Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 May 2009

Makan Kuda Tak?

Erk, ada sape-sape makan daging kuda kat sini weh tolong mengaku dan angkat tangan lol. Sebab kat rumah saya ada daging kuda ~sumpah serius shit kuda betol bukan kuda kepang punya~ Ada orang baik hati yang kasi, banyak pulak tu pergh. Tapi malangnya kat rumah saya memang takde sape-sape pun yang makan daging itu jadi haruslah bagi kat sape-sape yang makan daging itu kan, daripada membazir pastu lepak je kat freezer tu sampai ke sudah silap-silap haribulan daging tu pun ber-tukar jadi kuda balik hohoho syial cakap mengarut masa tengah buat mega sale. Masa ma tanya saya, beliau makan daging kuda tak, sumpah saya hingat saya ada masalah gegendang telinga sampai silap dengar soalan ma. Dah setua bangka ni saya, ini lah kali per-tama saya dapat tahu yang daging kuda pun boleh dimakan dan yang penting memang lah halal kalau tak, takkan ada yang sembelih lak kan. So sesiapa yang mahu tambah power horse atau ada impian nak ber-nafsu kuda silakan lah, memang saya bagi semua ah percuma kat anda okeh. Hokhok, jangan suruh saya makan lah sebab dengar jiran sebelah masak kicap daging kuda yang ma dah bagi kat dia tu pun dah buat saya rasa nak pengsan!

30 May 2009

Penat Tapi Sedap

Salam,

Pheww... penat lah. Penat pergi shopping barang-barang peribadi semalam belum hilang, hari ni seharian pulak kat rumah teman ber-ronggeng terbaek i. So haruslah kan, menyaksikan detik-detik ijab dan kabul kawan baek dengan ter-perinci gitu walaupun ter-miss satu bab sobsob sedih. Pukul 2.30 baru start mekap sebab sengaja cik andam pergi lewat setengah jam walhal dah janji nak sampai tepat pukul 2 hahaha. Saja woh nak lengah-lengahkan bagi pengantin cemas panik sikit ~gelak setan~ Dah nak maghrib barulah ter-hegeh-hegeh gerak berambus balik rumah masing-masing, masa tu baru reti rindu bilik dan tilam sendiri dahlah melantak sate macam macam kebulur buat-buat tak tahu je tengok sate dalam pinggan tambah semua dah licin ~burppp~ Tangan pun dah penat sehari suntuk pegang berus gigi eh berus mekap ah, so nak tekan keyboard dah tak daya memang rasa nak kelik post entry je dah ni. Okeh dah kelik.

~gambar semalam~
dah tau nak letak dalam belog lagi beliau nak jelir padan muka dah publish gambar ni huhu

depan masjid dosa buat muka gedik jadi harus senyum suci je

p/s: gambar pengantin kena tunggu nanti ah baru upload. Saja nak suprise tunjuk hasil saya mekap wohwoh nak muntah ke?

29 May 2009

Owh Minta Maaf Lah

Saya ter-reject ar komen dari korang untuk entry bawah. Dah elok-elok kelik publish, rupa-rupanya ter-kelik reject lorr... dush!!! Dahlah baru sempat baca sepintas lalu lalang dah gatal nak kelik pastuh mula ah tak sempat nak hingat siapa yang komen wohwoh. Mungkin yang komen tu Naddy, eh mungkin Sis Lyaa, eh, eh, arhh mungkin salah orang! Huuu dah tak leh nak recall weh. Tuh la sape suruh saya excited sangat nak kelik kelik ku sangka api ~apehal lak!!!~ Tolong maafkan saya takde niat nak nyah komen korang kalau boleh mintak komen sekali lagi dan lagi dan lagi...

28 May 2009

Kena Cari Doktor Lah?

Salam,

Dah lama tak post entry gara-gara demam ber-ganti-ganti selama seminggu hokhokhok. Seksa hilang terus selera dan nafsu makan minum ber-belog. Bila jumpa doc, doc siap boleh cakap punca sakit kalau patient yang macam saya ni - cakap saya ni tido lambat malam-malam, makan tak on time, rehat tak cukup maka badan pun tak fix mana nak sehat...woh kagum lah kat en.doc pandai nya kamu. So seminggu jugak lah asyik alert jam tengok dah pukul 12 malam terus off pc sampai tahap dah nak kelik publish post tapi tengok-tengok dah pukul 12 terus tak jadi, melampau saya kan? Tanak weh sakit melarat larat lagi nanti takleh nak start menconteng arang eh mekap kan customer mana nak masyuk, cakap nak kumpul duit nak amik satria neo. Eh bila masa cakap? Seminggu pergi kerja muka pucat siti situ sana sini cakap muka saya pucat sakit menyedihkan ~ceit~ pastu siap tokok cakap saya selalu sakit, nak kena ada suami doktor untuk tolong jagakan kesihatan saya. Owh, kena cari doktor lah untuk jadi sang suami ya... Sila-sila ketepi ye yang lain, yang doktor rapat-rapat datang amik borang ~rasa nak ter-gelak miang ahh~

muka pucat cenggini harus dapat laki doktor ek?

24 May 2009

Cerita Basi

Salam,

Oleh kerana takde story baru, maka saya publish cerita yang dah basi sebagai entry kali ni. Takde lah basi sangat pun weh sebab korang mane pernah pernah baca pun lagi entry nih. Aritu kan saya pergi shopping barang mekap ~kelik sini ah kalau tak tau~ sebab nak restock bebarang mekap yang dah mula berkurangan kat dalam mekap box saya tu. Niat asal nak beli foundation je kekonon sekali bila dah sampai wohoho sumpah rasa nak terpengsan tengok sale sale sale wohooo memang heaven lah weh. Memula saya capai foundation stick. Pastu capai lak bulu-bulu hidung eh bukan bukan bulu mata palsu berkotak-kotak. Pastu capai pulak eyeshadow pallete. Pastu amik mekap box pulak sebab nak upgrade mekap box yang dah sendat pastu capai capai dan capai hingga tak tercapai akalmu ~gilos nafsu kuda~
Dalam sibuk-sibuk capai sume bagai tu sempat lagi terpandang kain lace pergh lawa dahlah warne cam pebret siap tak sangka ter-jumpa yang macam berkenan di hati plus harga murah dowh. Amik sepasang pompuan laki pun harga masih affordable murah yang amat. Sempat lagi tanya akak salesgirl ada tak cadar ala-ala cadar pengantin tapi tanak yang berkilat kilat nampak dangdut tuh nak yang macam lain sket akak tu cakap ada. Hohoho akak ni memang saja nak bagi saya beli lah tu tapi nasib baik jugak akak tu carik-carik rupanya ready stock dah takde jadik kena order baru sampai dan akak yang sangat best tu nak tolong simpankan untuk saya bila dah dapat stock nanti. Nyam-nyam. Bulan depan saya datang amik okeh!
Dan akhirnya saya ter-habiskan kurang lebih rm400 lepas dapat lagi diskaun sebab drop bisnes kad saya kat kedai dorang ~kad,ko memang best~ Plus lagi ada 'atm bergerak' yang superb baik hati tu tapi akibatnya saya menanggung hutang budi di bawa mati kekekeke eh bukan-bukan hutang duit lah weh. Pending dulu nak amik kain lace dan cadar kalo tak konfirm saya isytihar diri sendiri muflis agagagaga...
Minggu depan dah start boleh hupdate belog CHENTA yang dah bersawang sebab bukan salah ibu mengandung takde job sebab bukan musim orang mengawan jadi takde entry nak publish lol. Tak sabo jugak nak menyelit ikut Mr. Fotographer pergi menembak minggu depan yeayy... erkk banyak betol guna 'nasib baik' dan 'mujur' woh dalam entry nih. Dush!!!

teruja dah sket-sket time nih dowhtengok-tengok kat depan tu mekap, kat atas tergantung bunuh diri tu sume lace dahla santek pergh murah lak tu
nyam-nyam

p/s: sehari lepas balik shopping akak sales girlpun call cakap cadar yang saya nak tu dah sampai huiii... lambat sehari apesal!

22 May 2009

Bila Kami Beronggeng

Salam,

Even badan dah cam tak sehat hidung pun dah merah-merah selsema dowh tapi sanggup keluar ronggeng sebab tanak miss peluang kali ni dahlah layan melepak merebak rebak banyak port semua tu sanggup demi nak spent time yang kitorang dah lama tak hang out sebelum ni. Plus ada 2 orang makhluk dalam gambar konon nak ada last shot sebelom hilang sunti eh eh lucah tak cakap macam ni???

doja layan muka stim hikhik
cermin ko berkilat best kan dya
korang sengalicious weh tapi saya suker dowh
p/s: patut ade 7 orang lol tapi lagik 3 orang konon korang buat 3g kan?kan?

21 May 2009

Cubaan Ber-gedik Santai

Salam,

Dah plan buat small gathering dengan mereka-mereka yang berkenaan. Memang harus kena buat jugak sebelum one by one of us nak join kelab isteri-isteri soleh eh solehah ~hokhok ter-sedak~ Jadi esok harus jumpa, selongkar semua gosip yang kitorang dah missed lama tak jumpa. Baru sekarang nak lepak sebab semua sibuk study jauh-jauh - korang macam kacang lupakan tanah asyik tak balik je walaupun cuti CNY, hari gawai, hari buruh dan semua cuti konon cuti pendek rushing kalau balik ahh!!! Yang pasti edisi kutuk mengutuk, umpat keji, lagi flashback semua kisah tolol, busuk roomies memang stok story WAJIB TAYANG okeh. Setiap kali lepak memang kena ulang dan ulang dan gelak sampai nak cirit 2 3 kali hahahaha heran tak pernah rasa tanak gelak guling- guling macam tenggiling. Oleh kerana plan last minit jadi para jemaah beronggeng tak ramai. Sayang sorang masih pending dan 2 orang jauh komitmen dengan kerja bangsat bangsa dan negara tak boleh nak join takpe, takpe nanti kami mms muka suci kami berjemaah okeh dear...

17 May 2009

Tak Update Kena Cakap Malas Weh Benci

Salam,

Okeh saya update tapi tanak cerita banyak pun tak guna sila-sila jemput-jemput tengok gambar saya sambutan hari guru peringkat sekolah siang tadi. Hohoho padan muka suruh sangat update lagi tak tahu nak letak entry apa jadi hentam sajalah labu. Dahlah ada perkara sangat tak best macam gambang kuantan eh gampang berlaku tadi terus rasa macam dem ah tanak story pape jadi biarkan bulan eh eh gambar berbicara agagaga...


Boleh pilih mana yg berkenan yg kiri sekali bini orang, 2 dari kiri tunangan org, kanan sekali dah jadi mak orang tinggal yang tudung hitam je available boleh ambik bawak balik okeh okeh

stok muka sopan tak senyum miang kat sekolah

hadiah-hadiah misteri belum bukak lagi pemberian murid-murid kesayangan sayang dorang sampai rasa nak dukung-dukung bawak balik rumah ajak tidur sebilik ngeh3x

16 May 2009

Korang Tido Awal Ek?

Salam,

Semalam saya tido ngam-ngam ho time ayam berkokok. Dah dekat pukul 4 pagi baru berkokok. Jadi salahkan ayam itu. Okeh takpelah ayam saya maafkan. Sebab saya pun sengaja tanak alert jam dah pukul berapa datuk harimau eh bukan-bukan datuk K lah. Semalam saja suka suka ubah template layout semua bagai konon nak bagi nafas berbau harum dan segar kat belog kesayangan tapi nah korang tengok ada macam bau ubat gigi fresh and white ke tidak. Cakab lah ada weh.
Sambil-sambil ubah layout cari design santek-santek ~memang santek hfo@$%# layout saya~ sempat buat lawatan sambil belajar kat rumah belog kawan-kawan dan bukan kawan sebab nak tengok entry baru korang tapi apesal semua macam dah cepat sangat tido sampai takde update entry baru. Korang ngantuk ek semalam?
Okeh takpelah saya paham. Jadi saya nak tolong tido-kan bagi pihak kamu jugak, mungkin kamu akan lebih cepat hilang mengantuk lalu boleh update belog korang bagi saya baca hahahaha suka, suka sangat...wohoho saya dah terrr-menguap again ~ ko gila ek nak tido sekarang dah pukul 11.54 a.m dowh~

15 May 2009

Tribute To Kawan Belogger Yang Ahh Best Ko Memang Yummy Nyam-Nyam!!!

Salam,

Dunia belog saya ni kadang-kadang indah bila dapat kawan belog yang supporting lagi seporting macam saya jumpa sorang kawan dalam belog nih. Semalam saya belog walking belog dia sebab tiba-tiba dia buat jualan parkson ria eh bukan bukan ada jualan online lol. Saja jalan-jalan belog ingat nak cuci-cuci mata suci tiba-tiba terpandang homaigod ada satu dress memang tak boleh kalau tak beli dah la menarik tertarik macam terus rasa wahhh nak beli nak beli nak beli!!!
Lepas drop booking berkobar-kobar bagitahu dia nak dress tu tapi bila saya update once again rupanya dah ada customer yang first come first served booked dan yang pasti bukan saya ye bukan saya how sad. Tahu perasaan frust camane kan jadi dengan bersungguh-sungguh mintak dia carikan dress yang sama wohoho menyusahkan dia sangat-sangat dan tak sangka dia sanggup nak tolong cari macam dah susah hati gila dapat customer macam saya ting tong sori-sori again ye awak. Akhirnya dia dah reserved kan satu untuk saya walaupun belum dapat tapi hati saya dah kembali senyum macam izwan pilus eh apesal izwan pilus pulak jshihojmviosaur!!!!
Okeh jadi saya tribute kan entry ni khas untuk cik zira yang superb baik hati pasnih korang boleh usha-usha belog dia dan beli belah di situ tapi jangan beli pastu belah tanak bayar nanti saya tolong lempang bagi pihak dia okeh. Dan satu lagi jangan tiru aksi di atas maksudnya korang jangan tiru saya susahkan dia macam perkara diatas nanti kesian dia dapat semua kawan belog yang dem hidup susah mati pun susah.

12 May 2009

Saya Beliau Dan Shooting.

Woh tajuk macam artis sumpah tak boleh blah. Beriya korang bukak entry ni konon macam saya ni artis ada buat new shooting kemudian bangga gila rasa nak kongsi dengan korang peminat-peminat saya padahal lepas tengok, korang semua muntah hijau sebab memang takde gambar artis okeh!!! Nampak tak strategi tajuk entri saya...hohoho. Bila beliau berkamera maka saya dengan bebasnya beraksi lalu beliau patut berterima kasih sebab sudi menjadi model percuma sehingga peluh menitis sebaldi ~pergh hazab gilos panas kat dalam zoo tu~
Maka terhasillah mini shooting saya di petang itu.

ini saya capture okeh patutlah santek
sangat suka gambar ni
Okeh sekian saja entry gambar saya di mini zoo kemaman. Terima kasih datang lagi ~ngee~

10 May 2009

Pertama Dan Terakhir


Macam tak percaya tergamak Puan Bunga menge-tagged saya. Nampak sangat tak habis baca semua entry saya. Yna Gebus tuh bukan saya kan? kan? Oleh kerana Awards ini sangat retro ada minah skuter bonceng vinatang ~teka sendiri~ nampak comel tak patut di abaikan jadi saya rela selesaikan hutang tag yang pertama dan terakhir dalam hidup saya ini. Okeh kita mula dari sekarang...

1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda
- sudah di kopi neskepi kan okeh.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
- Puan Bunga -
manusia yang bertungging eh bertanggung jawab bagi gelaran Yna Gebus kat saya dah lah bagi tag tapi tak pandai nak datang hantar sendirik ketuk pintu belog jadi susah payah saya kena pergi layan diri ambik tag dekat rumah belog dia haiih geram tak patut dengan Puan Bunga yang tak berapa nak budak dah ~ dia sendirik cakap~ tapi suka gilos warna pink sampai rasa nak masak lauk pauk warna pink kemudian bagi kat dia hohoho suka.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)


1. Kecik je orangnya tapi kejap gemuk kejap kurus ah pedulik hape kuat melantak nafsu makan tak pernah nak hilang asik pikir nak makan makanan yang sedap-sedap je setiap kali keluar pergi makan.

2. Cerewet yang amat. Semua yang orang lain pilihkan tak pernah nak berkenan tapi bila sendirik pilih langsung tak tahu nak decide jadik kena cari orang lain jugak tolong pilih dan decide. Dah siap pilih, beli dan balik rumah pun duk teringat-ingat lagi kot-kot sempat ubah pikiran lagi. Aduyaa...

3. Takde warna pebret yang spesifik janji in trend macam sekarang sibuk kumpul warna oren ntah esok lusa carik warna hijau ke hape pulak. Minum pun kejap cam suka sangat kat epal susu padahal minggu lepas asyik order carrot susu ntah apa-apa sekarang lak suka kat laici fuhh lama tak pekena...memang tak tetap iman eh tak tetap pendirian betul saya ni.

4. Tapi saya setia pada yang satu. Sebab sekarang saya baru ada satu, kalau ada lepas ni saya ada dua mesti saya akan cakap saya setia pada yang dua..hohoho. Jangan marah saya, saya orang susah ~ngee~

5. Tak lah cerdik sangat. Muka sengal nak mampos cakap tunggang langgang macam kena tuba tapi hakikatnya saya suka cerdik pada saat yang tak terduga..hohoho memang sangat complicated nak paham tapi kalau anda hidup di sekitar saya anda akan jumpa kecerdikan tak terduga saya itu ~padahal tak de lah cerdik sangat pun orang lain tak cakap apa-apa pun saya sendiri yang syak saya ada kecerdikan tak terduga tu ces~

6. Banyak air mata. Jadi suka suka hati saya je boleh nak nangis bila-bila masa saya suka. Masa tengok movie ke, masa tengah cakap telefon ke, masa gaduh lagilah...masa baring nak tidur ke pendek kata memang saya seorang yang sangat menyedihkan lah. Sob sob...

7. Nampak muka suci abadi walhal perangai kasar nak mampus kurang sebijik cam jantan. Kalau marah memang jenis angkat kaki tangan nak belasah siapa-siapa kat sebelah sampai dah sejuk-sejuk sikit baru mintak maaf balik. Woh memang rasa berdosa sangat kat mangsa.

8. Dah sedar diri tua bangka tapi tak boleh nak kawal diri kalau rasa nak ter-lompat boleh lompat-lompat di khalayak memang tak masuk akal jugak kadang-kadang perangai saya nih dahlah selalu kena tegur bila lah nak jadik matang perangai pun dah sama cam budak -budak prasekolah ~ sebab dorang lah saya terpengaruh~

9. Shopping sampai tak hengat. Ye saya shopping sampai tak hengat berapa baki duit dalam wallet dan akaun sendirik woh nasib baiklah saya ada sebuah 'akaun bergerak' yang sedia di tumpangi di saat-saat tak terduga. Tambah-tambah lagi bila shopping baju atau barang mekap untuk bisnes mekap saya sampai siapa-siapa yang temankan saya buat muka angkat bendera tunjuk tanda protes menunggu saya lama nak mampus tak hengat pukul berapa dah!

10. Tak boleh duduk diam. Dalam sehari memang kena ada satu aktiviti yang perlu saya lakukan contoh merendek, dating, shopping, lepaking, jogging, pergi mekapkan customer ~semua cam haram takde faedah kecuali jogging dan mekap customer~ Kalau takde jugak aktiviti alamatnya saya mulalah meradang hangin satu badan cari pasal kat siapa-siapa hahaha memang kejam macam zionis.

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog
- ala 6 mana cukup up lah lagi sebab saya nak bagi kat semua kroni, para jemaah dan buku tanda saya bagi dorang semua pulun tag ni sekali. Jadi kepada anda sila bawa pulang award retro dan tag nya sekali okeh.

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda".*

Amaran keras daripada kerajaan; Ini adalah tag pertama dan ter-akhir saya. KECUALI kali ini sangat special kes sebab ini award friendship okeh. Penatlah buat tag ~ngeh3~

Dia Ratu Hati Saya

Seorang ibu yang sangat hebat... sporting, sangat suka memasak sedap-sedap tanpa penat dan selalu fikir menu yang baru untuk kami sekeluarga ~pergh best gilos~ lagi ma sangat suka shopping tanpa kawalan ~of cos kawalan abah hahaha~ dan seorang games addicted ~tolonglah percaya~ Ma akan spend banyak masa depan pc setiap hari semata-mata untuk main games online ketika semua anak dan suaminya takde di rumah. Bosan katanya. Jadi kami berdua lah yang sama-sama susah hati gundah gulana bila mana terpaksa melalui hari-hari yang suram tanpa internet connection. Juga seorang ibu yang sangat nakal sebab sangat suka sakat semua kawan anak-anaknya sampai semua kawan-kawan anak nya juga jadi seperti kawan-kawannya sendiri hoho selamba je kawan-kawan saya pompuan dan lelaki ahh sama je tiap kali jumpa atau YM dengan saya bukan sibuk nak tahu pasal saya tapi sibuk tanya khabar ma saya dan berkirim salam semua bagai...(tsk) dan ma juga seorang kawan yang sangat setia berkongsi rasa sebab ma bukan sekadar kawan baik saya tapi kerana saya juga adalah kawan baik ma~cuba fahami ayat ni dengan tenang~
So sempena hari ibu, saya dedikasikan entry ini special untuk ma saya, Puan Roslina Idris dengan ucapan 'Selamat Hari Ibu. U are the greatest and bestest mom that we had in the world. Sesungguhnya jasa dan pengorbananmu melahirkan kami berenam, membesarkan kami dengan penuh kasih sayang tiada ternilai dunia dan akhirat...'

Kalau Rasa Gembira Tepuk Tangan

Salam,

Tajuk macam best tapi entry sebenarnya sangat tak best. Okeh baru-baru ni saya dapat komen daripada si 'orang tanpa nama' *anoynymous*. Saya terima komen yang agak 'tulus dan telus' daripadanya tapi tak dapat nak di publishkan sebab saya tanak ada apa-apa kontroversi mahupun sensasi di belog kesayangan saya. Cuma sangat tidak kool bila si 'orang tanpa nama' itu dengan segan dan pemalunya nak tinggalkan nama sendiri ~terhina dengan nama sendiri kot~ atau mungkin rasa macam bagus sampai rasa layak caci maki kutuk orang lain tapi sebenarnya diri sendiri tak baik punya jadi takut giliran saya pula serang hendap dia buat macam timbal balik biar sama-sama kena caci maki kutuk. Owh tolonglah, saya ni baik hati lah bukan macam kamu si anonymous ~gelak setan dowh~ Macamana nak suruh kamu tunjuk ajar ku sifu kalau saya tak tahu kamu siapa atau kamu mungkin seseorang yang suka baling batu sembunyi tangan pinjam pepatah Puan Bunga atau kalau kamu lelaki kamu baling batu sendiri jadi sembunyi tangan sebab kamu dah tak 'memilikinya' lagi jadi kamu rasa sangat malu - down - terhina kan? hohoho...kamu si 'orang tanpa nama' memang sangat best!!!
Walaupun saya sangat suka ber-belog walking tapi saya sangat menghormati ruang belog para blogger yang lain sekadar ber-hai hai bye bye malah sanggup terima sedaya upaya dengan redha bila ada si jurujual dapat melepasi sempadan belog saya ini mungkin silap saya juga lupa letak papan tanda 'jurujual tidak dibenarkan berniaga di belog ini' tapi saya langsung tak pernah caci maki kutuk mereka sebab saya sangat baik hati ~kan saya dah cakap~ jadi sila lah faham belog ini hanya mengalu-alukan kroni-kroni saya atau sesiapa yang berniat dan berhati baik punya, tapi bukan sebagai trek laluan para si 'orang tanpa nama' dan kalau sangat bencikan belog atau tuan punya belog ini, sila lah jangan singgah sahur atau cuba-cuba nak hingat nama belog YNA DONA sebab saya sebagai tuan rumah pun kalau boleh tak hingin nak jemput kamu masuk si 'orang tanpa nama' kalau tujuan kamu saja nak tinggal komen hina dina mata berpinar-pinar hahahaha...ting tong!!!

06 May 2009

Luka Mu Luka Ku Jua

Salam,

Saya tahu anda pun tahu itu adalah tajuk lagu Tomok suatu ketika dulu ~ah tipu lah saya tahu korang girls semua pun tahu~ Ketika itu saya ter-ikut suka hati kat lagu-lagu sengau dan sengal New Boyz, Q-Face, Boboy semua kejadah itu. Itu dulu ya, sebab sekarang sudah tidak lagi. Walaupun Tomok sudah bergelar billionaire tapi saya dah tak sukakannya siap menyampah menyumpah ahhh berdarah hidung tengok style rambut dia sekarang. Lagi, hati saya sekarang sudah ter-curi oleh beliau yang berkenaan. Melainkan sekiranya Tomok adalah Farid Kamil maka saya akan consider untuk berubah hati dan ~dah dah jangan merepek boleh tak~
Okeh sebenarnya beberapa hari yang lepas saya menerima nasib yang malang seperti lebai malang. Ada segerombolan minyak panas tumpah ke atas tangan saya maka saya melecur - menangis - jerit sakit ketika saya sedang bersemangat menggoreng. Pergh hazab gilos tahan pedih masa kejadian tersebut. Dahlah lupa lirik eh lupa nak baca ayat surah Nabi Ibrahim untuk elakkan melecur dan melepuh terkena minyak panas masa memula kena. Maka dengan itu terpaksa lah saya menerima kehadiran 'cop pembesar' di pergelangan tangan saya ini walaupun janggal tak patut lihat kewujudannya di situ sampaikan setiap masa saya tilik - usap - gosok luka melecur saya itu seolah-olah baru dapat gelang tangan pertama yang sangat santek...hohoho macam lah cemburu. Saya sempat abadikan gambar luka melecur saya yang pertama kalinya itu. Sila jangan ngeri...

A : beberapa detik selepas kejadian
B: hari kedua selepas kejadian

04 May 2009

Detik 18 SG

Salam,

Ada satu tragedi yang mungkin dah lebih dari 2 minggu berlaku ~agaklah~ so bunyik macam cerita dah basi tapi saya tetap nak story kat entry nih. Malam Khamis atau malam permintaan ~Cik Intanurulfateha yang selalu sebut okeh* Sedang saya bermandi-mandian, saya terdengar bunyi bising - gamat tapi bukan minyak urut gamat, dari luar rumah. Makin lama bunyi tu makin jelas pastu macam makin kuat makin dekat sampai telinga saya yang sedang diselaputi buih-buih syampu kelapa dan orkid saya nak balik duit saya ~dah,dah jangan mencarut mengarut~ pun masih dapat dengar bunyi tu dengan jelas dan telus.
Memula macam malas nak kisah - ignore - ah persetankan je sebab rumah saya tu memang laluan budak-budak noti yang suka bising-bising kecoh bajet jom heboh, sambil kayuh beskal berjemaah balik daripada pasar malam...hohoho sebab malam tu adalah malam pasar malam. Tapi bila dengar bunyi tu lain macam - luar biasa je saya pun dengan ma sekali dengan adik-adik pun jenguk depan pintu tengok apa ke hal nya yang happening gilos sangat macam ada sambutan perayaan Chap Goh Meh depan rumah saya. Sekali bila saya jenguk, nah hambik ko. Rupa- rupanyanya ada sorang pakcik sedang main polis sentry kejar anak nya dengan parang mak ai berkilat mata parang tu sampai boleh buat lap meja ~weh ape kaitan~ Sambil kejar sambil dia bising-bising marah carut maki hamun semua dalam satu pakej lah dia bagi kat anak lelaki dia tu. Yang si anak dia pulak sambil lari bawak satu beg sandang pastu mulut rayu-rayu mintak mahap dengan pakcik tu. Memang lah. Takkan dia nak statik je tunggu kena libas. Mati remaja dia nanti.
Masa tu kitorang ya tuhan memang dah panik gila tengok pakcik tu macam kesetanan. Dahlah maghrib, depan rumah saya pulak. Masa tu takde sorang pun kaum adam kat rumah saya. Risau siyot buat nya anak pakcik tu masuk pagar rumah saya nak berlindung pastu pakcik tu follow sebab dendam tak habis lagi kemudian tetak merata-rata habis tiang rumah saya pastu saya kena kumpul duit bina rumah baru atau mungkin saya mati tersepit dalam runtuhan rumah saya macam tragedi Bukit Antarabangsa eh sudah sudah!!! ~macam lut ek tiang batu kena tetak~ Kitorang adik beradik cepat-cepat masuk dalam rumah sebab takut jugak pakcik tu nampak mata-mata skodeng kitorang ni kemudian tikam mata kami. Hohoho ngeri, ngeri...
Sampai hari ni saya masih tak tahu punca pakcik tu bergaduh anak beranak. Tapi itu pengalaman pertama saya tengok tayangan 18 SG live depan mata. Tapi tak terpikir la pulak nak amik gambar detik berbahagia tu. Kalau tak mungkin boleh upload kat belog...hohoho ~cam haram jerk~Pakcik tu pun agak-agaklah. Kalau ya pun hangin takkan sampai nak membunuh anak kot. Dalam kampung saya pulak tu. Haish pakcik garang... nanti kalau kampung saya horror macam Zombie Kampung Pisang camane??? Erk, kalau pakcik tu baca belog saya nih, mesti jadik sekali lagi tragedi berdarah kat kampung saya ni kan, kan??? Gulpp!!!

p/s: sekali jumpa pakcik tu dalam dewan exam masa paper Eco baru-baru nih daa. Lecturer rupanya. Nasib baik tak jadik lecturer saya seyh...syukur, syukur.

01 May 2009

Kamu Ada Ke Dress Macam Nih?

Kalau belum ada, kamu pun boleh cari dan beli satu, dua atau suka hati kamu lah nak beli berapa helai pun. Sebab saya pun baru saja beli dress. Tapi kali ini dress labuh dan pakai dengan inner atau pun outer. Dah tak boleh macam dulu-dulu masa kanak-kanak riang suci dari dosa pakai dress tanpa inner pun takpe sebab takde urat lagi eh aurat. Dah lama cari dress ni bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua maknanya akhirnya jumpa jugak saya dengan dress idaman hati ini. Dah pun ada 2 helai dress. Satu beli dekat mane ntah lupa warna hijau dan satu lagi off white beli masa ada karnival jualan Thailand. Tapi dua-dua dress itu bukan dress labuh macam ni jadi kena pakai dengan skinny jeans baru nampak okeh dan gojes ~ces~. Dress ni saya beli dengan harga murah tak hingat macam tak percaya dahlah selepas begitu lama penantian. Tapi sekarang simpan dulu dress baru nih sebab tak tahu nak pakai pergi mana sebab takde plan lagi pergi mana-mana lagi. Maybe nanti plan nak pergi kl boleh pakai dress nih kalau tak pakai jugak mungkin saya akan letak tanda for sale kat sini dan jual murah-murah pada siapa-siapa yang berminat. Okeh sekarang saya simpan dulu.

Home Made Facial

Salam,

2,3 hari saya x update belog nih. Bz, mood down, plus sibuk bla bla bla...~macam ada sape-sape kesah~Okeh hari ini bangun tak berapa nak pagi. Lepas makan, sempat bukak buku study kejap untuk paper esok kemudian sekarang dengan muka bertampal dengan mask saya berbelog. Setiap Jumaat memang inilah rutin saya. Ambil masa untuk scrub muka, scrub badan, taruk mask kemudian taruk timun la tomato la teh uncang lah hahaha dan semua bagai kat muka nih. Hasilnya muka takde la lawa macam artis (gelak lagi) tapi cukup lah hati rasa puas tengok kulit muka sendiri tak kusam dan tak kasar sangat ~haihh woman~ Paling penting, terasalah kulit ni terjaga dan terbela.

Dulu memang sangat rajin pergi buat facial muka tapi di sebabkan kemalasan yang menebal plus sakit hati kat pekerja salun tu picit black head - white head - jerawat guna besi cungkil- cungkil macam cungkil taik gigi dia ces pastu tenyeh hidung saya dengan kuat. Woh!!! saya dahlah ada resdung senang lenang hati kamu je tenyeh hidung saya ~wtf~ Balik rumah, saya selsema 2, 3 hari. Kemudian saya pergi ke salun yang guna produk Cleopatra berkobar-kobar berapi macam kopi cap kapal api cakap tak guna besi untuk cungkil jadi saya percaya dan cuba facial di situ tapi macm hampas kelapa laut betul lepas facial saya sentuh kulit saya macam takde beza langsung kulit licin - berseri - berkilat ke apa. Dorang buat ke tak facial kat muka saya? Patutlah diorang cakap tak sakit sebab diorang buat macam pakai kaki je kot. Dan salun last yang saya pernah pergi sangat best. Diorang gunakan alat ~tak tahu panggil apa~ untuk sedut black head - white head - jerawat dan paling tak boleh lupa masa nak tanggalkan mask kat muka saya homaigod sangat sakit tapi hasil nya buat hati saya gembira tengok kulit wajah sendiri santek macam nasha aziz ~welk~ Bila nak pergi buat sekali lagi tengok salun tersebut dah tutup pasal owner nya dah terpaksa ikut suami bertukar ke sabah ~kena pergi sabah lah nampak gayanya~

Maka dengan itu saya rela hati buat sendiri facial dekat rumah guna segala produk yang saya pakai sendiri puas hati sendiri kutuk sebab tak cukup kelengkapan macam kat salun tuh hahaha. Jangan tak tahu Jumaat lepas saya 'open table' offer kat siapa-siapa yang nak saya buatkan simple facial kat muka diorang ~sebab saya dah beli span khas untuk cuci muka~ 2 pelanggan saya ialah ma saya dan adik lelaki saya. Saya cuma cuci, toning, scrub, letak exfoliating gel, letak masker, dan kemudian letak krim dan selesai. Takde sedut atau cungkil lah sebab ini homemade facial okeh. Dan hari ini dah ada 3 orang customer iaitu tambah adik perempuan saya mintak saya open table lagi untuk buat facial muka diorang lagi secara PERCUMA lagi tau!!! ~tsk~
Okeh masker saya dah kering dan saya nak pergi cuci dulu. Titik.