Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

09 April 2009

Hokhokhok Study Week!!!

Salam,

Detik- detik menuju puncak *exam*. Seharusnya, saya sangat sibuk dan tidak boleh berbelogging ketika ini. Assigment yang menimbun dan 'pending' untuk tempoh waktu yang agak lama perlu saya settlekan dengan segera. Study week akan bermula minggu depan, dan sebelum tiba closing date untuk submit segala bagai assigment, saya perlu berjaga malam bersengkang mata membanting tulang 4 kerat~ces~ menyiapkan kesemuanya dengan kadar yang segera. Antara perjuangan saya yang belum selesai ialah :

- Assignment CTU ~ yang sepatutnya perlu submit 2 minggu lepas, dan telah diberi tempoh hampir 2 bulan untuk menyiapkannya (ada lagi satu assigment, tapi masih tak dapat tajuk apa saya kena buat, sebab ponteng tak pergi kelas minggu lepas)

- Assignment PAD ~ juga patut submit pada sebulan yang lepas tapi sempat submit satu tajuk saja, lagi satu tajuk mintak pending dengan prof ~ konon nak buat lagi bagus, tapi ces memang tak buat-buat pun~

- Economics test ~ ada 2 test yang lecturer attach through email dan perlu submit sebelum 12.04.09.

- Bel ~ dah miss 2 test untuk sem ini. Sir suruh datang sit test minggu depan sebelum start study week. Kalau tak zero marks for assessment. Kena datang pada hari bekerja waktu pagi ~ sangat masalah~

- PAD again~ tak pergi kelas minggu lepas dan miss satu test. Dah sms kesian prof mintak nak buat test tu jugak tapi Prof tak reply ~weh sedih. Prof sila faham, saya sedang susah hati tak dapat jawab test prof baru-baru ni ~

So berdasarkan list perjuangan yang belum selesai tuh, saya kategorikan saya dalam kategori student yang sangat 'konsisten' dan 'berkualiti'. Kelam kabut - kabus - jerebu - pencemaran udara dan perlu sangat pekak peka berganda-ganda kali ni supaya tak terlepas submition date ~konfirm muntah darah @ santau~
Lagi minggu depan perlu anggap study week saya di hapus kira sebab terpaksa berkurus berkursus selama 4 hari 3 malam di Gem Beach Resort . Mana sempat nak bawak buku study di bilik ~ cakaplah taknak berat beg~ sebab di sana saya perlu sibuk dan fokus agar matlamat kursus dapat di capai ~ayat takleh blah~

nota kaki : ada siapa-siapa boleh tolong study untuk saya?

No comments:

Post a Comment