Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

04 July 2009

Tips: Tutorial Syria

Salam,

Hari ni macham ada banyak masa terbuang eh terluang, so buat entry tips untuk geng bas sekolah, kroni-kroni yang pernah request mintak tunjuk apesal i pakai syria nampak tak bulat tak petak tak kemek semua bagai. Nah nah, sekarang i dah buktikan dan huraikan semua persoalan uolls dear. Cekedaut bebeyh.

Gambar 1

1st step korang sediakan muka masing-masing, dan anak tudung syria. Ingat, syria je bukan ariani ke permaisuri ke maharani atau semua bagai lagi, tak boleh okeh. Pastu sarungkan kat kepala tapi pastikan bahagian tepi telinga anak tudung di tarik sehingga ke paras tulang rahang, macham gambar 1 superb annoying di atas.

Gambar 2

Step ke-2, uolls terus sarungkan tudung syria kat kepala masing-masing lah pulak. Pastikan tudung ditarik ke belakang. Sekurang-kurangnya biar kan anak tudung tadi tertonjol hampir 3/4 lebar tapak tangan. Setting elok-elok part ni. Kalau rasa anak tudung dah ter-kebelakang, cuba tarik nafas eh tarik anak tudung semula bagi lebih ke hadapan dan pastikan anak tudung terletak cantik sehingga ke bahagian tepi rahang. Kat situ bahagian rahang yang luas, pipi yang buncit serta beguk yang di bela dapat di sembunyikan dengan ber-kesan dowh.

Gambar 3

Pastikan jugak bahagian atas anak tudung terpacak macham ni baru dapat beri efek muka sebujur ragbi yeah yeah. Kalau dapat anak tudung yang lembik penyek menyampah asyik nak melekat kat dahi, korang boleh gunakan spray kanji yang ada jual kat kedai-kedai tu ye. Lepas spray, akan jadi lebih keras terpacak tapi i tak janji tau sebab tak pernah guna dowh. Kalau tak jadik jugak, boleh guna pembaris pendek (15cm) dan pacak atas dahi untuk tongkat tudung bagi tegak terpacak miahahaha.

Gambar 4

So sekarang tadaa... siaplah sebuah muka yang elok untuk digunakan eh tak tak, i mean muka yang gojest untuk di bawa berjalan-jalan. So kat sini jugak i nak share kesilapan teknikal yang sering korang buat time ber-syria. Grrrr!!!!

Gambar 5

Tengok gambar 5. Bila pakai anak tudung tapi tanak tarik bahagian tepi sampai ke tulang hitam eh tulang rahang, dan bahagian atas muka pun dibiarkan penyek tempeyek, maka muka yang bulat macham gambar akan terus kelihatan bulat dan tak dapat diselamatkan dowh walaupun cuba ter-senyum macham gambar. Tsk!

Gambar 6

Dan akibatnya, korang akan mengalami kemurungan yang berterusan bila tengok muka sendiri macham nih. Dah sangat obvious syria dowh kalau muka camnih, macham gambar model kat plastik syria hohhokhok. Sampai snap gambar pun jadik buruk tak cantik. Sigh.

Gambar 7

Dan satu lagi, ada je yang suka pakai syria cantik-cantik, tapi tanak tarik tudung luar ke belakang banyak-banyak, seolah-olah macham cuba nak berak tapi akhirnya cuma ter-cirit semata-mata ~ceit ape punyer perumpamaan daa~ Tapi still terpulang kepada selera masing-masing sebab kalo korang dah readymade gojest maka memang kan tetap gojest jugak dowh, tak perlu nak ikut semua step nih. Tepuk dada kemudian sendawa, ces ces ces perosak bahasa sungguh! Penat jugak ahh prepare untuk tutorial kali ni, dahlah baru snap sampai 2,3 step, bateri kamera saja je nak kehilangan kuasa sakti maka terus delay sampai dah recharge. Kemudian terpaksa jugak pinjam pakai t-shirt renoma sape ntah asalkan ada kolar untuk lindung leher sendiri, sebab selalu takut nak beli t-shirt turtle neck, bila pakai takut ma abah syak ada kesan ter-sembunyi bawah kolar eh mane de camtu tak baik tuduh woh!

notakaki: Kalau anak tudung ketat tak boleh nak tarik depan, sila tetas sampai menetas anak ayam kat bahagian jahitan belakang. Dan kalau dapat anak tudung yang besar bagak sedangkan kepala uolls hanya sebesar kepala manchis, maka sematkan lah di hati eh sematkan pin atau keronsang atau kalau rajin boleh jahit sampai rasa dah selesa untuk dipakai.

11 comments:

  1. yeayyy!!

    thanks cik ynadona~~ :D

    ReplyDelete
  2. wahh!! gambar n komposisi yg sgt bagus..seronok membacanya..sambil layan kepelbagaian gaya muka..hoho..

    ReplyDelete
  3. .mau beli la tudung neh
    .and nk try pakai :D

    ReplyDelete
  4. waa....sy xpena try g kai tdg syria..takut nmpak mok..hukk

    ReplyDelete
  5. yea......akhirnye siap gak n3 ne ye sis....bru dok brckp ngn sis kt ecm hr tu.. sal ramai yg pkai tdg syria nmpk bulat......so,try tips sis yna ne ye...

    ReplyDelete
  6. nadxoxo: demi kamu dear...~ngee~

    bunga: owh baru nak tinggalkan jejak langkah yer..isk!

    B: ngade! Nak kutuk muka saya la tu. Huh!!!

    cik intanurulfateha: okeh2 sila beli dan pakai santek2 taw dear.

    chipsmore: cuba try test dulu la dear...konpem santek punyer..

    chentalyaa: ntahape-hape jugak la sis buat entry tips nih hahaha. susah sengal nak mampos je buat kekekee.

    ReplyDelete
  7. sis! knp anak tudung sis lawa? kilat2... agagaga kaen apekah?

    ReplyDelete
  8. huhu...
    pndai nye wt tuto.
    siap ngn memek muke agi tu...
    hee..x brani nk try r.
    cm x sesuai je ngn muke saye :))

    ReplyDelete
  9. napa ila pkai hodoh ek...bulat jah..kdg2 mls nak pkai coz muka suka jd bulat..uhuuh

    ReplyDelete
  10. honey: alalala dear..tahu kah kamu muka sis seribu kali lebey bulat hokeh hahaha.nak ber-gaya mesti berani n jgn takut mencuba.kalo rasa gaya tu tak sesuai atau x menjadik, try n error dgn style lain tau...kalo guna tips yg sis bagi konpem x nampak bulat dowh.

    ReplyDelete