Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

24 April 2009

Aktiviti Berkha-sihat Saya.

Salam,

Saya teramat segar sekarang nih. Serius memang tak tipu. Tau kenapa? Sebabnya petang tadi saya telah ber-jogging + bersenam lenang eh silap silap takde lenang lenang pun. Huihh...dah lama sangat saya tinggalkan aktiviti berkha-sihat nih sejak-sejak aktif dalam aktiviti ber-dating nih. Agak-agak dah hampir 2 tahun kot tak jumpa trek jogging nih. So sekarang berazam nak aktif kembali ber-jogging dan bersenam memandang kan berat badan saya yang kiut miut maintain sweet 43kg sebelum ni dah mendadak naik ke paras membimbangkan saya iaitu 48-50kg. Woh,woh, bukan sahaja membimbangkan saya, malah kesemua outfit di dalam almari sendat saya itu pasti sedih dan berduka ~seandainya saya kekal 48-50kg atau mungkin lebih. Isk~ sebab 'mereka' tidak akan diguna pakai lagi selepas ini dan dah tak boleh ikut saya pergi jalan-jalan rendek-rendek lagi selepas ini dan akhirnya 'mereka' akan dibuang atau disedekahkan kepada anak-anak jiran sekaligus menerima nasib seperti kisah karangan tingkatan 3: aku sebatang pen.

Selepas ini saya perlu lebih aktif mengeluarkan peluh bersenam selain berpeluh di cuaca yang terik gila sekarang nih. Walaupun pada asalnya sangat gembira sebab dah 3 tahun berusaha tambah berat badan mahu cecah hingga 45kg ~sahaja!!!~ malangnya terlebih tambah - makan - melantak sehingga membuatkan ramai orang sudah tegur saya dengan berhemah bahawa saya kelihatan chubby ~woh, terus-terang jer lah anda nak cakap saya sudah gemuk kan~ dan akhirnya sedar diri lantas pergi selongkar stor cari sport shoes terus pergi jogging macam tadi.

kami bermuka rentung

2 comments: