Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 April 2009

Bila Saya Emo.

Bila saya emo, semua benda dalam dunia nih macam memberi masalah kepada saya. Bila saya emo, macam-macam perkara bermain-main dalam pikiran seterusnya mencetuskan pelbagai common stupid problem.

Kenapa saya emo?
Selalunya pompuan dikaitkan dengan PMS ~perempuan semua kamu dah paham kan, dan yg lelaki, sila google apa itu PMS~ tapi bagi special kes macam saya yang tak ada schedule ramalan yang tepat akan ketibaan Penyakit Bulanan Pompuan itu di setiap bulan, amat malang bagi saya untuk assume samada saya emo PMS atau memang saya sememangnya sedang ber-emo.

Apa yang saya emo?
Banyak perkara yang saya emo. Selalunya orang terdekat dan paling dekat di hati saya sahaja akan menjadi mangsa emo tersebut. Diulang, hanya orang terdekat di hati saya sahaja okeh. Saya akan emo tentang banyak perkara. Selalunya sesuatu yang berkait dengan hati dan perasaan. Jiwa akan jadi sangat halus, sensitif dan sangat terdedah dengan bakteria perosak ~sebab ada jugak bakteria yang bagus okeh~ contohnya penyakit kemurungan, temper yang sangat high temperature, mata masuk habuk dll. Saya akan marah-marah pada orang- orang yang berkenaan, boleh luah kemarahan dengan menaip msg yang berkajang-kajang panjangnya dan send dalam bentuk mms sebab over page text msg, pastu siap boleh sumpah seranah pada sebarang insiden walhal kes kecil macam kentut kuman semata-mata dan endingnya mata saya akan masuk habuk. ~tsk~ Saya seorang yang sangat menyedihkan kan?

Camane bila menghadapi saya yang emo?
Bila saya dah jejak kaki dalam emo mode ni, selalunya saya akan terfikir dan berkeinginan yang maha bukan-bukan ~sangat annoying~ Jalan sebaiknya cuba penuhi setiap keinginan dan hasrat hati itu ~sila jadi seperti gennie in the bottle seketika untuk penuhi my wishes~ Tapi andai kata tak dapat nak ditunaikan, masih boleh kowtim asalkan logik dan sangat berhemah penyampaiannya.
Bila saya buat tuduhan dan macam-macam spekulasi sila jangan amik port sangat isi kandungan spekulasi tersebut ~sebab masa tu tengah high jadi tak berapa nak sedar cakap apa, main hembus je~ tetapi silalah menyangkal dan bertindak sewajarnya agar kesudahannya saya assume yang saya hanya berfikir bukan- bukan sahaja. Contoh bila saya cakap, 'Awak dah tak suka naik kereta buruk saya kan?kan? Sila jawab, 'Mana ada sayang, saya lagi suka naik kereta awak tuh daripada naik Caldina saya'. Walaupun jelas sangat plastik tapi sekurang-kurangnya lebih elok daripada jawab, 'Dah memang kereta awak buruk takkan nak cakap best macam naik Grand Livina saya kot @aioscf%'
Itu namanya jawapan nak cetus perang dunia ke-3 ~eh apesal dah banyak kali perang pun tapi masih pakai baru ada perang dunia ke-2 ek? Bila perang-perang lain nak di sejarahkan?eh, eh, keluar topik.

Sebenarnya saya tidaklah sedemand itu. Saya juga tak nak takutkan kamu -kamu yang baru saja tergerak hati nak menjalinkan hubungan chenta mahupun berskandal dengan saya. Selalunya, tempias emo saya ini hanya terkena kepada beliau saya sahaja dan amat lah jarang sekali tempiasnya itu memercik hingga terkena kawan-kawan saya mahupun ahli keluarga yang lain. Hanya beliau sahaja yang akan menjadi mangsa ~kesian beliau. saya simpati~ Saya sangat boleh ber-emo ketika bersama dengan dia tetapi automatik bertukar mood sangat harmonika sebaik sahaja bersama kawan -kawan saya. Boleh disenaraikan sebagai perkara ajaib di dunia yang ke-8!
Dan selalunya, saya tahu, adalah sangat kurang orang yang sanggup menghadapi emo saya ini apatah lagi berusaha meredakannya ~sumpah saya pun tak nak layan orang yang sedang emo~
Saya akan bersendirian dalam bilik atau kemana-mana membawa hati yang layar lara dan biar mata saya masuk habuk sepuasnya. Titik.

p/s: emo tapi masih boleh berbelog kan?

No comments:

Post a Comment