Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 October 2009

Anggap Mimpi Ngeri!!!

Fuh fuh!!! (tiup debu)

Haih!!! Baru boleh nak update. Baru boleh nak tarik napas. Semalam last bawak student tido kat Kemaman untuk pertandingan tarian rampai peringkat negeri. Frust+geram+benci+sedih sangat. Penat bebudak syomel ni kerah tenaga praktis hari-hari ber-bulan bulan tak hengat makan minum. Tak sampai hati-nya tengok muka masing-masing kecewa bila dorang dapat tahu dapat tempat ke-2 sahaja. What the fish!!!! Jadi malam ni mahu tido awal untuk pulih-kan balik semangat yang hilang - semangat perjuangan harmoni - semangat semerah padi!

syomel-nya 2 kawan baik ni tido kan?
sian tengok dorang yang sangat ber-sungguh-sungguh ber-siap nak menang!!!
kakma+i+ kak nor yang lagi super double ber-sungguh!!! ngeh3x
budak kecik+ sepet+rasa nak lempang yang ber-sungguh ini adalah adik kesayangan i!
dan yang ni pula kakaknya yang kalo orang lain tengok akan rasa bersunguh-sungguh jugak nak bagi penendang+pelempang+pentumbuk! muahaha!

21 October 2009

Kenapa- Lah Nak Kena Malam Ni Jugak

Malam ni hati i rasa sayu je bila tatap belog. Dah lah siang tadi pun pandang enchek tunang dengan rasa sayu sebab teringat dosa i yang ber-kepuk kat dia belom settle lagi - tapi dia tak paham hingat i sedih sebab takde duit poket nak bawak terus keluarkan atm kad beliau bagi i bawak pergi sana. Ngee (",) Pastuh pun rasa sayu je bila pandang adik bongsu. Sibuk nak ada dekat dengan dia doploh hempat jam sebelom gerak pepagi esok. Tsk!!! Dan bila pandang beg besar gedabak penjuru bilik, makin buat hati i terasa macham super duper extravaganza sangat sayu je nak pergi esok. Haih. Macham ah tak pernah pergi jauh-jauh. Setakat 4 hari 3 malam tu apelah sangat. Kan? Kan? (pujuk hati sendiri) Isk. Tapi kenapa lah dalam 365 malam yang ada, malam nih jugak lah hati nih nak ber-sayu mayu. Sebab orang tua termasuk atuk nenek korang pun mesti pernah cakap, kalo nak pergi mana-mana tapi hati rasa gundah tak sedap je, tak elok di-teruskan perjalanan. Takut ada musibah yang menanti. Nauzubillah. Isk. Hape ko merapek ni syetannn????

nota kaki:
Doa kan saya selamat pergi dan pulang. Amin. Erk, agak-agak kalau saya guna alasan atuk nenek kita tu nih nak excuse, JPN boleh terima senang-senang tak? Agagaga.

20 October 2009

Tips: Mahu Ke-lihatan Jelita???

Salam,

Dah lama tak share tips. Ter-tunggu-tunggu tak? (angguk). Hokhokhok! Semua orang pun nak kelihatan jelita kan? Dan nak kelihatan jelita dengan cepat kan? (angguk) Yang tak payah tunggu habis 7 botol olay total efect - yang harganya sebotol cukup untuk makan piza 2 orang - tapi masih mampu dapat kulit wajah flawless+glowing+dan bercahaya kan? kan? Dah, tarik napas panjang-panjang jangan lepas. Kat sini-lah rahsianya. Itupun kalau korang memang dah takde kerja lain. Macham i nih. Agagaga!!!


sebelum: kulit nampak suram takde cahaya neon. eyebag tebal boleh buat handbag. bibir nipis (orang cakap bibir camnih mulot jahat. hah? tak tau pun). pipi yang takde nya nak macham bak pauh di layang tu. hidung yang tak manchung apetah lagi tersorong-sorong!

selepas: kulit yang dah glowing dah macham ada spotlite suluh kat depan kat tepi kat atas. eyebag pun suam-suam kuku je nak nampak. bibir yang patutnya dah iras-iras angelina coli (naddy ko ajar aku sebut ni kan?) tapi tak berapa nak simetri - bibir bawah ter-juih, bibir atas pulak masih di takuk lama - so dah macham kak nita je okeh. Pipi pun dah kemerah-merahan menahan malu. Tapi, hidung takde lak makin manchung. Makin tak manchung ada ahh!!!

Dan di sebalik tabir nya, gambar sebelum tu pun i dah edit light-light bagi hilang kedut-kedut, bagi kaler suram-suram. Ala kat mane-mane testimoni iklan pun mesti ahh nak bagi gambar sebelom nampak buruk gilos sebab nak bagi gambar yang selepas tu pulak macham gempak syial je transformasi-nya kan? kan? kan? Tapi part frame mata tetebal tu, itu adalah benar. Eyeliner dah macham nyawa i. Takde eyeliner maka takde beza-nya lah i dan nyonya jual sayur. Sigh.

nota kaki: soploh kali tengok pun i still nampak pelik tengok muka sendiri macham tuh. Jadi ber-syukurlah dengan apa yang ada. Amin (tadah tangan semua)

18 October 2009

Lagi Sambungan

Semua ni adalah baki gambar yang belum i upload. Jadi i bawa baki ke-hadapan ecececish tetiba lak guna term akaun muahaha. Dan untuk ke-sekian kali nya i naik pelamin again and again hohoho. Redha.

aiseh lupa lak i kena payungkan Era agagaga!

kipas kipas kipas. nanti turn i dah takde sape-sape nak tolong kipas dowh.


penanten suruh amik berkat.

Lepas tu kan, dah penat owh mengepit penanten, terus ahh i pergi lepak kat tasik yang superb santek tu.

okeh pict ni giler nyampah dowh sebab pose nak tunjuk bulu mata pelesu i auwww!

ni lah dia enchek photographer.sibuk nak onterprame. isk!



sume ni gambar self timer jer. terer tak terer tak???


Ok dahlah. Pergi lah muntah.

16 October 2009

U Ni Anti Sosial Ke?

Salam,

Sebelom pergi Kelantan minggu depan, hari ni kena pergi K. Terengganu dulu. Bawak ke-kanak ribena kesayangan ke majlis berkhatan khatam Al-Quran peringkat planet eh eh negeri. Nak tanak memang kena tido semalam kat sana jaga dorang snnfff snnfff (tahan geram) Kat mane hentah tapi kat asrama kat sekolah kat tengah-tengah bandar K.T hohohoho bandar okeh bandar (tengah pujuk hati sendiri) Sekarang kan, pelan-pelan i cuba tanam perasaan macham ni lah kot perasaan manusia yang kerja-nya kena selalu pergi outstation macham cerita-cerita telebisyen hahahahaktuihh outstation lah sangat i nih. I pun dah tahu nak beza mana satu weekend dan hari ber-kerja sebab setiap hari pun adalah kerja kerja kerja kerja dan kerja owh. Okeh dah. Babai!

nota kaki: nak cakap i anti sosial? I redha. kah kah kah!

15 October 2009

Oh Oh Oh Kan Dah Rasa Ber-salah

Memula i nak kena bagi tahu Nadia Bayu, ur wedding card dah selamat tiba tadi ~babe, cakap ahh kat mama u i rasa card itu sweet la dowh~ Jemputan ke majlis kawen u 25 hb nih yang buat i semangat dah apply cuti siap-siap dan dah rancang nak lepak Kuantan awal sehari then esok boleh gerak terus pergi majlis u. Damn perfect rite? Tapi, i tak sangka kenapa mesti ada enchek posmen begitu rajin hantar sekali surat perutusan hiba bersama-sama dengan kad u tu. Surat I kena pergi kursus kat Kota Bharu 4 hari kat sana start from 22-25 Okt which mean punah-lah segala harapan i nak pergi Kuantan attend ur wedding sebab sekarang dah pun i elok-elok plan nak ke Kuantan pehal pulak dah nak kena pergi Kelantan pulak. Dahlah wedding Nadxoxo pun i dah gagal meng-hadirkan diri (tsk!!!) Pun sori jugak Nad. I ada kelas full day hari tu dear. Wehh, kenapa-lah i nak kena sibuk ada kelas+kursus+kem pejadah tu semua di-saat akhir time saya dah plan gedik nak pergi. Penat je korang post kad tu kan dear? Kan i dah ter-haru+speechless+rasa bersalah+frustrated sangat! I doakan semuanya selamat. Amin. Maafkan saya (sambil tumbuk perut sendiri)

nota kaki: sapo dio hok duk kelate tu gak, maghi la amik ambo nati wat gi jale Kb Mall deh. ke guano saing-saing?

09 October 2009

Manusia Macham Ni Pun Ada.

Salam,

I ter-jumpa seseorang - yang i baru je kenal. Yang memang ter-libat full time dalam dunia mekap, mengandam, pendek kata dalam pakej dia macham-macham ada. Perghh, i memang ter-pandang tinggi ahh kat sesape yang ada butik pengantin ni dan buat semua ni. My dream okeh. Masa tengah borak-borak pasal bisnes, dia kuis-kuis i tanya pasal mekap yang i buat. I selalu hingat pesan cikgu i, hidup ni kena selalu ada perasaan merendah apetah lagi bila sedang ber-cakap dengan seseorang yang seniority dalam bidang ni. I yang baru setahun jagung ni jangan cepat mendabik dada. So i lebih banyak meng-angguk daripada meng-geleng. I ingat lagi semua kata-katanya. Semua! Memang ter-pahat lah wei.

Dia: Masa awak mekap kan customer, ada tak orang komplen cakap mekap awak tak okeh ke, putih melepak ke, buruk ke? (sambil pandang i dengan pandangan yang serba tak suka)
I: Setakat ni alhamdulillah kak, takde lagi. Memang ada customer yang cerewet tapi selalunya selepas siap mekap, saya mintak pendapat customer dan orang keliling tu samada dah puas hati ke belom. Kalau belom, saya ejas dan tambah mana yang perlu sampai dorang puas hati.
Dia: Alah, kadang-kadang dorang tu memang lah akan cakap ok depan awak. Dorang malu nak bagitahu yang betul walaupun hakikatnya buruk. Tak boleh nak caye sangat.
I: Lol. Pehal lak nak malu-malu? dorang gak yang rugi nanti. (dalam hati)

Kemudian,

Dia: Awak pakai brand apa mekap?
I: Saya pakai brand blablabla tu kak. Sebab yang tu elok, long lasting. Ramai mekap artis pakai brand tu. Lagipun setakat ni kulit customer takde masalah dengan brand tu.
Dia: Akak tak guna yang tu pun. Sebab yang tu banyak yang tak original. Bila pakai, muka nampak lebam. Pastu orang cakap tajam. Rosak jari kalau guna untuk mekap kan orang. Sebab tu akak pakai yang murah je. Janji original.
I: Tajam pejadah lak ko kakak. Brand ko guna tu untuk pakai hari-hari je boleh lah. Ko tahu ke aku punya tu beli kat mane? Dah ko pergi cari kat pasar malam, memang dapat yang tak ori punye. Mengong. (sume dalam hati je ni)

Dan lagi,

Dia: Nak mekap ni depends pada mood akak gak. Kalau akak dapat customer cerewet, mekap akak otomatik tak cantik. Tapi kalau dorang tak puas hati pun, akak peduli apa. Dahlah akak bagi harga murah, so setakat tu je lah yang dorang layak dapat. Tak berbaloi akak nak mekap lelawo kalo dengan harga macam tu. Pastu kawan akak pernah cakap akak buat shading customer tebal bebenor, tapi akak biarkan je la. Malas lah akak nak beriya sangat. Akak bukan nak buat sangat pun mekap tu. Tak masyuk pun harapkan income mekap tu. Baik akak fokus kat pelamin, baju semua ni. Tapi dah kebetulan included dalam pakej, akak buat kan jugak walaupun malas.
I: Pulak dah. Ko yang bagi harga murah camtu, pastu ko jugak nak kondem pehal? (pun dalam hati)

Sape sangka kan, muka baik, ramah tak hengat, senyum tak lekang, rupa-rupanya memiliki mulut dan hati se-puaka ini. Tsk!

Dan last,

Dia: Nanti akak bagi satu copy gambar-gambar baju, pelamin kedai akak kat awak, nanti awak rekemen lah kat kekawan awak yang nak mekap dengan awak. Bawak dorang ambik pakej akak. Akak bagi awak komisen lah nanti.
I: Senyum. Kemudian... Hoi akak! Lepas akak dah cakap semua tu, akak ingat saya nak ke bawak kekawan saya amik pakej ngan akak??? Services akak yang langsung tak ikhlas, mulut macham puaka. Silap-silap haribulan dengan saya sekali akak buruk-buruk-kan. Akak cakap akak punya services paling hebat paling malatop, so takkan akak nak saya yang hina baru belajar ni link kan kedai akak pulak. Income akak bulan-bulan kan dah tebal. Tak gitu?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Pun semua tu dalam hati i je. Miahahaha! Dia kan senior. Bagi chance la dia nak takbur sekejap walaupun dalam hati i dah menyumpah tak hengat. Tak kuasa i nak bahan kan dia. Dah tahap buluh lemang camtu, memang dah tak boleh nak lentur. Nasib baik i nikah nanti tanak amik pakej dengan dia. Vavis punya orang!

Ada Yang Ber-Minat?

Ini i punya plan. I nak offer lah kot-kot ada sesape yang tinggal di area Dungun, Paka dan berdekatan yang ber-minat nak jadi model untuk i make over. Hasil make over tu i akan publish dalam blog Chenta bagi tujuan promosi dan publisiti. What? Percuma? Owh tak. Sebab i akan buat make over bernilai RM 150++ kat korang masa sessi tu nanti dan i plan korang akan dapat soft copy pict dengan angle dan snap shot terbaik daripada photographer. So ada tak mana-mana photographer yang berminat nak join? Pada mana-mana butik yang sudi sponsor tempat dan baju pengantin amat di-alu-alukan. I akan link kan photographer dan butik dorang sebagai kredit untuk koloborasi dorang dalam belog Chenta. Agak-agak ada tak yang berminat? (survey)

notakaki: make it sebagai kredit untuk kekawan belog yang berminat. For fun lah. Make it simple. Korang dapat free make over, free publisiti dan i akan dapat model percuma. Simbiosis rite?

05 October 2009

Habit - Habitat - Habib Jewel ???

''Aku tak suka surprise. Surprise bukan sesuatu yg boleh bahagiakan aku. Aku suka planning. Misal kata kau nak kahwin dengan aku, sila cakap awal. Bagi exact date sekian sekian. Bukan AWAL TAHUN, TENGAH TAHUN, or HUJUNG TAHUN. Surprise boleh turn off mood aku, lebih teruk kalau aku tiba2 kena heart attack. Sebab bila orang tak boleh bagi kepastian, aku dah siap sedia dengan Plan B. Aku dah tak harap apa2 dari orang tu...''
i ter-baca di sini


Kalau dah terlalu banyak sangat buat belog drifting, inilah padah-nya kan? kan? pheww!!!



nota kaki: i kan, sebenarnya kan, nak tanya betol ke si fahrin dan scha tu dah putus (entry lepas). sekali silap taip tanya irma ngan nabil tu pekejadahnya!!!

02 October 2009

Dia Datang Pastu Blah. Banyak Chantek!

Dulu,
masa dia masih ada,
saya benci tengok muka dia,
saya menyampah dengar nama dia,
saya selalu suruh dia pergi jauh-jauh dari hidup saya,
saya cakap saya tak pernah perlukan dia,
Sekarang,
dia dah jauh,
dia dah tak cari saya,
dia dah tak sebut nama saya,
dia dah tak pedulikan saya,
Dan saya,
mula rindukan 'dia yang dulu-dulu'.
rindu kan 'dia yang dulu-dulu', bukannya ber-maksud saya rindukan 'dia'
ade beza di situ.
isk. takkan saya dah sewel kot

nota kaki: hidup ni kejap ko kat atas kejap ko kat bawah. sekarang saya anggap saya di-posisi bawah. ceit!

Lauk-Mu Cukup Masin

Kat belah pantai timur macham saya, hari Jumaat adalah cuti hujung minggu. So boleh duduk rumah masak-masak untuk laki bini tak pun untuk mak bapak - ko cakap nak jadi anak yang baik kan? kan? So kalau anak yang baik korang takkan masak-kan makanan yang me-masin bagi mak bapak korang makan. Kentut ber-darah dorang nanti, ko nak? Walaupun niat korang bukan nak masak Mee Goreng Basah masak Masin, Char kuew Tiow masak Masin, atau Nasik Lemak Buah Dadu Masin, tapi alang-alang dah ter-balikkan lori garam dalam kuali korang tu, agak merana lah wei. Dahla setahun sekali masuk dapur ~pesal lak saya terasa pedas~ Senang je. Korang angkat makanan korang yang panas-panas tu taruk dalam bekas ke container ke kontena ke, janji bekas. Pastu cuba tutup aurat bekas tu kedap-kedap guna tudung ke, kertas surat khabar ke gasaklah apa-apa jenis tudung yang patut janji bukan tudung yang pakai kat kepala sudah. Orang-orang tua cakap wap yang naik melekat kat tudung/kertas tu boleh me-neutralkan balik ke-terbalikkan lori garam korang tadi. Agak-agak dah 5-10 minit tutup, dah boleh makan lah. Kalau korang rasa makanan korang tu tak sampai seru lagi nak ber-tudung, korang boleh jer campak-kan ubi kentang dalam masakan masa dalam kuali siap-siap. Nanti kentang tu leh jadik wonderpets, 'kami datang membantu makanan masin dalam kesusahan!' Kentang tu akan serap masin-masin yang ber-lebihan dalam masakan korang tu. Tapi kalau korang dah tau masin-nya makanan korang tu tak ter-agak dah, korang bukak tingkap dapur campak je lah bagi ayam makan. Habis cerita.

nota kaki: ada saya cakap nak bagi tips mekap je manjang kat sini?

01 October 2009

Kalah Tak Ber-Tanding

Tadi ada sambutan hari raya kat sekolah. Klimaks acara adalah masa dah nak announce kan pemenang for the best dress. Tapi ber-tanding di-kalangan rakan sekerja+juri+hakim yang adalah merupakan teman ronggeng teman dangdut se-harian maka debaran masa drum beat adalah tak terasa sangat nebes. Tak se-nebes macham korang nak tengok slip result SPM (apehal lak). Sorang-sorang dah sibuk nak bagi hint kat pemenang. Masa announce nama pemenang, mulut kak Nor penuh dengan ketupat+rendang+lidi sate+lontong+kera semua, barulah ter-hegeh hegeh dia macham percaya tanak percaya yang rupa-rupanya memang dia yang menang. To Kak Nor, u deserved it. Tak sia-sia semalam ko sibuk sms aku tanya kalau pakai baju merah-nya mak ngah nak kena pakai lipstik kaler ape-kah, eyeshadow kaler ape-kah dan tips aku bagi, jangan pakai tudung hitam semata-mata nanti warna baju ko yang meghelip tak hengat sekalipun akan malap macham pelita yang nak abis minyak, rupanya sangat ber-manfaat. Sia-sia je ko pakai me-lawa Bedah tapi sekali ko taram dengan tudung hitam vodos-vodos je takde inovasi variasi intisari rancangan, mestilah ko kalah nanti. So usaha ko belit dan buat layer dengan tudung Ct itu sangat lah ter-baek. Tahun depan konpem ko jadik juri pulak kan, baru aku masuk ber-tanding. Pada yang kalah, tahun depan cari designer Ekin tak pun Rozita Che Wan suruh design baju korang lelawa ye Bedah! Miahahaha.

Kak Nor bergambar dengan Kipas Susah Mati-nya.
~entiti di-belakang itu adalah pemenang bagi The Best Dress kategori guru lelaki~