Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

21 July 2009

Tiada Jodoh Kami

Stok sopan camni susah nak dapat owh!
Bapak pemalu dowh. Tsk!!!
Memang takleh nak control la wei. Sengih camni memang wajib!
Lihat lihat muka i tua dowh dalam pict ni. Dan pict beliau kesayangan sedang sekodeng snap pict gedik i pun kelihatan kan?kan?
Moncong manjang...!
Ini sebenarnya yang sepatutnya berlaku tsk!

Sila jangan ter-kejut semua. Ber-tenang okeh. I belom ber-tunang pun lagi. Gambar last tu SAHAJA yang sepatutnya ter-jadi. Saya pergi butik untuk discuss tentang kelengkapan majlis pertunangan tapi agaknya sudah jodoh saya di situ maka tetiba terlihat wajah eh terlihat se-biji baju yang superb gojes homaigod! Dan sangat ber-besar hati nya diberikan peluang menebuk tupai kan baju yang masih dara nih eh eh sensitip wei, i mean baju ni yang masih suci la wei! Siyes baju nih sangat gojes di pandang di sentuh di pakai, dahlah kain satin bukan lace bagai tuh ~sebab i prefer baju tunang satin simple ringan daripada lace sarat larat berat nak mamfos okeh~ Cutting baju ni pun memang kebetolan fix with my cutting already ~kan dah cakap memang jodoh dowh ape lagi nak heran kan?~ so dah tak payah sibuk nak kelepet sana kelepet siti situ sana sini ces merepek dah! Siap dengan jahitan manik kelip kelip kat depan dada konpem nampak horny tak hingat lah cakap. Memang sangat suka selesa lepas test catwalk tujuh belas ratus kali kat dalam butik sampai rasa ter-hasut untuk sewa baju ni ah untuk tunang nanti. Tapi sebab dah test pakai, sebab dah hambik gambar, sebab dah upload dalam belog, sebab dah semua semua, maka ter-paksa ahh cancel akhirnya sebab anggap dah basi, uolls pun dah tengok dan bla bla bla lagi bapak banyak alasan merapek ko nih eh yna, maka baju ini sudah tidak lagi menjadi pilihan kedua-dua orang tua. Maka jodoh kami cukuplah sampai di situ sahaja jawabnya. Titik. Ces anti klimaks betol!

18 July 2009

Dah Bukak Balik.

Salam,

Belog telah di-tutup semalaman. Sekarang tempoh bermeditasi dah pun ditamatkan. So sekarang belog dah kembali beroperasi seperti biasa 25 jam sehari 8 hari seminggu. Sori la wey kalau ada yang ter-tanya-tanya hingat i dah prebet *private* kan belog konon bajet macham i ni sangat jual ikan *selfish* macham apa eh. No, no i tak sekejam dan se-selfish tu. Kalau betol nak diprebet kan jugak, i dah announce gegar-gegar kat sini dan invite semua geng bas sekolah dan sekutu semua jadi VVIP i dowh. So jangan panic lets picnic okeh bebeyh. Erk, ada yang rindu i ke? Hokhokhok.

nota kaki: I suke singgah sahur kat satu belog tu tapi sekarang dah prebet tiba-tiba. Tak invite pun. Owh hibanya rasa kan kan.

13 July 2009

Godek Gedek Gambar

Takde entry pun nak post jadi saja ahh godek-gedek gambar ber-kejadian yang belom publish sesuka hati ~belog saya kan, saya punya suka hati ah, hohoho!~


kejadian 1: merendek di kuantan makan angin di mec-d buang angin di teluk cempedak!

siyes wey memang tengah on phone depan kedai jamu time nih bukan eksyen combat dowh

saya takde idung ~bukan taik idung! bace bebetol~

takde idung jugak. dushh!!!

kejadian 2: perkhemahan kat sekolah, fungsi i tukang cedok mee bagi kat bebudak ces tak vouge langsung tugasan i

muka ketat kena cedok mee banyak-banyak

fokus mee wey fokus

okeh okeh i tunjuk peace lah ek

kejadian 3: tadi pakai shawl merah dan pakai swiss chiffon ke-orange orange-an yang baru hokhokhok!!!

sayangnya baju takde lah nampak sangat pun, cuma gigi sendiri je yang kelihatan owh owh owh

kejadian 4: the lord of the ring

cincin risik yang i sayang nak pakai tapi tanak pakai pun kena gak pakai so i pun pakai lah, cescesces!!!

11 July 2009

Tips: Kecantikan Adalah Hak Milik Setiap Insan

Salam,

Kali nih nak lah kongsi satu tips yang super duper simple, macham mana nak buatkan wajah kelihatan cantik ber-sinar, flashy, lagi me-ghelip bling-bling gitu. Ces, takdelah macham tu sangat super impak nya dowh. Tapi still lah boleh diaplikasikan dalam kehidupan memasing kan bebeyh? Okeh sangat senang tau caranya. Uolls just sediakan penyegar muka atau dalam bahasa sanskritnya ialah Toner. Ingat toner tau, bukan tonik. Tu pejadah gunanya pun i tak master owh. Boleh je nak guna kan apa-apa jenis toner yang sesuai dengan kulit wajah memasing, tapi dicadangkan pakai lah toner yang sama jenis dengan facial foam, moisturiser atau senang cerita satu brand dengan skin care korang. Tak best owh pakai asing-asing, nanti camne nak buat testimonial cakap produk tu best, sebab korang dah guna campur-campur brand, silap-silap pening owh kulit memasing. Toner ni bukan saja pakai malam-malam lepas cuci muka dan sebelum pakai pelembap tu, tapi still boleh guna setiap kali nak mekap, dengan cara sapu toner kemudian barulah letak foundation (kalau tanak letak pelembap ahh), bedak, tepung gomak, dan watercolor korang tuh kat muka, tsk. So now i list sume pekdah pakai toner before sapu mekap yang i tahu:

1. Untuk kulit yang kusam, lesu tak bermaya, lemah tenaga batin eh opps bukan bukan, bila pakai toner boleh buat kulit uolls nampak lebih segar ~dah nama pun penyegar dowh~. Part yang kering menggerutu berkerapu bergelama tu pun akan dapat di kurangkan lepas pakai toner nih. Wow!
2. Memudahkan sapuan mekap. Rasa macham sangat smooth criminal dowh time nak apply mekap foundation bedak dan semua mekap tuh tau tak.
3. Elak mekap uolls cracky pecah merekah lalu jatuh berderai. Mean bila mekap, takde la mekap nampak kering merekah-rekah je kat muka kan? Mekap pun stay lebih lama kira macham agak long lasting ahh.
4. Dapat tutup lobang-lobang yang tak diingini. Isk, mean dapat tutup pori-pori yang terbuka luas, bukan ahh maksud lobang hidung pon tutup gak, aduyaii!
5. Bagi effect flashy, bercahaya bling-bling kat muka lepas mekap. Boleh ah nak eksyen bagitahu semua orang, uolls nih guna produk SK11 bagai, tu yang cantek berkilau je kulit muka, dush!!!

macham ni ke? ceit!!!

So macham tu lah kekdahnya. Lepas ni dah tak perlu susah-susah edit pakai photoshocked pejadah tu sebab kulit memasing dah start comel sedia ada pheww. This is only simple tips bebeyh. Kan i dah cakap nih simple tips lagi ekonomi, saja ahh tanak story yang details punyer berjela tips, start cleansing semua bagai tu, sebab i anggap semua tu basic yang uolls dah tau, so i prefer nak highlite only this tips okeh.

nota kaki: Tau tak instead toner, kesan WUDUK YANG SEMPURNA pun boleh bagi sumer effect di atas dowh. Dush!!!!

07 July 2009

Tolong Gwe Duhh...

Arghh!!! Dah ber-kurun lama saya cuba cari. Puas semua belog saya tumpang lalu lalang konon selongkar cari satu belog yang pernah saya singgah sahur. Entah macamanalah, saya pernah ter-berjalan kat satu belog nih, kemudian terbaca satu entry best yang ada klip video tarian omputeh yang pernah dia joget-joget masa zaman belajar dodulu katanya ~if i not mistaken dowh~ Sekarang rasa nak tengok balik video dance tuh, tapi dah tak jumpa kat belog mane, sigh. Woooo, tolong lah saya. Sesiapa yang pernah tahu, nampak atau mungkin jugak si empunya belog itu, sila-sila tampilkan diri anda please. Gwe kepingin joget ahh....

06 July 2009

I Dah Tua Kah? Tsk!

Owh no no. Lagi beberapa minit 06-07-09 akan tinggal kan i, sobsob, means my free voice call Maxis pon akan expired today ~Maxis kedekut, belom 12 malam dah cut my free voice call~ dan bonus harijadi Celcom i pon akan tinggal 6 hari lagi before tamat, owh owh, hilang keistimewaan sudey! Setiap kali pun macham takde beza sebenarnya dengan hari-hari biasa, tapi homaigod mungkin sebab i gile taksub kat angka keramat ni ~060785~ maka semua nombor di sekitar i pun haruslah ber-sandarkan pada angka nih, cescesces bajet i saudagar arab boleh beli sume no yang i nak. Setiap kali pun jumpa plat kenderaan yang ada kesemua no ni, mulalah i akan sibuk ah konon nak rotate dan susun bagi ikut urutan labah-labah eh eh melalut jugak. Setiap kali jumpa nombor telepon atau alamat rumah atau nombor ekor sekalipun nak nak yang winning 1st prize, mulalah mulut sendiri sebuk menceces macham, eh eh ape ni ape ni biar nombor tak ter-susun ni atau macham, weh kenapa i tak dapat nombor telepon ber-tuah superb cantek ada tarikh pebret macham nih, sampai akhirnya semua orang keliling pun dah muak jelak sengal gila tiap kali dengar ayat tuh semua. Hampir setengah tahun every year tunggu tarikh ni ~ces memang ahh, semua orang pun sama~ tiap-tiap tahun pun tunggu macham kebulur, padahal bukan lah mean i akan dapat superb amazing power horse bila tiba detik 12 malam apetah lagi tinggg, ber-tukar jadik princess or any wtf high imagination pufhhh! Mungkin bila dah makin remang-remang remaja maka dah macham tak terasa sudah tranformasi usia secara officialnya, ces padahal saja dowh buat-buat lupa diri macham tak sedar diri hokhokhok. Dunia sekarang ber-putar dengan cepat, buat kita makin cepat berada di remang-remang remaja dan tua kan, kan? Tak kesahlah ada orang nak pedulik ke tak ape eh hari nih, asal i tahu apa yang ada setiap kali tiba tarikh nih. My sentimental value date. Tsk. Okeh, jom bilang kedut!

notakaki: emo di hari tua sendiri.

04 July 2009

Tips: Tutorial Syria

Salam,

Hari ni macham ada banyak masa terbuang eh terluang, so buat entry tips untuk geng bas sekolah, kroni-kroni yang pernah request mintak tunjuk apesal i pakai syria nampak tak bulat tak petak tak kemek semua bagai. Nah nah, sekarang i dah buktikan dan huraikan semua persoalan uolls dear. Cekedaut bebeyh.

Gambar 1

1st step korang sediakan muka masing-masing, dan anak tudung syria. Ingat, syria je bukan ariani ke permaisuri ke maharani atau semua bagai lagi, tak boleh okeh. Pastu sarungkan kat kepala tapi pastikan bahagian tepi telinga anak tudung di tarik sehingga ke paras tulang rahang, macham gambar 1 superb annoying di atas.

Gambar 2

Step ke-2, uolls terus sarungkan tudung syria kat kepala masing-masing lah pulak. Pastikan tudung ditarik ke belakang. Sekurang-kurangnya biar kan anak tudung tadi tertonjol hampir 3/4 lebar tapak tangan. Setting elok-elok part ni. Kalau rasa anak tudung dah ter-kebelakang, cuba tarik nafas eh tarik anak tudung semula bagi lebih ke hadapan dan pastikan anak tudung terletak cantik sehingga ke bahagian tepi rahang. Kat situ bahagian rahang yang luas, pipi yang buncit serta beguk yang di bela dapat di sembunyikan dengan ber-kesan dowh.

Gambar 3

Pastikan jugak bahagian atas anak tudung terpacak macham ni baru dapat beri efek muka sebujur ragbi yeah yeah. Kalau dapat anak tudung yang lembik penyek menyampah asyik nak melekat kat dahi, korang boleh gunakan spray kanji yang ada jual kat kedai-kedai tu ye. Lepas spray, akan jadi lebih keras terpacak tapi i tak janji tau sebab tak pernah guna dowh. Kalau tak jadik jugak, boleh guna pembaris pendek (15cm) dan pacak atas dahi untuk tongkat tudung bagi tegak terpacak miahahaha.

Gambar 4

So sekarang tadaa... siaplah sebuah muka yang elok untuk digunakan eh tak tak, i mean muka yang gojest untuk di bawa berjalan-jalan. So kat sini jugak i nak share kesilapan teknikal yang sering korang buat time ber-syria. Grrrr!!!!

Gambar 5

Tengok gambar 5. Bila pakai anak tudung tapi tanak tarik bahagian tepi sampai ke tulang hitam eh tulang rahang, dan bahagian atas muka pun dibiarkan penyek tempeyek, maka muka yang bulat macham gambar akan terus kelihatan bulat dan tak dapat diselamatkan dowh walaupun cuba ter-senyum macham gambar. Tsk!

Gambar 6

Dan akibatnya, korang akan mengalami kemurungan yang berterusan bila tengok muka sendiri macham nih. Dah sangat obvious syria dowh kalau muka camnih, macham gambar model kat plastik syria hohhokhok. Sampai snap gambar pun jadik buruk tak cantik. Sigh.

Gambar 7

Dan satu lagi, ada je yang suka pakai syria cantik-cantik, tapi tanak tarik tudung luar ke belakang banyak-banyak, seolah-olah macham cuba nak berak tapi akhirnya cuma ter-cirit semata-mata ~ceit ape punyer perumpamaan daa~ Tapi still terpulang kepada selera masing-masing sebab kalo korang dah readymade gojest maka memang kan tetap gojest jugak dowh, tak perlu nak ikut semua step nih. Tepuk dada kemudian sendawa, ces ces ces perosak bahasa sungguh! Penat jugak ahh prepare untuk tutorial kali ni, dahlah baru snap sampai 2,3 step, bateri kamera saja je nak kehilangan kuasa sakti maka terus delay sampai dah recharge. Kemudian terpaksa jugak pinjam pakai t-shirt renoma sape ntah asalkan ada kolar untuk lindung leher sendiri, sebab selalu takut nak beli t-shirt turtle neck, bila pakai takut ma abah syak ada kesan ter-sembunyi bawah kolar eh mane de camtu tak baik tuduh woh!

notakaki: Kalau anak tudung ketat tak boleh nak tarik depan, sila tetas sampai menetas anak ayam kat bahagian jahitan belakang. Dan kalau dapat anak tudung yang besar bagak sedangkan kepala uolls hanya sebesar kepala manchis, maka sematkan lah di hati eh sematkan pin atau keronsang atau kalau rajin boleh jahit sampai rasa dah selesa untuk dipakai.

Tak Tahu Yang Mana Satu, Dua,Tiga!!!!

Salam,

Sunguh-sungguh rasa ter-gerak hati nak tukar style rambut saya sekarang. Dah ber-malam-malam asyik ter-mimpi-mimpi basah eh tak, mimpi saya dah ter-bergaya dengan my new hair cut, perghh!!! Sebab dah tau umur dah hampir nak tua beberapa hari lagi, jadi terus ah pikir satu tranformasi untuk kelirukan semua orang umur sebenar i. Maka rambut yang ada sekarang macham ni (gambar) sangat tua, dan bosan dowh, jadi ter-fucksa googles untuk cari gaya rambut apa yang sesuai dengan usia remaja i untuk rambut macham ni sebab nak timbang tara lagi pikir sesuai dengan muka bulat kecil bulat kecil bulat yang besar saya nih. Tsk!!!

rambut ala-ala ombak ni buat i rasa menyampah bila dah panjang terus jadi rimas dan muka penuh asyik minta i ikat dan sepit je manjang huh!

Maka nya setelah di-google dan di-tapis berdasarkan rupa paras model semua ~model buruk, horny dan extreme i reject takut nanti bagi efek muka camtu bila gunting rambut~ jadi tersenarai sudah lah gaya-gaya rambut yang buat saya menigtis eh menitis air liur teringin nak pergi saloon rambut sekarang jugak fuhh!!!

gaya 1

gaya 2

gaya 3

gaya 4

gaya 5

gaya 6

Sekarang rasa heart sangat dengan all those chicky style, buat saya rasa macham lepas ni sure muka steady konfidem je lepas bangun tido, dah takde kusut masai sarjan misai yang sampai tengok rambut sendiri macham sebelom nih sanggup cakap; Owh ghost!!! Gaya 4, 5, dan 6 sangat sweet homaigod saya sangat suke dowh, plus beliau pun cakap prefer gaya 5 dan 6 tu owh owh owh, im going to do keira knightley's hair style, memang sangat style lah, pheww!!! Erkkk... tiba-tiba jugak saya ter-fikir yang saya sangat suka ikat atau sanggul rambut tinggi-tinggi dalam tudung bagi efek arabic yang sangat superb comey. Pasni kalau gunting macham all these hair cut style, mesti i kena gumpal kertas suratkabar banyak-banyak sumbat dalam anak tudung! Arghhh... sayangnya!!!

01 July 2009

Ter-Dera Mata

Haiiih, memang bosan la kan kalau selalu jek baca entry yang panjang-panjang tapi takde sebarang gambar menawan keluarga bahagia. Lagi bosan kan kalau baca entry yang kejap kejap gambar, kejap kejap gambar, sampai tak sempat nak baca entry, tiba-tiba dah ada gambar lagi hohohoho melampau la weh. Dan konfirm sure heboh lah seksa mata - memang akan bosan, kalau entry yang semua nya hanya gambar, gambar dan gambar again sampai rasa nak scroll laju-laju tahap kelajuan cahaya mata, biar terus sampai titik perpuluhan. Erkk, macham entry ni ke? Tsk!

jumpa budak kecik yang comey kerja Aowa
bukan sedang tunjuk aksi lucah tapi beliau sedang kutuk orang sebelah dan bajet coba ber-selindung di sebalik tapak tangan sendiri heh! Ish ish!!!
gambar edit tak lawa takpe, janji objek lawa kan, eh eh silap silap.