Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 April 2009

Kertas Pertama Weh

Salam,

Pheww...tadi saya telah lewat 10-15 minit masuk dewan peperiksaan. Kelasmek *classmate* yang guide kitorang carik dewan tu dapat salah info dan degil tanak dengar truth info dari saya. Saya dah bagitahu Dewan Aspirasi kenapa masih mahu pergi Belok A semua kejadah tu dan kami hilang pedoman eh sesat bangunan dan akhirnya penat masuk dewan kemudian amik masa mahu stabilkan degupan jantung hati. Semua pandang kami ~wth~ mungkin sebab bunyi tapak kaki kami kuat sangat tergesa-gesa atau mungkin sebab table kami jauh nun sayup mata memandang depan sekali atau mungkin mereka suka tengok muka kami yang gilos ketat - rapat - sendat masuk dewan lambat. Dan paling menakjubkan untuk jawab paper ekonomi, saya telah ketinggalan kalkulator jadi terpaksa bertenang - bersabar tunggu sehingga ke detik-detik akhir baru buat muka kesian - cengeng kat mamat meja sebelah mintak pinjam dia punya ~sebab time tu nampak dia dah mula pejam mata bertafakur - berzikir munajat atau mungkin sedang buat Qiamulai dengan kusyuk~ . Akhirnya saya bukan lah orang pertama yang keluar dewan tu dan mamat yang bagi pinjam kalkulator pun tak sempat nak join kawan-kawan dia keluar awal sebab tunggu kalkulator dia yang masih di tangan saya walaupun muka dia dah nampak fedap duduk dalam dewan itu lama-lama. Hohoho... jangan marah saya, saya orang baik ~ngeh3x~

26 April 2009

Focus Point.

Salam,

Entry ni langsung takde kena mengena dengan kedai cermin mata Focus Point tuh. Motif entry ni ialah saya dah kehilangan konsentrasi untuk study. Saya penat, lesu, hilang fokus dan yang paling penting saya dah kehilangan ilmu yang dah la sejemput jer kat dalam kepala saya ni. Kemana ilmu tu hilang saya pun tak tahu. Otak saya sekarang kosong macam gelas yang kosong. Dan time-time exam ni jugaklah saya dilanda demam selsema yang menyeksakan badan, otak dan mood saya. Saya bermula dengan kertas Ekonomi pada hari Selasa ni dan saya ada masa sehari ~sahaja!!!~ lagi untuk cover balik kesemua ilmu yang dah hilang terbang ntah kemana, sebelum saya melangkah masuk ke dewan peperiksaan.
Saya harap saya bukanlah pelajar pertama yang keluar dari dewan peperiksaan nanti. Maka, ini adalah entry terawal dan terakhir saya untuk malam ini dan saya insap sejenak tanak buat belog walking malam ni sebab saya kena start buka buku Ekonomi sekarang juga sebelum tertidur lepas telan 2 biji panadol. Saya perlukan doa kalian. Doakan saya berjaya dalam kesemua paper saya kali ini ~tanak repeat paper woh~ dan pulihkan semangat saya yang hilang. Sila doa sekarang ~cepat-cepat tadah tangan dan doa~ Okeh titik.

25 April 2009

Bercakap Mengenai Tali

Kehidupan dan perhubungan ini kadangkala seperti satu ikatan tali. Kadang kala, kita sangka kan tali yang makin diikat itu makin kukuh dah teguh ikatannya dan akhirnya membentuk satu ikatan yang kuat dan kekal, pdahal adakalanya juga ikatan tersebut rupanya makin kusut dan ketat jika salah simpulan dan anyamannya...fuhh.
Makin diikat, makin bercelaru dan sehingga akhirnya terpaksa lah kita mencari jalan meleraikan kekusutan itu. Setiap kita diberi kan pilihan dan akallah yang menjurus pilihan penyelesaian kita itu. Tali itu boleh saja diurai kembali tetapi perlu dilakukan dengan penuh ketelitian, kesabaran dan kegigihan agar kekusutan itu dapat terungkai kembali seperti keadaan sedia kala. Namun masih juga mempunyai pilihan yang cepat dan mudah, iaitu dengan cara memotong saja bahagian yang kusut sehingga akhirnya tali itu dapat juga dileraikan. Kedua- dua cara menghasilkan penyelesaian. Namun perbezaan wujud di antara 2 jalan penyelesaian ini. Bagi jalan yang pertama, tali yang terurai itu masih berkeadaan elok bersambung namun jalan kedua yang dipilih mengakibatkan tali yang panjang itu terputus kepada 2 bahagian dan perlu disambung namun sambungan yang terhasil mungkin tidak lagi secantik dan seelok yang asal. Begitulah dengan kehidupan ini juga perlukan kita menentukan pilihan kita agar mana- mana keputusan yang di ambil mampu memuaskan hati dan membahagiakan kita. Pokok pangkalnya pilihan yang tepat harus datangnya dari akal fikiran dan paling penting, haruslah memohon petunjuk dari- Nya agar keputusan yang diambil mendatangkan hikmah kepada kita semua.

Sabtu Yang Hot

Salam,

Setelah berkali-kali tergendala hajat mahu pergi merendek bersama siblings ~termasuk ma~ akhirnya tadi kami luangkan masa ke KT *Kuala Terengganu*. Pergi ke Giant sambil cari hadiah paling bestest untuk baby kak Nor yang dah pun berusia sebulan. Ter-sangat ler lewat belikan hadiah kelahiran untuk baby Humairah yang kiut itu ~dushhh!!!~ Aby yang paling teruja pilihkan hadiah sampaikan dah plan mahu beli hadiah apa untuk birthday gift baby Humairah akan datang sedangkan wehh kita masih ada 11 bulan lagi tempoh untuk fikirkan hadiah tersebut lol. Saya rambang mata tengok barangan baby sampai rasa nak beli semua untuk baby Humairah. Paling geram tengok barangan Disney sangat kiut miut dowh ada si Mickey Minnie wahhh rasa nak ter- ada baby lah jugak sebab mahu belikan baby sendiri kesemua barang Disney itu...hohoho. Berangan kuat nih.
Kitorang singgah solat Zohor di masjid kristal, kemudian ronda-ronda naik train ~tak sure panggil apa ek~ pusing- pusing kawasan Taman Tamadun Islam macam happening di tengahari yang terik membakar konon- konon macam mat saleh yang tahan sunburn ~ces~

abaikan mata adik saya itu
muka comot momok

24 April 2009

Aktiviti Berkha-sihat Saya.

Salam,

Saya teramat segar sekarang nih. Serius memang tak tipu. Tau kenapa? Sebabnya petang tadi saya telah ber-jogging + bersenam lenang eh silap silap takde lenang lenang pun. Huihh...dah lama sangat saya tinggalkan aktiviti berkha-sihat nih sejak-sejak aktif dalam aktiviti ber-dating nih. Agak-agak dah hampir 2 tahun kot tak jumpa trek jogging nih. So sekarang berazam nak aktif kembali ber-jogging dan bersenam memandang kan berat badan saya yang kiut miut maintain sweet 43kg sebelum ni dah mendadak naik ke paras membimbangkan saya iaitu 48-50kg. Woh,woh, bukan sahaja membimbangkan saya, malah kesemua outfit di dalam almari sendat saya itu pasti sedih dan berduka ~seandainya saya kekal 48-50kg atau mungkin lebih. Isk~ sebab 'mereka' tidak akan diguna pakai lagi selepas ini dan dah tak boleh ikut saya pergi jalan-jalan rendek-rendek lagi selepas ini dan akhirnya 'mereka' akan dibuang atau disedekahkan kepada anak-anak jiran sekaligus menerima nasib seperti kisah karangan tingkatan 3: aku sebatang pen.

Selepas ini saya perlu lebih aktif mengeluarkan peluh bersenam selain berpeluh di cuaca yang terik gila sekarang nih. Walaupun pada asalnya sangat gembira sebab dah 3 tahun berusaha tambah berat badan mahu cecah hingga 45kg ~sahaja!!!~ malangnya terlebih tambah - makan - melantak sehingga membuatkan ramai orang sudah tegur saya dengan berhemah bahawa saya kelihatan chubby ~woh, terus-terang jer lah anda nak cakap saya sudah gemuk kan~ dan akhirnya sedar diri lantas pergi selongkar stor cari sport shoes terus pergi jogging macam tadi.

kami bermuka rentung

Gedik, Ber-gedik, Ter-gedik.

Salam,

Haihh....(mengeluh).
Dari minggu lepas lagi awak asyik tergedik-gedik. Dari sebelum pergi kursus sampailah ke tempat kursus dan akhirnya balik ke kampung halaman kenapa masih lagi tergedik-gedik. Wohoho... masih tak puas-puas lagi ke bergedik selama nih? Tak letih ke? Bayangkanlah (pejam mata okeh) dalam dewan kursus depan ramai-ramai peserta awak dengan rasa tak malunya tergedik-gedik depan orang lepas tu bila orang tegur pandai pulak malu. Konon insap dah ~saya pun tumpang malu lol~ Tapi lepas tu boleh pulak ulang balik bergedik - beronggeng - berinul sampai saya naik menyampah - penat - malas nak layan - boleh blah.
Nasib lah time kita snap gambar, awak reti duk diam sekejap walaupun lepas tu tergedik-gedik balik. Saya letih campur geram sampai jumpa jer semua orang kat mana-mana harus tanya dorang kenapa bawah kelopak mata kanan saya nih ~eh kelopak mata bawah lah~ asyik tergedik -gedik.
Ada apa-apa petanda atau alamat rumah macam konon-konon orang tua cakap; kalau gatal tapak tangan itu tandanya nak dapat duit. Wohoho..habis mata saya yang tergedik gedik ini petanda nya apa lol...dapat shades percuma kot.

~ foto kurus saya eh kursus laa...~


23 April 2009

Kepulangan yang Dinanti

Salam,

Saya selamat sampai ke rumah siang tadi. Tapi tanak story pape lagi dalam entry nih. Cuma mahu ucap selamat malam. Rindu tilam empuk- selesa - perghh saya itu.
Zzzzz......

20 April 2009

Petang Di Kursus

Salam,

Wohoho..dapat connect internet dalam keadaan yang sangat tensi giler sebab internet lembab bilik panas aircond suam-suam kuku. Tapi still singgah - jenguk - pantau belog kesayangan. Esok kalau rajin dan mampu bersabar menanti ke-loadingan, saya akan berbelog lagi. Tak sabar nak balik nih. Rindu semua orang di kampung halaman ~ngee~
Saya dah konfius ni samada saya datang sini untuk kursus Pembangunan Insan Cemerlang atau datang ke akademi tarian ~wtf~ Hari- hari ada latihan poco-poco, chicken dance semua bagai. Hohoho..

18 April 2009

Esok Saya Kurus eh Kursus

Salam,

Hoh...ramai sungguh kroni-kroni *blogger* saya kena pergi kursus lately ni. Pergi Btn, pergi Btn pastu pergi Btn lagi~weh, saya merepek ke?~ Tak pasal-pasal berjangkit sampai ke saya. Esok saya pulak kena pergi ber-kurus berkursus di Gem Beach Resort. Bukan kursus Btn yang sangat membosankan skema pakai baju putih kain hitam kasut hitam bertutup sampai 3, 4 hari kena pakai baju sama macam pengawas koperasi sekolah saya okeh titik. Sebab saya dah pun lalui kursus Btn itu. Kursus itu buat otak saya jadi ketat sendat dan tepu sampai takde masa nak gosok baju sendiri renyuk-renyuk apetah lagi mahu bertukar-tukar no hp dengan peserta lelaki mahupun urusetia di situ ~rugi, rugi~ Sebenarnya saya lupa ini kursus apa tapi takpe saya seronok nak pergi kursus sebab dah lama since balik Btn dan Induksi dulu dah tak pergi mana- mana kursus lagi kecuali kursus mekap ~hoh, keluar topik~ Walaupun kursus saya esok kononnya sangat lah jauh ~ces, dekat nak mampos kedekot bajet punye penganjur~ tapi saya tetap berkobar-kobar nak pergi sebab saja-saja nak feeling bercuti makan tanggung tidor dalam hotel ~gila jakun macam langsung tak pernah pergi kursus~

Teringat masa Induksi lepas, malam last kursus ada sorang mamat gigih naik pentas sebut nama saya dan nyanyikan lagu Dalam Diam Aku Mencintaimu penuh perasaan kemudian turun pentas dan bagi saya bunga ros siyot sampai semua orang dalam dewan tahu nama saya dan kenal saya malam itu. Cesh cesh cesh, publisiti murahan yang saya dapat. Harap harap kali ini dah takde yang macam tu tapi ada insan lain gigih datang kasik saya kunci banglo atau akaun simpanan riban-riban pulak. Dah tanak bunga-bunga lagi dah okeh. Nanti layu.
Apepun saya dah hampir terasa hidup tanpa teknologi di hujung jari. Tak dapat nak hupdate belog kesayangan, tak dapat nak jalan-jalan belog *blog walking* dan tak dapat kacau - komen - page kroni-kroni, tak dapat kacau ma dan adik bongsu hari-hari, tak dapat nak tengok ikan emas peliharaan saya itu bertelur, sape nak bagi makan ayam itik di kampung, sapa nak jaga pokok jambu yang baru nak berputik tuh~ hoho macam saya ada semua tuh~ Tapi mesti sangat-sangat rindu beliau ~sob, sob~ mujur dah bawak baju beliau untuk teman tidur saya malam- malam.

p/s: tadi pergi makan kenduri kendara tapi tak ambik gambar pengantin tapi takpe sebagai ganti saya ambik gambar saya. ~ngeh, ngeh, ngeh~


Woh Apesal Asyik Lelaki Jer.

Apesal lately ni asyik lelaki-lelaki jer yang add friendster saya? Mana pergi girls yang santek-santek di muka bumi ini ~girls, korang santek tau~
Bukan nak berlagak mahupun perasaan okeh ~tanak guna perasan~ Takde maknanya nak perasaan sebab bukan boleh ngorat atau skandal dengan dorang pun. Sebab selagi *beliau* ada sebagai warden saya, sangat tidak dapat saya nak berskandal dengan mereka-mereka ini...wohoho!!!~rugi-rugi~
Kalau nak salahkan primary foto friendster saya tu, gambar tu tak bagi attraction langsung pun lorr. Bukan nampak pun rupa paras saya yang sepet chubby lagi mencapap nih.
Kesimpulannya dorang ter-attract kat Nikon D60 itu ~tapi itu milik beliau lah~
Bukan nak diskriminasikan dorang. Mungkin dorang ada semangat enkuiri yang maha tinggi nak tahu apa ada dalam page saya itu. Boleh je nak add sebab takde syarat pun untuk menjadi kawan-ter saya *friends-ter*. Girls kat friendster sana tu pun silalah meramaikan jemaah saya. Sila add saya dan kalau jumpa saya kat luar-luar boleh sapa - tegur - lambai kat saya ye ~wink-wink~

15 April 2009

Entry Mencapap Saya.

motif gambar: syok sendiri

13 April 2009

Makcik Oh Makcik

Salam,

Haih...mendung mood saya hari ini. Niat hati nak pergi kedai alat tulis petang tadi tapi atas sebab kemendungan sangat-sangat, risau hujan turun tiba-tiba, jadi pusing balik rumah dulu redakan fikiran.
Lepas maghrib, bersiap macam hampeh sebab mood mendung masih berbaki. Pakai mana yang sempat capai asal tidak jadi fashion victim sudahlah ~puan bunga sangat pantang nih~
Keluar seorang diri sebatang kera, kemudian masuk kedai, pergi depan kaunter mengadap makcik dekat kaunter sedang syok baca novel hape ntah sampai tak sedar saya tercegat depan dia. Sekali bila dia dah terhantuk baru terngadah ~boleh masuk peribahasa pulak tiba-tiba~ saya pun bagitahu lah tujuan saya datang.
Bila dah bagitahu yang saya datang nak ambik barang-barang untuk murid-murid prasekolah saya yang kiut miut tapi haram tak pernah ada alat tulis dan colour pencil, sebab mak bapak dorang hingat sekolah kerajaan ni sama macam pejabat kebajikan masyarakat jugak. Dahlah bulan-bulan takde yuran bulanan pun kena bayar dah kira bertuah, lagi mahu alat tulis free ke? ~hmphhh~ pastu makcik tuh cakap siang tadi dah ada konon nya 3 orang cikgu prasekolah datang ambik barang-barang yang sama macam nota minta yang saya kasik tu. Haih sape pulak nih makcik. Makcik tu pun bukak buku ala-ala buku hutang kedai dia pastu tunjuk kat saya senarai barang yang kekononnya dah diambil oleh '3 orang cikgu prasekolah' siang tadi.' Pelik sungguh makcik ni. Padahal kat situ dah siap-siap terbentang luas sayup mata memandang tertulis kelas pendidikan khas, bukannya kelas prasekolah. Saya dah macam nak kena rasuk dah time tu tapi sempat telefon sorang lagi cikgu dan tanya cikgu tuh pasal ni nak puaskan hati makcik itu. Makcik, cikgu tu cakap takde langsung dia datang ambik barang-barang prasekolah kat sini tadi. Dah dengar camtu, makcik tu pun kendur dah suara pastu buat-buat alih topik konon tanya banyak ke, apabenda barang nak ambik semua bagai lagilah. Cover salah dia. Makcik, makcik. Nasib baik lah mendung-mendung saya ni, saya masih ter-respek kat makcik sebagai orang yang lebih tua. Kalau ikutkan semangat kena rasuk tadi, memang rasa macam patut naik hantu je tapi saya tak nak kurang hajau dengan orang tua sebab satu masa nanti saya juga akan duduk di tempat makcik itu ~eh bukan maksud saya pun akan duduk jaga kaunter macam makcik tu ya~

Sambil makcik tuh sedang ambik semua barang-barang yang saya nak, sempat lah saya beli alat tulis siap beli kotak pensil sekali sebab nak guna time exam yang dah dekat dah ni. Pilih yang sangat kiutlah konon. Sebelum ni memang tak pernah wujud kotak pensil sebab selalu bawak sebatang pen jer pergi kelas. Pastu settle bayar saya sempat lambai kat makcik tuh sambil ucap selamat jalan makcik ~hoho,tipu jer. manade lambai. ucap pun tak~
Balik rumah dem kena gelak dengan adik beradik tengok kotak pensil saya kecik hanya bersaiz 2,3 batang pensil 2B mampu muat dalam kotak pensil tu. ~wtf~

Bila Saya Emo.

Bila saya emo, semua benda dalam dunia nih macam memberi masalah kepada saya. Bila saya emo, macam-macam perkara bermain-main dalam pikiran seterusnya mencetuskan pelbagai common stupid problem.

Kenapa saya emo?
Selalunya pompuan dikaitkan dengan PMS ~perempuan semua kamu dah paham kan, dan yg lelaki, sila google apa itu PMS~ tapi bagi special kes macam saya yang tak ada schedule ramalan yang tepat akan ketibaan Penyakit Bulanan Pompuan itu di setiap bulan, amat malang bagi saya untuk assume samada saya emo PMS atau memang saya sememangnya sedang ber-emo.

Apa yang saya emo?
Banyak perkara yang saya emo. Selalunya orang terdekat dan paling dekat di hati saya sahaja akan menjadi mangsa emo tersebut. Diulang, hanya orang terdekat di hati saya sahaja okeh. Saya akan emo tentang banyak perkara. Selalunya sesuatu yang berkait dengan hati dan perasaan. Jiwa akan jadi sangat halus, sensitif dan sangat terdedah dengan bakteria perosak ~sebab ada jugak bakteria yang bagus okeh~ contohnya penyakit kemurungan, temper yang sangat high temperature, mata masuk habuk dll. Saya akan marah-marah pada orang- orang yang berkenaan, boleh luah kemarahan dengan menaip msg yang berkajang-kajang panjangnya dan send dalam bentuk mms sebab over page text msg, pastu siap boleh sumpah seranah pada sebarang insiden walhal kes kecil macam kentut kuman semata-mata dan endingnya mata saya akan masuk habuk. ~tsk~ Saya seorang yang sangat menyedihkan kan?

Camane bila menghadapi saya yang emo?
Bila saya dah jejak kaki dalam emo mode ni, selalunya saya akan terfikir dan berkeinginan yang maha bukan-bukan ~sangat annoying~ Jalan sebaiknya cuba penuhi setiap keinginan dan hasrat hati itu ~sila jadi seperti gennie in the bottle seketika untuk penuhi my wishes~ Tapi andai kata tak dapat nak ditunaikan, masih boleh kowtim asalkan logik dan sangat berhemah penyampaiannya.
Bila saya buat tuduhan dan macam-macam spekulasi sila jangan amik port sangat isi kandungan spekulasi tersebut ~sebab masa tu tengah high jadi tak berapa nak sedar cakap apa, main hembus je~ tetapi silalah menyangkal dan bertindak sewajarnya agar kesudahannya saya assume yang saya hanya berfikir bukan- bukan sahaja. Contoh bila saya cakap, 'Awak dah tak suka naik kereta buruk saya kan?kan? Sila jawab, 'Mana ada sayang, saya lagi suka naik kereta awak tuh daripada naik Caldina saya'. Walaupun jelas sangat plastik tapi sekurang-kurangnya lebih elok daripada jawab, 'Dah memang kereta awak buruk takkan nak cakap best macam naik Grand Livina saya kot @aioscf%'
Itu namanya jawapan nak cetus perang dunia ke-3 ~eh apesal dah banyak kali perang pun tapi masih pakai baru ada perang dunia ke-2 ek? Bila perang-perang lain nak di sejarahkan?eh, eh, keluar topik.

Sebenarnya saya tidaklah sedemand itu. Saya juga tak nak takutkan kamu -kamu yang baru saja tergerak hati nak menjalinkan hubungan chenta mahupun berskandal dengan saya. Selalunya, tempias emo saya ini hanya terkena kepada beliau saya sahaja dan amat lah jarang sekali tempiasnya itu memercik hingga terkena kawan-kawan saya mahupun ahli keluarga yang lain. Hanya beliau sahaja yang akan menjadi mangsa ~kesian beliau. saya simpati~ Saya sangat boleh ber-emo ketika bersama dengan dia tetapi automatik bertukar mood sangat harmonika sebaik sahaja bersama kawan -kawan saya. Boleh disenaraikan sebagai perkara ajaib di dunia yang ke-8!
Dan selalunya, saya tahu, adalah sangat kurang orang yang sanggup menghadapi emo saya ini apatah lagi berusaha meredakannya ~sumpah saya pun tak nak layan orang yang sedang emo~
Saya akan bersendirian dalam bilik atau kemana-mana membawa hati yang layar lara dan biar mata saya masuk habuk sepuasnya. Titik.

p/s: emo tapi masih boleh berbelog kan?

12 April 2009

Macam Siput Sedut!!!

Tenet *internet* di rumah saya waktu ini sangat lembab. Sampai otak dan otot sendiri pun turut lembab dan lemau...eh. Maka saya berkeputusan untuk tidur awal malam ini. Harap ini entry terakhir di malam ini. Tapi masih boleh post entry lain tepat pukul 12.01 am sebab sudah jadi hari lain, bukan lagi hari ini kan?~ngee~

Tidur Yang Cukup

Hari ini saya telah mendapat ~sepatutnya panggil apa ek~ tidur yang sangat panjang dan lena setelah berhari-hari bersengkang mata buat assignment dan bekerja. Sangat keletihan kononnya. Tidur yang secukupnya dan sangat nyenyak di sebelah adik bongsu kesayangan tapi di waktu yang salah. Sebab saya tidur di siang hari!!! Sepatutnya saya tidur yang secukup nya di malam hari, iaitu di waktu-waktu ini~dan bukan nya sedang berbelogging~
Jadi kesimpulannya, sila dapatkan tidur yang secukupnya tetapi di waktu yang tepat melainkan anda adalah seseorang yang bekerja shif atau mungkin sekali anda adalah seorang jaga bank yang mahu atau tidak, anda memang kena berjaga, takleh gatal-gatal nak lena diulit intan payung gunung ledang~sudah, sudah, jangan mencarut, eh mengarut~
Saya cadangkan setiap security/pak guard/jaga diberi Broadband seorang satu, ~kalau boleh Laptop
jugak satu~ barulah dorang mampu berjaga dan mampu post 3 entry atau lebih semalaman di belog mereka. Macam saya. ~tsk~

11 April 2009

Foto Kesukaan.

abaikan anak tudung yang fsgsjt$%& itu
demo jangkauan melunjur saya
saya berkaca mata
Koleksi gambar terbaru kesukaan saya ~hanya sebahagian~ Tak sangka berupaya mampu mengekpresikan begitu banyak emotion ~ngee~ walhal si fotografer sangat menyampah dan sumpah seranah tiap kali preview gambar tersebut hohoho. Oleh itu, sila jauhkan kamera anda daripada saya jika tidak mahu menerima nasib yang sama. Sangat precious kan?

09 April 2009

Hokhokhok Study Week!!!

Salam,

Detik- detik menuju puncak *exam*. Seharusnya, saya sangat sibuk dan tidak boleh berbelogging ketika ini. Assigment yang menimbun dan 'pending' untuk tempoh waktu yang agak lama perlu saya settlekan dengan segera. Study week akan bermula minggu depan, dan sebelum tiba closing date untuk submit segala bagai assigment, saya perlu berjaga malam bersengkang mata membanting tulang 4 kerat~ces~ menyiapkan kesemuanya dengan kadar yang segera. Antara perjuangan saya yang belum selesai ialah :

- Assignment CTU ~ yang sepatutnya perlu submit 2 minggu lepas, dan telah diberi tempoh hampir 2 bulan untuk menyiapkannya (ada lagi satu assigment, tapi masih tak dapat tajuk apa saya kena buat, sebab ponteng tak pergi kelas minggu lepas)

- Assignment PAD ~ juga patut submit pada sebulan yang lepas tapi sempat submit satu tajuk saja, lagi satu tajuk mintak pending dengan prof ~ konon nak buat lagi bagus, tapi ces memang tak buat-buat pun~

- Economics test ~ ada 2 test yang lecturer attach through email dan perlu submit sebelum 12.04.09.

- Bel ~ dah miss 2 test untuk sem ini. Sir suruh datang sit test minggu depan sebelum start study week. Kalau tak zero marks for assessment. Kena datang pada hari bekerja waktu pagi ~ sangat masalah~

- PAD again~ tak pergi kelas minggu lepas dan miss satu test. Dah sms kesian prof mintak nak buat test tu jugak tapi Prof tak reply ~weh sedih. Prof sila faham, saya sedang susah hati tak dapat jawab test prof baru-baru ni ~

So berdasarkan list perjuangan yang belum selesai tuh, saya kategorikan saya dalam kategori student yang sangat 'konsisten' dan 'berkualiti'. Kelam kabut - kabus - jerebu - pencemaran udara dan perlu sangat pekak peka berganda-ganda kali ni supaya tak terlepas submition date ~konfirm muntah darah @ santau~
Lagi minggu depan perlu anggap study week saya di hapus kira sebab terpaksa berkurus berkursus selama 4 hari 3 malam di Gem Beach Resort . Mana sempat nak bawak buku study di bilik ~ cakaplah taknak berat beg~ sebab di sana saya perlu sibuk dan fokus agar matlamat kursus dapat di capai ~ayat takleh blah~

nota kaki : ada siapa-siapa boleh tolong study untuk saya?

05 April 2009

Hari Hijau Kami.

Salam,

Hari Jumaat saya. Bangun seawal pagi dan bersiap mahu pergi Kuantan temankan beliau ambil kamera idaman hatinya. Selesai urusan beliau, terus melencong ke Berjaya Megamall sebab tiba- tiba hati meronta- ronta nak tengok Talentime, padahal dalam masa yang sama berkira-kira nak tengok Fast Too Furious 4 ~sigh patut tengok Fast Too Furious 4 lol~ Sementara menunggu masuk panggung, sempat melilau-lilau seketika di Pikom Pc Fair.
Pukul 5 baru selesai menonton wayang , tetapi sayang lol saya sangat tidak fokus dengan keseluruhan jalan cerita tersebut, tidak sempat mengecapi momen-momen bernilai dalam Talentime. Kepala asyik fikir hari sudah lewat mahu pulang ke kampung halaman.
On the way balik, sempat singgah sahur sebentar di pantai Cherating mahu menjalankan aktiviti tembak menembak guna kamera baru beliau sepuas hati kami sehingga bateri kamera menamatkan riwayat kesan degil.

03 April 2009

Sumpah Malu!!!

Salam,

Perkara pertama saya nak mention ialah saya telah segan atau dalam ertikata lain, sangat memalukan.
Semalam saya emo ~tapi bukan gothic~. Saya terbergaduh dan termenangis. Part menangis tu yang memang tak menahan saya nih. Hati kaca. Kesudahannya, saya terbawa-bawa emosi yang tak stabil itu hingga ke dunia belog ini. Dan hari ini, tatkala hati yang sedih itu dah pun mula beransur pulih, bila ingatan pada scene semalam mulai pudar ~mentanglah baru lepas dating~ tiba-tiba saya tersegan dan termalu sendiri bila entry semalam rupanya mendapat respon dari beberapa kerat blogger yang lain. Sangat prihatin ~TQ, TQ~.
Tapi siyes saya malu seyh. Ingatkan takde sesiapa baca belog saya nih. Macamana lah drama airmata boleh bersiaran dalam belog saya ni? Dan yang paling di segankan, macamana saya boleh lupa yang belog saya ini memang selalu di lawati oleh insan yang berkenaan. Habislah saya kali ni, kantoi mengadu kat belog. Nak delete kan ke recycle bin pun dah tak aci kan, sebab dah siap ada orang letak gurindam jiwa komen kat entry semalam ~eh ke aci padam ?~
So cadangan saya, sila langkau lompat galah entry tersebut dan abaikan babak- babak airmata itu. ~ces, sumpah malu~

p/s: b juga sila abaikan okeh.