Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

09 October 2009

Manusia Macham Ni Pun Ada.

Salam,

I ter-jumpa seseorang - yang i baru je kenal. Yang memang ter-libat full time dalam dunia mekap, mengandam, pendek kata dalam pakej dia macham-macham ada. Perghh, i memang ter-pandang tinggi ahh kat sesape yang ada butik pengantin ni dan buat semua ni. My dream okeh. Masa tengah borak-borak pasal bisnes, dia kuis-kuis i tanya pasal mekap yang i buat. I selalu hingat pesan cikgu i, hidup ni kena selalu ada perasaan merendah apetah lagi bila sedang ber-cakap dengan seseorang yang seniority dalam bidang ni. I yang baru setahun jagung ni jangan cepat mendabik dada. So i lebih banyak meng-angguk daripada meng-geleng. I ingat lagi semua kata-katanya. Semua! Memang ter-pahat lah wei.

Dia: Masa awak mekap kan customer, ada tak orang komplen cakap mekap awak tak okeh ke, putih melepak ke, buruk ke? (sambil pandang i dengan pandangan yang serba tak suka)
I: Setakat ni alhamdulillah kak, takde lagi. Memang ada customer yang cerewet tapi selalunya selepas siap mekap, saya mintak pendapat customer dan orang keliling tu samada dah puas hati ke belom. Kalau belom, saya ejas dan tambah mana yang perlu sampai dorang puas hati.
Dia: Alah, kadang-kadang dorang tu memang lah akan cakap ok depan awak. Dorang malu nak bagitahu yang betul walaupun hakikatnya buruk. Tak boleh nak caye sangat.
I: Lol. Pehal lak nak malu-malu? dorang gak yang rugi nanti. (dalam hati)

Kemudian,

Dia: Awak pakai brand apa mekap?
I: Saya pakai brand blablabla tu kak. Sebab yang tu elok, long lasting. Ramai mekap artis pakai brand tu. Lagipun setakat ni kulit customer takde masalah dengan brand tu.
Dia: Akak tak guna yang tu pun. Sebab yang tu banyak yang tak original. Bila pakai, muka nampak lebam. Pastu orang cakap tajam. Rosak jari kalau guna untuk mekap kan orang. Sebab tu akak pakai yang murah je. Janji original.
I: Tajam pejadah lak ko kakak. Brand ko guna tu untuk pakai hari-hari je boleh lah. Ko tahu ke aku punya tu beli kat mane? Dah ko pergi cari kat pasar malam, memang dapat yang tak ori punye. Mengong. (sume dalam hati je ni)

Dan lagi,

Dia: Nak mekap ni depends pada mood akak gak. Kalau akak dapat customer cerewet, mekap akak otomatik tak cantik. Tapi kalau dorang tak puas hati pun, akak peduli apa. Dahlah akak bagi harga murah, so setakat tu je lah yang dorang layak dapat. Tak berbaloi akak nak mekap lelawo kalo dengan harga macam tu. Pastu kawan akak pernah cakap akak buat shading customer tebal bebenor, tapi akak biarkan je la. Malas lah akak nak beriya sangat. Akak bukan nak buat sangat pun mekap tu. Tak masyuk pun harapkan income mekap tu. Baik akak fokus kat pelamin, baju semua ni. Tapi dah kebetulan included dalam pakej, akak buat kan jugak walaupun malas.
I: Pulak dah. Ko yang bagi harga murah camtu, pastu ko jugak nak kondem pehal? (pun dalam hati)

Sape sangka kan, muka baik, ramah tak hengat, senyum tak lekang, rupa-rupanya memiliki mulut dan hati se-puaka ini. Tsk!

Dan last,

Dia: Nanti akak bagi satu copy gambar-gambar baju, pelamin kedai akak kat awak, nanti awak rekemen lah kat kekawan awak yang nak mekap dengan awak. Bawak dorang ambik pakej akak. Akak bagi awak komisen lah nanti.
I: Senyum. Kemudian... Hoi akak! Lepas akak dah cakap semua tu, akak ingat saya nak ke bawak kekawan saya amik pakej ngan akak??? Services akak yang langsung tak ikhlas, mulut macham puaka. Silap-silap haribulan dengan saya sekali akak buruk-buruk-kan. Akak cakap akak punya services paling hebat paling malatop, so takkan akak nak saya yang hina baru belajar ni link kan kedai akak pulak. Income akak bulan-bulan kan dah tebal. Tak gitu?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Pun semua tu dalam hati i je. Miahahaha! Dia kan senior. Bagi chance la dia nak takbur sekejap walaupun dalam hati i dah menyumpah tak hengat. Tak kuasa i nak bahan kan dia. Dah tahap buluh lemang camtu, memang dah tak boleh nak lentur. Nasib baik i nikah nanti tanak amik pakej dengan dia. Vavis punya orang!

8 comments:

  1. .mengong nye akak!
    .mmg x berkat lah bisnes cmtuh!

    ReplyDelete
  2. sis..skg ni mcm2 mnusia uhh ad.. :)

    ReplyDelete
  3. intan: ngeh3.akak nak gelak je bila ingat pangai siot camtuh!

    rara: yezza.tau xpe.sampah tol!

    ReplyDelete
  4. ade jugak minah cm akak nih kat dlm business ek?
    yna jmpe die kat mane???

    huhuuu...asl ler yna xmnjawap ek???
    klu aleen bidas jer atas depan2...blagak nk mampuih...

    haaaiiiit...lesing kang bawu tau...
    eh3..t'over emO lak....

    ReplyDelete
  5. menyelam sambil minum air.. hehe cuma caranya tak betul je...

    ReplyDelete
  6. hmmm..manusia ni mmg macham2..kalu macham2 perangai tuh..kalu xsakitkan hati org mmg xsahkan..??

    sajer jer tuh nk down2, musti dia ado taktik kotor tu..muhahaha

    ahh..pendek kata..toksah layan org cmni..'flush' jer dlm toilet pe dia ckp tuh ...rubbish!

    ReplyDelete
  7. jotos ke kepala die weh..hahaha

    mulut cm longkang..tak iklas nk make up ade ati nk soh ko carikkan customer??hahaahah

    weh harap2 nti masa i punye big day takkan jumpengn org2 berjenama vavis ni...huh selisih~~!!!!!

    ReplyDelete
  8. aleen:ala, yna jumpa dia tepi tong sampah...hohohoh..mood yna x elok sangat time tu, itu yang tak datang semangat kepahlawanan nak menjawab tu.ngehehehe..takpe2.i bagi u tuntut bela bagi pehak i dear...

    atiqah:entah laa wak..cam tuh pun ada.bikin panasssss je...

    yann: ntah mane la sesat leh lak terjumpa ngn i..isk!

    naddy: aku lantik ko ahh jadi bouncer aku naddy!!!!

    ReplyDelete