Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 June 2009

Bila Operator Ber-kata Kata

Mood untuk taip entry tidak lah sekobar dan sekibar bendera ber-kibar di angkasa tapi sebab tanak ada kesan kejatuhan merudum kehilangan readers digest kesayangan jadi haruslah ada entry sekurang-kurangnya satu untuk setiap beberapa hari gap, tau tak itu strategi tanak bagi belog kesayangan luput di telan zaman sekaligus menimbulkan efek suspender ter-tungu tunggu di kalangan pembaca cescesces! Okeh enuff. So sekarang mari ber-cerita mengenai tajuk di atas hohoho. (entry yang panjang)

Part 1
Dah 2 hari telefon saya cari masalah memang nak kena hentak tapi ber-sabar okeh ber-sabar. Setiap kali buat call memang tak dapat elak kenapa lah suara saya tidak kedengaran walau se-bijik suara pun oleh orang yang dipanggil, walhal saya tak lah bodoh sangat nak habiskan kredit senang-senang kayakan celcom untuk telefon dan diam berminit-minit dowh. Ter-jerit-jerit saya ingatkan suara emas saya tenggelam dek kebisingan talian yang berdengung ntahape-hape macam ada lalat hurung taik dalam henpon tu, tau tak. Tanak la admit yang my old skool phone yang ber-masalah pendengaran ke ape, sebab saya elok je boleh dengar suara dorang yang panik tak dengar suara saya time call tuh. Hahaha tau pun cemas. So, saya pun buat manual self-checked; try off hp, cabut sim card kunyah-kunyah eh tak tak, cabut sim dan letak dalam hp lain dan dengan lafaz bismillah, saya on kan hp tu dan ahh, dem!!! Ko still ber-keadaan yang sama shit. Ko memang taik la tapi tak tau ape yang taik samada henpon atau sim kad, maka buat call kat celcom customer service untuk check apejadah lagi masalah yang berlaku. Maka setelah menunggu bulan jatuh ke riba beberapa ketika, kedengaranlah suara operator lelaki yang alahai... sangat laa super duper cap beras super lemak merdu. Pendek kata memang sangat 'woman' lah suaranya ~korang readers yang bijak bestari mesti paham sebab tanak sebut dengan jelas takut-takut ada hati yang ber-kaca kaca~ lantas lidah yang petah ber-kata kata ni agak terkedu tak tau nak panggil awak ke, abang ke akak ke, encik ke puan, so boleh terbacul terpacul soalan bodoh superb annoying dari mulut sendiri; "hello, erk,erk...sape ni? Ini celcom ke?" Ces apa bodoh wey soalan tu, dah berjam-jam dengar suara mesin operator suruh tekan 1 untuk ape tekan 2 untuk apa, takkan bila dah dapat ber-cakap dengan operator bukan mesin, lidahku mula terkelu sampai tanya soalan bodoh itu shit!!! Dan unexpected bila si operator pun jawab "ye sayang, ini celcom service, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Pheww...!!! i melayang tau tak melayang. Memang superb tip top lah kalau macham ni layanan celcom services, sumpah saya tak salah dengar sebab lepas beberapa saat per-bualan operator tu jawab lagi "iye sayang, nanti saya buat report bla bla bla..." So hati yang marah tetiba menjadi riang hahaha ape kes. Perbualan tamat disitu.

Part 2
Hari kedua setelah report pertama dibuat memang takde sebarang perubahan lagi, still takleh nak call dan bercakap, sebab operator dah bagitahu akan ambil masa 3-7 hari untuk report dan bagi feedback balik so haruslah tunggu dengan sabar sebab i kan penyabar agagagaga. Tetapi sedang dalam mode bersabarlah sayang tu tetiba terasa pulak nak share kredit sebab nampak kredit sendiri dah macam membuak-buak, welk takde makna nya so terus taip RM** dan send ke no blablabla dan dapat lah reply celcom, cakap yang no saya tak boleh nak buat airtime share tanpa bagitahu sebab musabab dengan jelas. Weh apehal ni, nak cari gaduh ke. Try 2,3 kali pun still ber-keadaan yang sama hampeh, so hati ber-detik betik, semalam dah dapat cakap dengan akak, eh abang operator, so hari ni rasa nak cakap lagi sekali lagi tetapi sigh operator lain yang jawab, okeh takpelah janji boleh cakap.

Saya: Boleh tak saya tahu kenapa no saya takleh nak share airtime kredit ek?
Operator: Cik ade dapat bonus kejutan ke tak?
Saya: Ada, ada. Sepuluh ringgit ~part ni nanti i story~
Operator: So macham tu cik tak boleh guna kan services air time share la buat masa ni.
Saya: Eh kenapa? Yang ni saya guna kredit saya. Kredit free tu dah habis laa..
Operator: Ye saya tahu tapi since pelanggan dah dapat bonus kejutan ni memang dorang takkan dapat guna services airtime share selama 7 hari .
Saya: Owh, ye ke? Memang benar-benar kejutan lah kalau macham ni ~bunyi dengan nada yang sangat hampa sighhhh~
Operator: hahahahhahahahaha....!!!!


Sumpah weii dia gelak besar camni cam gila bila dengar ke-spontanan saya jawab dan mengeluh camtu, ades suwey tol~ Sebagai pelanggan, saya dah macham gulppp jap dapat pengalaman begini, dan mungkin di pihak mereka yang lagi ter-dedah dengan karenah pelanggan 24 jam setiap hari tu, lagi laa boleh biol dapat macham-macham ragam nak nak dapat macham i ni, sikit-sikit nak telefon operator. Eh eh i betol ape, kan malu bertanya nanti sesat jalan kan? kan? 2 hari sebelom telefon saya bermasalah pendengaran, saya dapat bonus kejutan; kredit free RM10!!! So sumpah rasa sangat excited dapat kredit free tiba-tiba terus tanya beliau time tuh "eh eh camana ek nak hantar msg nak cakap terima kasih kat celcom sebab bagi kredit free ni?" "senang je, taip rm* pastu send ke no blablabla *no beliau sendiri* pastu taip ah cakap terima kasih banyak-banyak celcom sebab bagi kredit ni bla bla bla..." Ces, dengki ahh tu!!!!

Nota Kaki: Time call beliau kesayangan je masalah tak dengar suara tu belaku. Erk, terus otak pikir ada sape-sape sabotaj i ke? Ceit!!!

27 June 2009

Apa Motipnya?

Entah ape jadah lah semalam tengah-tengah syok tido mamfos, boleh pulak saya ter-bangun tido then pergi bukak lampu bilik kemudian sambung tido balik macham takde apa-apa berlaku ~ma cakap agak-agak dalam pukul 3 pagi dowh sebab ma sedar bilik saya tiba-tiba cerah~ Bila jam loceng dah memekak pukul 5 pagi, saya pun dah pejam celik pejam celik biji mata, barulah macham pelik eh apesal terang je ni tak tutup lampu bilik, pastu terus macham hati suci bersih pergi bangun tutup lampu bilik kemudian sambung tido sampai pagi. Jadi nak admit kat sini yang saya macham dah lama gila tak ngingau sejak dah remang-remang remaja nih ~rasa-rasanya lah~ maka hal semalam buat saya rasa ajaib+aneh dan terpikir-pikir apa motip mimpi semalam sampai boleh lak ter-mengingau bangun buka lampu bilik. Siot je boleh gigih bangun turun dari katil pergi kat suis lampu tengah-tengah malam. Dushh!!!

25 June 2009

Ralat Di-Sini

Salam,

My previous entry pasal pose ganti semalam ada sedikit ralat. Itupun disedari lepas dapat komen dari seorang reader yang ter-sangat baek hati memberi teguran yang sangat ber-hemah, bukan ber-khemah. Saya terima teguran ter-sebut dengan hati yang sangat ter-buka. Ini komen beliau ye...

"assalamualaikum...alhamdulillah satu perkongsian yang menarik....cume disini ingin sy membuat sedikit teguran......ape yg ingin sy tegurkn disini ialah....perkongsian diatas adalah salah satu hadis palsu...jdik diharap kita dapat mengelakkn dari percaya pada hadis palsu ini dan diharap dpt mmebri ketrangan balik kepada pembaca supaya pembaca tidak keliru pada hadis ini....

Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

berikut terdapat keterangan mengenai hadis palsu ini didalam pelbagai blog yg terkenal antaranye dr.maza dan ustaz zaharudin....berikut disertakan link utk rujukan anda....terima kasih...diharap anda tidak marah atas teguran sy...sy hanyalah seorang insan biasa yang masih lagi dlm pengajaran..."
link hadis palsu:-

http://drmaza.com/home/?p=646

Rupa-rupanya telah berlaku kesilapan teknikal kat sini akibat kejahilan empunya belog ni sendiri ~sigh, maafkan saya, saya orang susah~ saya sendiri pun dapat bahan tersebut daripada email yang di forwardkan kepada saya dan haih... nasib baik la still ada insan yang lebih arif dan peka dengan kesilapan tersebut. Kalau tak kita sama-sama boleh ter-pesong. Tapi takpe, kita boleh belajar daripada kesilapan kan? Maka dengan ini saya remove balik hadis yang saya sisipkan dalam entry tu. Kepada readers yang dah review entry ter-sebut, sila neutralkan otak tepu mu itu ye. Tanak weh orang cakap i ni pendusta weiii. Lagi bab-bab hadis semua nih. Ades, benarlah dunia dah di akhir zaman... hadis pun boleh di-cipta sewenang-wenangnya hinggakan i yang macham jahil ni senang-senang ter-taruk kat belog kesayangan ni. Wallahualam.

notakaki: jasamu sungguh di-kenang... Terima Kaseh.

23 June 2009

Ganti Pose Ke Pose Ganti?

Salam,

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-3 ~padahal ke-2 lah~ saya pose ganti, eh ke ganti pose, ceit, mana satu yang betol sebenarnya ni weh? Okeh, okeh, skip. Berada dan dikelilingi kalangan manusia yang buruk lantak ~sangat~ asyik sebut dan cakap pasal makan, makan, makan, dan makan again konon nak goda-goda nak bagi air liur menitis sebaldi ces jangan mimpi, iman saya kuat dan tak mudah goyah la seyh jadi tak menjadi masalah pun kecuali hari per-tama pose i yang goyah di tengahari yang terik angkara what... biarlah rahsia nanti semua hentam cakap i perangai macham budak-budak tak sunat hohoho macham lah tahu-tahu, tak senonoh. Masih ada baki bawa ke hadapan jadi sedaya upaya nak settlekan sekaligus, tanak tangguh-tangguh sebab tak baik bertangguh, ustaz cakap itu sifat syaitonnnn ces padahal tak sedar diri dah batch terakhir yang buat pose ganti eh ganti pose tahun ni hohohoho. Jom pakat pose esok sempena 1 Rejab besar hikmahnya selalu sangat taip merapek kali ni ustazah nak ber-dakwah... Moga-moga mendapat ke-berkatan. Insyallah.

~hadis palsu telah di-remove!!!!!~

muka pucat dan sengaja pakai lipstik pucat saja nak bagi terang lagi ber-suluh kat semua orang bahawa i sedang puasa hari ini dalam sejarah

21 June 2009

Tribute For Him


dear abah,

u 're the greatest man that i ever met,
u 're the superb dad that i ever had,
thank u for loving and caring,
for giving and sharing,
u 're my everything for the rest of my life,
u've been my superhero,
happy father's day,
we love u a lot!!!
sigh, i'm speechless....

my superb lovey dovey couple emmuah!!!

20 June 2009

Dah Ter-desak Sangap Ke?

Betol lah tu tajuk bukan salah taip pun. Memang ada kejadian yang buat saya rasa sangat high temperature beberapa saat yang lalu. Bagi yang cerdik pandai bijak bestari lestari supposed to be paham la kan tujuan saya letak details kat belog Chenta kan? Yelah dulu customer yang view belog merungut cakap susah la nak contact as posibble sebab takde contact no u bla bla bla, okeh saya paham even cuak sket tapi nak tanak kena letak jugak kat situ. So saya dah memudahkan kerja korang guys so kenapa mahu menyusahkan hidup saya dengan segala per-buatan gampang uolls tu? Ntah camane boleh lak tetiba je ada makhluk tuhan add saya kat ym 2,3 hari nan lalu hingatkan customer so saya bersangka baek la kan. Selalunya kalau ada guys yang add, dapat trace dari id nya so bolehlah ignore dan reject. Tapi si polan yang add saya nih macam saya takleh nak bajet ah jantan ke gadis so approve la jap nak tengok kot-kot customer. Selepas beberapa minit conversation saya dah rasa macham nak kunyah keyboard nih. Korang baca ah dulu...

xx: salam
xx: duk mana 2
xx: dh mkn
ynadona: awak sape? ~selamba i x jawab salam siot~
xx: nik
xx: nk brkwn blh
xx: saya ambik id awk kat blog
ynadona: saya x kenal awak
ynadona: awak ni dah salah paham ni kot
xx: nape?
ynadona: ym tu sy letak utk customer booking mekap n so on
ynadona: huuu
ynadona: bukan utk tujuan kenal2 camni
xx: ye
xx: mcm 2 ke
xx: tp blh kan
ynadona: blh ape?
xx: kwn2 la
ynadona: urm
ynadona: depends la
xx: ok
ynadona: tp depends la ~saje ah ulang nak bagi paham~
xx: nape plk
xx: xnk dtg kl ke
ynadona: x
ynadona: watpe dtg kl?
ynadona: xpaham saya
ynadona: tibe2 tanye camtu
ynadona: ada saya cakap nak gi kl ke ek?
xx1: xde
xx: nak ajak la
ynadona: watpe?
ynadona: asal sy kena pegi kl?
xx: jumpa saya la ~owh, jumpa dia ceit saja buat tak paham dowh~

pastu bla bla bla yang tak berapa nak ramah ~i lah tu~ then boleh plak dia repeat soalan macham konon matlamat tak tak ter-capai wtf ah...

xx: xnk dtg kl ke
xx: xde
xx: nak ajak la
ynadona: watpe?
ynadona: asal sy kena pegi kl?
xx: jumpa saya la
xx: sb saya kat kl nii
ynadona: kenapa x awak j dtg kat sy ~provok jerk~
ynadona: xde maknanya sy nak jumpa org g sane

pastu bla bla pejadah nya lagi... then dia boleh lagi ulang balik soalan tu!!! siot je.

xx: xnk jumpa sy ke
ynadona: eyh awak ni
ynadona: sy kenal pon x
xx: knl2 la
ynadona: ape hingat senang2 je pompuan skg ni nak kenal2 org
ynadona: ades xpaham la ~time ni dia boleh bantai gelak gila dowh muka tebal dia nih~

and then finally dasar lah jantan kan, kalau lelaki takde macham ni.

xx: xsmbung bljr ke
ynadona: saya dah tua
ynadona: lama dah abis
xx: brpe umurrr ?
ynadona: 27 ~try guna taktik tua bangka camni bagi dia down sket~
xx: dh kawen ekkk
ynadona: aah
ynadona: baru jer
ynadona: bulan 3 aritu ~kan dah kena kencing~
xx: pecah dara dh la nii ~syilaka!!!~
xx: mana suami awkk
xx: dia xnmpak ke nii
ynadona: ok stop

So conversation yang agak vavis bersama jantan desperated itu di-akhiri dengan maki hamun sumpah seranah kat hati i nih. Itu je mampu, nak maki depan-depan tak kenal dowh. Kalau tahu macham ni i bagi jer url pornsite kat dia senang keje tak payah desperate nak kacau gadis sunti suci macham i ni untuk tanya perkara yang baru di-ajar secara teori, amalinya belom lagi eh eh uppss!

17 June 2009

Tips: Angle Yang Memberi Impak Maksima

I tahu korang memang giler camwhoring suka ambik gambar sendiri-sendiri mau ingat kan, sebab hanya nasib ber-tuah badan je kalau ada yang sudi ambik kan gambar korang setiap-tiap kali ber-fotogedik, untuk upload dalam belog ~ehem, ehem, i terasa nih~ Jadi kat sini saya terasa nak kongsi tips angle yang best dan tak best, bagi korang try test bila nak snap gambar sendiri, sebab tau tak setiap angle yang tak best ~angle dan angel tak sama weh! yang tu malaikat bidadari, korang jangan silap fahaman lak~ boleh memberi impak maksima yang deep tau tak kat gambar kita. Pergh deep tu!!! So, kat sini saya macham ber-murah ah hati nak bagi contoh kat korang. Layan...

Gambar A

Bila guna sudut 15 darjah dari aras bawah bahu ~eh mane nak cari simbol darjah weh kat keyboard ke kat toolbar belog ni, susah lak kena taip~ lemak tepu bawah dagu korang memang akan ter-serlah lah toksah berangan nak cakap pernah buat face lifting shit, sape percaya dah bila nampak camni. Lagi ber-tuah bila kamera paras bawah lagi ber-darjah-darjah rendah dari nih, saiz lubang hidung dah ter-Gampang pampang jelas, dah memang boleh di buat per-bandingan dengan lubang bola golf. Hohoho ngeri weh. Kalau rasa hidung u all mancung ter-sondol sondol , memang takde masalah pun nak guna angle bawah paras bahaya tu sebab dah korang ber-hidung tinggi, mestilah lah lagi nak tunjuk satu malaya sentimeter tinggi hidung tu kan? kan?

Gambar B

Bila kamera berada di paras 15-30 darjah kebesaran eh bukan, 15-30 darjah ketinggian dari aras bahu korang, gambar yang ter-hasil adalah macham ini. Selalunya nampak dah boleh sembunyikan lemak tepu dan saiz lubang bola golf tapi pipi yang sebuncit ini boleh dilihat dengan jelas lagi kan? Sebab senyum dengan mulut ter-pejam rapat memang membuatkan lemak pipi terkumpul statik di situ, silap haribulan orang cakap kau simpan pisang eyh kat celah-celah pipi tu?

Gambar C

Bila guna angle di paras korang dah macham ter-jungkit kaki sebab nak sudut yang tinggi melampaui akal, memang korang akan dapat satu keadaan sudut gambar yang agak menarik. Lagi cantek bila cuba buat senyum kambing yang tak seberapa kambing, memang memberi efek pipi yang agak kurus lagi macham memiliki dagu yang agak runcing membuatkan muka kelihatan sebujur ragbi eh sebujur sireh. Gigi yang cantik tersusun boleh ditonjolkan secara tidak langsung pendek kata memang angle ini buat gambar wajah anda sempurna, sesempurna gambar contoh di atas. Uwerkk!!! Erk, gigi yang buruk elakkan ber-senyuman seperti gambar C.

Mulai sekarang dah tanak guna p/s. Tua. Jadi tukar kepada nota kaki.
Nota Kaki: Nak beli kamera untuk ber-fotogedik cuba kelik sini tengok.

15 June 2009

Tsk. Segan Ah Nak Cerita

Nampak tak betapa serius shit muka i tika ini ~shit nampak gemuk sebab baju ni besar tau ceit~ Tekun sangat mekapkan customer walhal tau tak apa sejarah yang sedang ber-laku waktu ni kat rumah saya sendiri? Haih... segan nya nak cerita ecececesssh!!! Saya layan je ber-poya-poya dengan customer, padahal time nih jugak family beliau datang merisik i kat rumah, tsk segan dowh. Okeh ni betol-betol merisik bukan saja nak gempak cakap di-risik pegawai perisik CSI bagai atau lamaran kerja gali kubor ke apebenda ntah, tak kuasa nak merepek sebab ni bab hidup atau mati tau tak. Ceit! Dah tau family beliau nak datang pukul 12, pukul 11.30 saya dah pecut keluar rumah ke rumah customer. I fikir merisik je kan, tak penting pun saya ada ter-congok kat rumah. Haruslah kalau saya ada, saya kena drama macham zaman dolu kala pakai sopan santun bawak keluar air kopi jalan tunduk tunduk sipu-sipu pastu belah masuk dapur intai celah-celah langir, ces i tak gedik apejadah duk intai je, lepak sekali lah kan dengan mak bapak tu, hohoho over! Takde, takde, i bagus tau. Tak buat camtu. So biar mereka-mereka yang sepatutnya je lah buat kerja memasing nanti balik rumah, saya hupdate jer cerita ngan ma. Hohoho perfect. Jangan lah salahkan i cakap langgar adat, cakap patut macham itu macham ini, sebab tuan punya badan 2,2 pun ada kat rumah customer ni time merisik tu, sorang mekapkan customer, sorang lagi official photographer untuk majlis customer ni so salahkan beliau la weh, i follow the leader je hoho.

14 June 2009

Baru Nak Cool

Salam,

Setelah episod kejatuhan result yang merudum, saya macam dah down nak post entry baru sebab mood ter-awang-awang, langsung hilang nafsu nak nak tekan keyboard. Memang still under depress mood dan mengalami kemurungan yang ber-panjangan lah senang cakap. Haih... ramai yang bagi komen kesian+membina+simpati kan saya sobsob., ramai yang sayang rupanya ~ngee~ Malu jugak weh time nak share entry tu tapi tanak ah asyik citer yang best je dalam belog nih, yang malu, yang sedih, yang haru takkan sorok dalam petticoat konon macam hidup ni ter-lalu sempurna sampai takde masalah weh kamon lah, nama pun realiti hidup, mana nak senang je manjang kan? kan? Okeh proceed. Dah, dah, tanak ah membebel takkan sebab depress terus jadi mak nenek kat sini nanti semua orang kesayangan lari tinggal belog i. Jumaat baru ni ada gak jalan-jalan konon macam nak lupa kesedihan yang ada, even tak dapat dah nak mengubah kejadian, nasik dah jadi bubur siap hangit lagi kan, tapi life must go on bebeyh! Keep it real! Tapi sebenarnya aktiviti jalan-jalan ke ke Kuantan tu pun dah di rosakkan dengan mood saya yang menyampah, menangis ntahape benda i cengeng kat situ sampai mata bengkak nampak eyebag ketara huih, so sampai Kuantan, muka pun dah stok buruk gilos, nasib baik pakai eyeliner waterproof, kalau tak larat lah nak menyental recover balik muka penuh hitam bleeding mascara tompok comot macam momok eiyark!!! Tak sempat snap banyak gambar sebab agak rushing nak balik lagi, plus Kuantan sesak napas dengan kereta dan manusia, masuk mana-mana parking semua letak signboard parking full wtf! Hasilnya parking je lah kat mana menyempat, sekali kena saman parking luar petak sudey. Kan ke best tuh.

ni stok muka yang dah settle aktiviti cengeng pheww
aksi di-luar kesedaran beliau hukhuk
~abaikan muka i yang sangat flashy itu~

11 June 2009

Down Giler Dowh!!!

Apesal buat mood saya jatuh gedebak macam nangka busuk ni wei! Dah terus hilang mood nak ber-karya, nak dating esok, nak mekapkan customer, lagi lusa nak masuk kerja jumpa my sweet child o'mine lagi weh kan dah beri impak yang besar tuh. Sape cakap i boleh cool bila tengah mood ber-poya-poya camni tiba-tiba terdengar ura-ura kera dan ungka result dah keluar. Dem it memang uitm ni suka kacau daun dowh!!! Tadi dah macam ber-syukur nyesal tak buat sujud syukur masa check result tapi result tak keluar lagi bajet memang belum tiba due date lah. Tapi malang, tika sedang senang lenang ber-gayut kalah beruk, dapat sms kawan baek suruh check result uitm hah??? Tadi kan dah check tapi tak keluar. Takpe, gigih gak nak check dahla loading page time nih memang buat saya rasa nak sebut semua nama vinatang maki hamun tapi tak tahu tuju kat sape cuma ber-monolog je ah mampu. Sekali bila ter-Gampang result di monitor terus ah tengok pointer, pastu mata scroll balik atas tengok result detail wehhhhhhhhhhhhhhhhhh.... syial nape fail Ekonomi!!!! Ekonomi memang saya score giler, minat tuh. Sume assesment saya submit, test, assignment, quiz, lagi exam memang ah konpem pergi, shit taik betol result, siapa yang marking paper ni i nak jumpa depan-depan ah @$*(06t8idfg! Sekarang nak cakap apa lagi kan, blame it on me ke? Tolong ah, takkan nak anggap ni mimpi ngeri lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!

Boleh Order Kat Sini

Salam,

Jangan ar cakap korang nak order makanan, minuman, pizza, sushi no ya dan segala superb food macam ada special delivery kat sini bukan food court lah. Sebab dah pernah post tips nak comel kat sini, padahal empunya belog sendiri muka comot momok pun orang masih percaya nak guna tips ni, malah macham ada request mintak share lebih banyak tips walaweh sangat ter- haru. Meh meh nak pelok semua. Jadi bila dah banyak mintak sebab lebih daripada 1, maka boleh ditimbang tara untuk buat lebih banyak tips lepas tu boleh cakap sharing is loving kan kan kan? Lepas baca entry nih boleh lah start order sebarang tips yang nak tahu, yang ber-main ligat di fikiran asalkan tak mintak tips annoying macham mana nak dapat baby kembar, tsk memang weh saya tak tau nak buat tips tuh, sebab baru hafal teori, amali belum buat lagi, oh oh ayat miang dowh. Mungkin korang pun ada nak bagi tips untuk kongsi dengan semua orang la kan, tapi macham tak tahu nak create step yang ber-kesan dan saya boleh buatkan demo step free siap berilustrasi, tapi ber-bayar kat sini nak tak? nak tak? Ceit diam ah saya! Kalau ada request ter-banyak untuk tips yang memang saya tahu sahaja, saya janji saya akan buat entry tips itu ~banyak dowh asyik sebut tips, tips, tips~ Jangan ah pikir nih macam peraduan sms ter-pantas atau sms yang ke-empat belas ratus akan dapat mystery gift, tak de masa ah nak cipta semua tu.

10 June 2009

Sayang Bulu Nih

Tau tak saya dapat sudden gift yang giler kentang sangat comel daripada kawan belogger tau. Jeng jeng jeng....

Ini adalah bulu mata palsu, tipu ahh weh kalau cakap tak tangkap lagi gambar apekah ini. Inilah yang saya dapat daripada sorang kawan belog yang selalu sangat chatting-chatting pasal mekap dan yang sewaktu dengan nya. Selama ni asyik ym je manjang, tapi ntah camne kali ni boleh lak ter-lepak sama-sama ~tapi sekejap tak puas dowh~ Kak Nik tipu ah cakap umur dah 31 tapi rupa mantap cam 25, siyes tak bodek. Dah lah tinggi lampai hah yang ni sangat tak expected sebab hingatkan kecik molek cinonet cam saya jer hohoho saya dengki weh. Kak Nik saje ah suka-suka bagi bulu mata ni sebab ter-haru dapat jumpa saya depan-depan ceh ceh padahal Kak Nik kesiankan saya tak dapat pergi Bandung shopping barang mekap. Bulu mata ni kak Nik beli masa pergi Bandung so dia sempat la borong ber-kotak kotak sebab kat sana harga murah nak mampos satu kotak ni Rm1 je tau tak, tapi bagi 2 kotak kat saya nih pun dah buat saya rasa sangat ter-haru sebab pemberian yang tak disangka, dahlah sangat comel jadi haruslah simpan untuk koleksi pakai sendiri satu hari nanti, tanak bagi mana-mana customer precious giler nih dah dah jangan bodek mintak i pakaikan kat customer i!!! Owh lupa nak bagitahu, se-pasang di atas yang lebat ala-ala Rozita Che Wan wannabe itu adalah untuk bulu mata atas dan sepasang di bawah tu pulak untuk letak kat bulu mata bawah jangan pulak cakap itu misai palsu. Kat sini susah nak cari bulu mata bawah tu, wohoho sumpah nanti mesti saya sayang nak guna kan.

06 June 2009

Sakit Belakang Lah!

Salam,

Pergh hazabnya nak tunggu semua mekap job settle, kan dah cakap kan penantian tu memang satu penyiksaan tau tak! Memang ah best bila part kutip hasil tuaian sape tanak duit weh tapi tulang belakang saya dah makin melentur, lepas ni boleh pakat nyanyi lagu nenek-nenek si bongkok tiga ramai-ramai lah. Nasib lah ada my besties, si Doja yang paksa rela keluar rumah se-awal pagi temankan saya setiap kali ke rumah customer yang macam-macam karenah birokrasi lagi sanggup ter-cegat tunggu saya mekap sambil hulur-hulur berus lah semua bagai kat saya yang dah start buat muka tensi bila dapat customer yang tahu tanya lama lagi ke lama lagi ke sadap u!!!
Semalam pun seorang lagi my best friend wedding, kan dah cakap kan kat entry lepas seorang demi seorang ahli kelab ronggeng i dah start join kelab isteri-isteri takut suami eh tak tak, tu tajuk drama mengong astro lah @%$fujsfc. Lepas nih dah ter-paksa ah duduk rumah diam-diam tak payah pikir nak menggedis kat luar lagi bila hujung-hujung minggu camni sebab dah takde besties nak join aktiviti tu walaweh memang rindu ahh semua tu nanti sape nak temankan saya pergi mana-mana, sape nak temankan saya karok, nak rempit lagi, nak lepak lagi, nak poya-poya, dah dah jangan pikir nanti nak nangis okeh stop.

memang tak boleh diam ah kalau tengok veil mesti nak gedik kan?

gelak lah sangat padahal dalam hati dah sebak sebak sobsob

03 June 2009

Pandang Belakang

Salam,

Memang sengaja bagi tajuk macham ni sebab entry kali ni saya nak publish gambar-gambar yang dah basi beberapa hari jadi se-olah-olah i macam dah jalan ke depan kemudian toleh belakang balik ahh paham la kan? Bagus. Gambar pertama nak publish sebab dah janji dalam entry lepas kan. So this is my best friend wedding yang saya mekap tapi pergh aura seri pengantin baru memang meletop lah sampai aura seri muka saya sendiri habis hilang di ambil nya. Nak tengok lebih lagi kena kelik sini ah meh meh kelik meh.

muka serius time tengah buat kerja memang takle blah
Lately memang sangat banget rushing sampai nak ber-jalan belog lain pun tak sempat apetah lagi nak ber-lari eh eh sasul. Tapi takpe. Sebab konon gigih nak kaya raya cepat-cepat di usia remang-remang remaja so haruslah kan saya ber-penat-penat dahulu, ber-lepak-lepak kemudian huhuhu menarik. Gambar seterusnya saja ah nak show off jugak kat uolls gambar saya masa jalan-jalan shopping sikit-sikit poket dah rabak kat pasar kedai payang, pergh bunyi macam saya ni tourist jer ceitt!!! Sia-sia lah kan beliau bawak kamera yang berat tu usung ke hulu ke hilir baik lah tangkap muat wajah i yang suci ini boleh upload kat sini. Kan ke best tuh ada mr. photographer di sisi... hokhok.

kete kat belakang ni design ala ala photoshop tapi ntah tak tahu kete sape pon haha
pelik tengok muka sendiri bila try senyum suci camnih hohoho
memang saje ah beliau buat perilaku demikian bukan ter-kandid pon

02 June 2009

Tips: Pakai Foundation Dengan Betul

Salam,


Tetiba teruja nak share simple guide untuk buat korang nampak comel dengan mudah. Owh jangan ah ingat saya publish entry nih sebab ingat saya rasa yang saya nih cukup comel sampai layak nak bagi tips hokhokhok... tapi saje nak share tips saya apply foundation dengan cara yang simple ah kacang rebus jer, dahla senang dan betul sampai buat kulit kamu nampak gebus halus mulus dan tulus wohoho dasat tak akibatnya. Sebab sebelum ni saya pun pernah rasa down gara-gara ter-silap beli foundation mahal-mahal tapi langsung tak sesuai dengan kulit. Deng!!! Bila pakai, kenapa muka nampak bercapuk macam kurap panau sopak eh bukan-bukan. Tapi at last, saya dah tau jugak cara yang betul nak elak muka jadi ber-minyak, ber-capuk, sampai muka nampak horror gara-gara silap cara pakai foundation. Hohoho ngeri kan?


~my naked face~
nampak tak pakej parut jururawat, noda, kedut dan eyebag di keliling pinggang eh mata.


Okeh, langkah per-tama sediakan foundation. Ada mak andam yang suggestkan saya pakai Revlon Colorstay ni untuk mekapkan customer, tapi saya rasa foundation ni sesuai untuk daily use sebab teksturnya liquid macam tak best untuk mekap long lasting macam mekap pengantin tu. Tapi untuk daily use, saya rasa jatuh chenta weh bila guna nya dahla senang nak apply takyah guna span pun boleh, nak cuci pun senang lenang takde lah sangat lekat melikat macam foundation pengantin.


~takde gambar sebab nampak buruk gila muka part nih~

Langkah kedua, calitkan sedikit foundation macam calit minyak dagu dengan hujung jari ke setiap bahagian muka pipi, dahi, dagu, hidung dan leher lah kalau yang tak ber-tudung saji eh bukan bukan. Pastu, ratakan foundation ke seluruh muka dengan cara sapu ke bawah baru lah foundation tu rata je terletak kat kulit kita yeah yeah. Kalau suka pakai tebal tebal, sapu foundation selapis demi selapis sampai tutup segala cela noda dan dosa eh apedaa.


Dah rata, amik span bedak macam span yang di tunjukan dalam gambar tu, sebab selepas sapu foundation liquid, span yang paling sesuai digunakan untuk bedak adalah span kapas macam ni dan ada caranya nak pakai bedak guna span ni dengan betul bukan main tenyeh jer tak sesuai okeh. Boleh guna kompak powder, loose powder atau 2 way cake. Dap-dap kan span ke bedak, kalau rasa banyak cam tepung gomak melekat kat span, tepuk span bagi kurang sikit bedak yang melekat pastu letak bedak dengan cara dap-dap kan span ke seluruh muka rata-rata, jangan sapu atau seret span macam selalu kita pakai span getah ~span yang include sekali bila beli compact powder tu~ sebab itulah punca foundation dan bedak bercapuk-capuk di muka tau tak? Tsk.


Okeh sekarang dah siap. Simple sangat. Boleh tambah eyeshadow, eyeliner, blusher dan lipstik untuk lebih drama. Selalu sampai 5-6 jam pun masih boleh tahan sapuan bedak kat muka bila guna cara ni walaupun muka dah start berminyak tapi takkan nampak jelas ketara. Lagipun revlon Colorstay ni sesuai untuk oily dan combination skin so sesuai lah untuk kulit wanita asia bagus hohoho.


tadaa...
sumpah tak guna teknik fotoshocked!!!

01 June 2009

Transformasi

Salam,

Ape, ingat AF je boleh buat transformasi? Tolong ah. Ber-fikiran maju ke depah lah. Buktinya? Okeh mari kita lihat.

wajah asal kusam plain ber-jerawat pori-pori ter-buka

Ini wajah suci sandal kepunyaan ma tapi ma tak pakai saja membazir beli tanpa motif kemudian campak beli lagi yang lain pheww banyak cantik eh banyak duit! Lalu sandal ni terus di lepakkan terus, sampai hilang tanpa tinggal kesan jejak hampir berkurun lama. Tup-tup pagi tadi muncul balik menampakkan wajah suci innocent tapi porno weh. Porno lah sebab dulu ada macam satu menda alah macam riben murahan ntah apa lekat kat hujung sandal konon nak bagi nampak santek ter-tarik phewit sampai buat ma rasa nak beli hohoho. Okeh proceed, tapi tadi muncul tanpa seurat benang aiii... memalukan masyarakat sandal dahla tunjuk wajah kusam plain macam ini. Kesian kan muka pucat macam sakit je. Jadi takkan lah nak biar macam tu kan? Sia-sia ah i ada otak yang fresh lagi ber-seni halus tapi simpan tak guna kan ceittt!

lihat, lihat setelah berlaku transformasi mudah macam ada gula-gula smarties di atas itu kan?

Jadi sekarang nak percaya lah kan? Tak sampai 5 minit, progress yang sangat mudah semudah A, B, C hahahaaiktuihh!!! Abaikan jenama kasut tu ter-paksa di sensor kan demi menjaga sensitiviti brand lain nanti cakap i eksploitasi la, ter-lebey sudah la dan sume bagai lah. Dem. Cakap ah dengki huhuhu...