak dah activated balik Fb, semua gambar pun - yang panas serta segar dari ladang - i nak upload kat situ dulu pastu baru lah ingat eh eh i ade belog lah (^_^)

lokasi: pantai kemasik, kemaman.
tema: red hot chili pepper


lokasi: tempat paling hazab yang nak kena pergi bangun pagi pagi!
tema: daun-daunan bergerak muahahaha hijau dowh!

si kakak yang tak reti-reti nak diam pun lagik

time nih photografer sibuk suruh i dan kaknor sembunyik pipi. hape ko giler???!

sebab tak reti nak buat, buat muka sengal camnih dahlah. ngeh!

(*_*)

nota kaki: lagilagi gambar di FB

13 November 2009

Tips: Cara Nak Pakai Pensil Pekat Hitam

Tutorial kali ni just nak tunjuk how to apply eyeliner dekat bahagian bawah mata, bukan kat atas kelopak mata. Yang tu memang dah ramai yang master so i tak payah ngengada nak repeat hokhokhok ok malas dowh. Tanpa eyeliner, muka i adalah seperti di-bawah.

muahaha. muka yang sembam+mata yang sepet macham baru lepas nanes+eyebag size XL or wat else u just name it. huhuhu sweet meh? redha Yna redha.

So i kena lakukan sesuatu yang macham ini - gores dan menang di sekitar bawah mata. I prefer garis penuh kat bahagian dalam kelopak mata bawah, bukan kat area luar yang bawah bulu mata tu. Then i garis pekat-pekat. Tapi sesape yang nak nampak ghotic, garis jer la kat area luar tu okeh. Sebab i pun kadang-kadang buat jer. More drama. Untuk lebih memudahkan, make sure kedudukan chermin adalah lebih rendah daripada muka dan mendongak 30 darjah ke atas (gambar) Dan korang boleh try guna kedudukan chermin macham ni jugak masa nak pakai maskara. Mudah dan cepat. (selamat. tak payah buat tutorial maascara)

Untuk lebih long lasting dan tak sememeh, make sure korang guna kan pensil atau eyeliner stick yang waterproof. Instead of Body Shop dan Maybelline, i jugak suka guna yang Avon Glimmerstick Eyeliner sebab kaler nye yang hitam pekat likat melekat dahlah murah huhuhu sangat suka boleh buat stock banyak -banyak dan gores pekat-pekat!!! Kalau pakai yang tak waterproof, andai kata ko tengok movie sedih pastu keluar panggung tengok-tengok ko dah macham di-sumpah masuk geng gagak hitam hohoho kan ke itu sangat horror okeh. Tapi senang nak cuci ape? Dan elakkan liquid eyeliner untuk kaedah ini. Leceh dan tak kemas. Melainkan korang benar-benar pro. I tak ('_')

Tadaaa...!!! Senang je kan? I ni jenis yang suke sangat pakai eyeliner kat bawah jer. Kadang-kadang jer i pakai eyeliner atas dan bawah. Tapi i jenis yang tak suka pakai eyeliner kat atas tapi tak pakai eyeliner bawah. Sebab macham tak memberi kesan pada i. Huhuhu. Erk paham ke tak ni???

note: untuk mata sensitip dan tak pernah try cara ni, maybe mata korang boleh jadik pedih, merah-merah atau meleleh air mata duyung kalau silap kekdahnya. so beware okeh. dan untuk tanggalkan waterproof eyeliner, gunakan minyak bayi (johnson, safi, shahirah dll) gunakan cotton bud. settle.

12 November 2009

Saya Dan Pensil Pekat Hitam Itu!



My next tutorial will be coming soon.... (itupun kalau rajin) hokhokhok!

10 November 2009

Itu Kawan eh Kawen Punya Hal

Salam,

Tak tahu lah patut post kat belog nih atau kat belog nih. Tapi for sure minggu ni je dah ber-talu-talu sms dan call dari customer yang nak booking mekap untuk 12 Mac 2010, 13 Mac 2010 dan 14 Mac 2010. Haih!!! Sangat tak tahu nak decide tak tahu nak tolak dan tak tahu nak cakap apa dowh sebab semua pun dah lama booking cuma masing-masing belom bagi tarikh yang konpem je sebelom ni. Dan jugak semua pun kebetolan dah decide nak kawen masa hari tu jugak wohh!!! Ayayayaya. Nak di-tolak kesian nak di-accept ramai-ramai tak mampu. Orang cakap rezeki jangan di-tolak musuh tak payah di-carik (sebab dah ramai datang sendirik lol). Fening, fening.

abis kalo semua date pun asik full, bila masa i leh kawen nye????????

05 November 2009

Kotak Yang Wangi

Dia cakap ada belikan ole-ole untuk i (apekah?) Masa i claim, dia cakap ter-tingal lah pulak. Isk. Tup-tup i tengok dah ada dalam handbag lol. Pandai main hide and seek dowh. I loiike!

kotak yang sweet macham kotak cekelat je memula nengok. nyam-nyam!

tadaa...


TQ mucuk!!!

04 November 2009

Yang Sedang-Sedang Sahaja!


1. Saya s
edang:
~ Sambil taip sambil pikir nak taip apa lagi pasnih!
2. Saya sedang:
~ Kejap-kejap kelik window FB tengok new update
3. Saya sedang:
~Sambil taip sambil pikir nak kena taip ape lagi pasnih!haih!!!
4. Saya sedang:
~ Argh...dah tak tahuuuuuuuuuuuu wehh!!!!

Degil ahh ko naddy! aku dah cakap aku tak reti nak main nge-tag nih!!! Dapat jawab 4 ketol nih pun dah kira tahap wajib buat sujud syukur. So aku wakil-kan je lah kat sesapa sajork yang rajin nak sambungkan lagi 4 ketul balance aku tuh. Tu pun kalo ada yang ter-lebih rajin daripada aku. Ngeh3x!

nota kaki: aku memang tak pandai main tag dowh naddy! kesian aku kan? kan?

02 November 2009

I Dah Ada Jururawat Peribadi. Korang Ada Tak?

kelik pada gambar untuk tatap wajah jururawat kesayangan semua!

Kalau i cakap i merintih sedih sebab ada 2 hekor jururawat naik kat muka tu, mesti korang menyampah bajet i ber-muka flawless cap suci murni macham sebelom nih tak pernah langsung ada masalah jururawat kan? Owh sangat lah tidak okeh. I dah ter-sangat lah immune. Sesekali dia nak menumpang teduh biar-kan lah. Kalo encik tunang tengok pun mesti ter-sangat suke sebab konpem dia boleh tekan-tekan dengan ibu jari kaki seksa jururawat i tuh se-puas-puas hati dia - dia memang kejam ntahape-hape ntah buruk perangai sungguh hmmphhh!!! So dengan senang hati nya lah i bagi pose ter-baek i bersame 2 ekor jururawat yang setia nak jaga muka i sejak seminggu nih. Mula-mula naik sebijik, selang 2 hari dah beranak sebijik lagik. Ber-saiz XL lagi. Tsk. Redha. Lagi pun i tahu ada yang tengah bertepuk tangan bersorak macham beruk mat yeh ke-sukaan tengok i sengsara husung 2 ekor jururawat ni ke-sana kemari. Pun redha je la. ('_')

nota kaki: pada yang ber-tepuk tangan tu, nanti i dedicate satu entry kat ko okeh. tunggu!