Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 April 2009

Makcik Oh Makcik

Salam,

Haih...mendung mood saya hari ini. Niat hati nak pergi kedai alat tulis petang tadi tapi atas sebab kemendungan sangat-sangat, risau hujan turun tiba-tiba, jadi pusing balik rumah dulu redakan fikiran.
Lepas maghrib, bersiap macam hampeh sebab mood mendung masih berbaki. Pakai mana yang sempat capai asal tidak jadi fashion victim sudahlah ~puan bunga sangat pantang nih~
Keluar seorang diri sebatang kera, kemudian masuk kedai, pergi depan kaunter mengadap makcik dekat kaunter sedang syok baca novel hape ntah sampai tak sedar saya tercegat depan dia. Sekali bila dia dah terhantuk baru terngadah ~boleh masuk peribahasa pulak tiba-tiba~ saya pun bagitahu lah tujuan saya datang.
Bila dah bagitahu yang saya datang nak ambik barang-barang untuk murid-murid prasekolah saya yang kiut miut tapi haram tak pernah ada alat tulis dan colour pencil, sebab mak bapak dorang hingat sekolah kerajaan ni sama macam pejabat kebajikan masyarakat jugak. Dahlah bulan-bulan takde yuran bulanan pun kena bayar dah kira bertuah, lagi mahu alat tulis free ke? ~hmphhh~ pastu makcik tuh cakap siang tadi dah ada konon nya 3 orang cikgu prasekolah datang ambik barang-barang yang sama macam nota minta yang saya kasik tu. Haih sape pulak nih makcik. Makcik tu pun bukak buku ala-ala buku hutang kedai dia pastu tunjuk kat saya senarai barang yang kekononnya dah diambil oleh '3 orang cikgu prasekolah' siang tadi.' Pelik sungguh makcik ni. Padahal kat situ dah siap-siap terbentang luas sayup mata memandang tertulis kelas pendidikan khas, bukannya kelas prasekolah. Saya dah macam nak kena rasuk dah time tu tapi sempat telefon sorang lagi cikgu dan tanya cikgu tuh pasal ni nak puaskan hati makcik itu. Makcik, cikgu tu cakap takde langsung dia datang ambik barang-barang prasekolah kat sini tadi. Dah dengar camtu, makcik tu pun kendur dah suara pastu buat-buat alih topik konon tanya banyak ke, apabenda barang nak ambik semua bagai lagilah. Cover salah dia. Makcik, makcik. Nasib baik lah mendung-mendung saya ni, saya masih ter-respek kat makcik sebagai orang yang lebih tua. Kalau ikutkan semangat kena rasuk tadi, memang rasa macam patut naik hantu je tapi saya tak nak kurang hajau dengan orang tua sebab satu masa nanti saya juga akan duduk di tempat makcik itu ~eh bukan maksud saya pun akan duduk jaga kaunter macam makcik tu ya~

Sambil makcik tuh sedang ambik semua barang-barang yang saya nak, sempat lah saya beli alat tulis siap beli kotak pensil sekali sebab nak guna time exam yang dah dekat dah ni. Pilih yang sangat kiutlah konon. Sebelum ni memang tak pernah wujud kotak pensil sebab selalu bawak sebatang pen jer pergi kelas. Pastu settle bayar saya sempat lambai kat makcik tuh sambil ucap selamat jalan makcik ~hoho,tipu jer. manade lambai. ucap pun tak~
Balik rumah dem kena gelak dengan adik beradik tengok kotak pensil saya kecik hanya bersaiz 2,3 batang pensil 2B mampu muat dalam kotak pensil tu. ~wtf~

No comments:

Post a Comment