Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

25 April 2009

Bercakap Mengenai Tali

Kehidupan dan perhubungan ini kadangkala seperti satu ikatan tali. Kadang kala, kita sangka kan tali yang makin diikat itu makin kukuh dah teguh ikatannya dan akhirnya membentuk satu ikatan yang kuat dan kekal, pdahal adakalanya juga ikatan tersebut rupanya makin kusut dan ketat jika salah simpulan dan anyamannya...fuhh.
Makin diikat, makin bercelaru dan sehingga akhirnya terpaksa lah kita mencari jalan meleraikan kekusutan itu. Setiap kita diberi kan pilihan dan akallah yang menjurus pilihan penyelesaian kita itu. Tali itu boleh saja diurai kembali tetapi perlu dilakukan dengan penuh ketelitian, kesabaran dan kegigihan agar kekusutan itu dapat terungkai kembali seperti keadaan sedia kala. Namun masih juga mempunyai pilihan yang cepat dan mudah, iaitu dengan cara memotong saja bahagian yang kusut sehingga akhirnya tali itu dapat juga dileraikan. Kedua- dua cara menghasilkan penyelesaian. Namun perbezaan wujud di antara 2 jalan penyelesaian ini. Bagi jalan yang pertama, tali yang terurai itu masih berkeadaan elok bersambung namun jalan kedua yang dipilih mengakibatkan tali yang panjang itu terputus kepada 2 bahagian dan perlu disambung namun sambungan yang terhasil mungkin tidak lagi secantik dan seelok yang asal. Begitulah dengan kehidupan ini juga perlukan kita menentukan pilihan kita agar mana- mana keputusan yang di ambil mampu memuaskan hati dan membahagiakan kita. Pokok pangkalnya pilihan yang tepat harus datangnya dari akal fikiran dan paling penting, haruslah memohon petunjuk dari- Nya agar keputusan yang diambil mendatangkan hikmah kepada kita semua.

4 comments: