Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

26 April 2009

Focus Point.

Salam,

Entry ni langsung takde kena mengena dengan kedai cermin mata Focus Point tuh. Motif entry ni ialah saya dah kehilangan konsentrasi untuk study. Saya penat, lesu, hilang fokus dan yang paling penting saya dah kehilangan ilmu yang dah la sejemput jer kat dalam kepala saya ni. Kemana ilmu tu hilang saya pun tak tahu. Otak saya sekarang kosong macam gelas yang kosong. Dan time-time exam ni jugaklah saya dilanda demam selsema yang menyeksakan badan, otak dan mood saya. Saya bermula dengan kertas Ekonomi pada hari Selasa ni dan saya ada masa sehari ~sahaja!!!~ lagi untuk cover balik kesemua ilmu yang dah hilang terbang ntah kemana, sebelum saya melangkah masuk ke dewan peperiksaan.
Saya harap saya bukanlah pelajar pertama yang keluar dari dewan peperiksaan nanti. Maka, ini adalah entry terawal dan terakhir saya untuk malam ini dan saya insap sejenak tanak buat belog walking malam ni sebab saya kena start buka buku Ekonomi sekarang juga sebelum tertidur lepas telan 2 biji panadol. Saya perlukan doa kalian. Doakan saya berjaya dalam kesemua paper saya kali ini ~tanak repeat paper woh~ dan pulihkan semangat saya yang hilang. Sila doa sekarang ~cepat-cepat tadah tangan dan doa~ Okeh titik.

3 comments:

  1. Salam..saya doakan kejayaan awak..minta maaf kalau wat kusutkan jiwa awak..biarlah kiv dulu hal kita..tumpu pada exam dulu..awak berjaya, saya gembira..awak tau gane kadaan n respon saya terhadap study awak..goodluck dear..amin..

    ReplyDelete